Monday, July 14, 2008

Chandik FC: Perlawanan Pertama Liga Fantastico

Tarikh: 13hb Julai 2008 (Ahad)
Lokasi: Padang Bolasepak, Institut Penyelidikan Getah, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sungai Buloh, Selangor
Masa: 03:30 petang

Skuad Chandik FC memulakan kempen Liga Fantastico dengan kemenangan 3-1 di dalam keadaan padang yang basah disebabkan hujan mula turun di sebelah petang.

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada setiap hari Ahad di Padang Institut Penyelidikan Getah (RRI), Sungai Buloh.

Perlawanan seterusnya bagi skuad ini adalah pada 20hb Julai 2008.




Barisan skuad Chandik FC




Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan




Suasana selepas perlawanan

Penahanan Pengarah Imigresen dan Timbalannya




Penahanan Pengarah Imigresen dan Timbalannya ada kaitan degan KES ANWAR?


Oleh Reformis Melayu


Satu berita yang saya terima, penahanan semua penjawat Jawatan tertinggi jabatan Imigresen ada kaitan dengan kes Anwar yang sedang disiasat? Malah ada spekulasi ada cubaan rekod keluar masuk Anwar keluar Negara bersama Saiful Bukhari akan direka oleh pihak polis dan Kementerian dalam negeri. ada orang bertanya.. Andai Ketua Pengarah, timbalannya dan pegawai tinggi ditahan siapa yang kini berkuasa ketika ini? Siapakah yang menguruskan hal ehwal imegresen? Bukankah Menteri dalam Negeri Syed Hamid Albar?


Antaranya diberitakan rekod keluar masuk Anwar ibrahim cuba disamakan dengan rekod Saiful Bukhari, kita tidak risau Rekod Anwar kerana passport ada pada Anwar, tetapi rekod pada passport dan Imigresen Saiful cuba direka cipta oleh pihak polis dibawah Musa Hassan. kini mereka cuba merekacipta agar kes itu kelihatan berlaku di Manila dan Hongkong.

Tangkapan ketua pengarah, Timbalan dan pegawai tingginya agak luar biasa. tidak ada soal siasat dan siasatan awal, tiba tiba sahaja semuanya ditangkap borong. kita jangan terkejut kerana dulu timbalan Gabenor Bank Negara juga pernah ditangkap dalam tuduhan liwat 1998. alasan BPR cukup ganjil, katanya untuk mempercepatkan permohonan Visa dan Passport.


Takkan hanya mempercepatkan permohonan jadi kes besar, yang hairannya kes kad pengenalan palsu dan Mykad Palsu di Sabah takda siapapun ditangkap. malah yang memalsukan AP juga tidak ditangkap? ape cerita BPR ni. saya sendiri masih tidak yakin dengan barisan BPR sekarang, tambah tambah isu rasuah Yong Teck lee yang jelas ikut telunjuk Menteri.

Hari ini Polis berkawal agak luar biasa di keliling Parlimen, bukan sekadar parlimen tetapi pintu masuk Kuala Lumpur. dan jangan lupa esok juga Anwar akan dipanggil dan disoal siasat Polis. apakah Polis sebenarnya membuat persediaane hanya untuk menangkap Anwar esok? permainan politik kotor Umno makin jijik dan kejam , apapun kita tunggu dan lihat..apa akan jadi esok..

"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! AWAN TETAP LAWAN

- Reformis Muda
14.07.2008

Sesumpah

no2umno


Artikel di dalam kpmu. Saranan Anwar bersumpah menjunjung Al Quran disaksikan oleh ulamak, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi;

Sebagai seorang Muslim yang menganut agama Islam, Anwar ada satu senjata untuk membersihkan diri beliau dari segala tuduhan ini dan bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bersih dan tidak berdosa serta tidak melakukan liwat terhadap Saiful ataupun sesiapa sahaja, Anwar dicabar untuk bersumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Qur`an dimana sahaja masjid dalam Negara ini dengan disaksikan oleh semua ulama termasuklah Nik Aziz dan juga Haji Hadi. - kpmu


Di dalam perhimpunan Najib bersumpah tak perlu menjunjung Al Quran dan disaksikan 900 ahli UMNO yang semuanya ntah apa apa punya perangai ....

Datuk Seri Najib Razak invoked Allah's name and swore before about 900 Umno grassroots leaders on Thursday that he was not involved in the Mongolian Altantuya Shaariibuu case."I even swore in God’s name ... Wallahi Wabillahi Watallahi ... that I do not know this Altantuya woman at all. There is no greater oath. - Sun2surf


Bolah caya ka sumpah .... dua cara berbeza pada isu yang sama. Sumpah, sampah, serapah, tumpah, kepah, lapah, sepah dan lain lain lagi ......