Monday, June 23, 2008

Euro 2008: Juara Piala Dunia Kempunan


Suku Akhir 4: Sepanyol..0 Itali..0 (Sepanyol menang penalti 4-2)

Satu-satunya juara kumpulan, Sepanyol, layak ke separuh akhir walaupun ramai menjangkakan bahawa Itali bakal melengkapkan kemaraan pasukan-pasukan naib juara kumpulan.

Namun, aku agak terkejut melihatkan kemampuan Iker Casillas dalam menghadapi sepakan penalti memandangkan rekod beliau agak kurang memberangsangkan dalam situasi seperti ini.

Walaubagaimanapun, seperti dijangkakan, Gianluigi Buffon tetap gagal dalam meneka arah sepakan penalti lawan.


Iker casillas menyelamatkan sepakan penalti Danielle De Rossi


Cesc Fabrigas melengkapkan kemenangan Sepanyol



Walaupun game sangat boring tak macam Rusia main tapi tetap puas hati.. Viva espana!

Euro 2008: Revolusi Rusia


Suku Akhir 3: Belanda..1 Rusia..3

Kelas tersendiri..

Itulah manifestasi persembahan pasukan Rusia dalam menenggelamkan bintang-bintang bolasepak Belanda.

Guus Hiddink turut mengajar pasukan negara asalnya bagaimana bermain bolasepak cara yang betul.

Andrei Arshavin sekali lagi memainkan peranan utama dalam merancang serangan bertali-arus serta seringkali membuatkan penjaga gol Belanda, Edwin Van Der Sar bekerja keras.




Jaringan pertama Pavlyuchenko




Ruud Van Nilsterooy menyamakan kedudukan


Ambik ko Belanda.. Dah takde dah wakil Manchester United dalam Euro 2008... Misi selesai..

Euro 2008: Turki Masuk Hantu!


Suku Akhir: Croatia..1 Turki..1 (Turki Menang Penalti 3-1)

Sekali lagi semangat kebangkitan yang menakjubkan telah menjulang Turki ke separuh akhir.

Walaupun aku rasa tandukan jaringan Ivan Klasnic merupakan sentuhan terakhir perlawanan, tetapi dengan sedikit masa di'beri' oleh pengadil perlawanan jelas digunakan sepenuhnya oleh skuad Turki.



(1-0) Tandukan Ivan Klasnic ketika penjaga gol Turki berada di luar posisi



(1-1) Rembatan Semih Senturk pada masa kecederaan meranapkan harapan Croatia



Rustu Recber menyelamatkan sepakan penalti Mladen Petric


Walaupun dua-dua team yg aku minat, tapi frust gak sebab ramai pemain Turki tak dapat main di semi nanti.. Kalau Croatia, confirm Jerman kena belasah..