Thursday, July 10, 2008

Majoriti percaya Bala cakap benar

malaysiakini


Sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam semalam, percaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan.

Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta).

Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.

Manakala 86 peratus berpendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan - remaja berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh bekas bosnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih kurang jumlah yang sama - 5,102 atau 80 peratus - menolak andaian yang Anwar sengaja berpakat dengan Saiful untuk membuat tuduhan liwat tersebut - untuk mendapatkan simpati masyarakat.

Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang "melindungi" Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu.
Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu.

Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih "berada di Malaysia".

Untuk melihat carta keputusan penuh sila layari http://www.malaysiakini.com/news/85834.

11 Ketua Bahagian UMNO di Kelantan Dicabar

malaysiakini

Muda Mohd Noor Jul 10, 08 2:34pm

Kecuali Ketereh, Bachok dan Gua Musang, sebelas lagi ketua bahagian Umno di Kelantan dijangka dicabar dalam pemilihan parti, September ini.
.
Ketua Umno Ketereh ialah Datuk Seri Annuar Musa yang juga ketua perhubungan Umno negeri, manakala ketua Umno Gua Musang ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Bachok pula Datuk Awang Adek Hussein.

Mesyuarat cawangan Umno akan bermula 17 Julai ini, manakala mesyuarat bahagian bermula pada 9 Oktober depan. Perhimpunan agung yang akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan Umno akan berlangsung pada 16-21 Disember depan.

"Tindakan mencabar ketua-ketua bahagian ini merupakan satu tindakan protes ahli-ahli Umno terhadap kepimpinan bahagian ekoran kekalahan teruk dalam pilihanraya umum lalu.

"Mereka mahu menukar muka-muka lama yang dilihat tidak mampu menghadapi pembangkang termasuk dalam pilihanraya umum akan datang," kata sumber-sumber Umno negeri.Ketua bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dr Nik Zain Nik Omar menghadapi saingan tiga penjuru. Beliau bakal dicabar oleh ketua pemuda Umno negeri, Dali Husein dan muka baru, Rofli Ishak.

Pengerusi syarikat perkapalan Nepline Berhad itu, sudah tiga penggal menjadi ketua bahagian dan juga tiga kali bertanding dalam pilihanraya umum tetapi semuanya kalah.Manakala di Kubang Kerian pula, ketua bahagian sekarang, Mohd Fauzi Ismail, akan dicabar oleh timbalannya, Ghani Mamat.

Pertahan jawatan di Pasir Putih, Datuk Kamaruddin Mohd Noor yang sudah empat penggal tidak dicabar, kali ini akan berdepan saingan empat penjuru.

Beliau bakal dicabar oleh Zawawi Ismail (ketua pemuda bahagian), Hashim lsmail (naib) dan Datuk Shukri Mohamad (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri).Ketua bahagian Pasir Mas, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman pula dijangka tidak mempertahankan jawatan kal ini.

Ini dan memberi peluang kepada timbalannya, Hanafi Mamat berentap dengan ahli jawatankuasa bahagian, Fauzi Mamat untuk. Manakala ketua bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail dijangka dicabar oleh timbalannya, Abdullah Mat Yassim.

Manakala di Kuala Krai pula, penyandang Datuk Ramzi Abdul Rahman dijangka dicabar bekas ketua bahagian, Datuk Wan Zaid Abdullah dan Sayed Mohd Ali Saipuddin Sayed Yacob yang kini timbalan ketua bahagian.

Di bahagian Tanah Merah, jawatan ketua bahagian kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Hashim Shafin. Undur diriEkoran itu, dua calon akan berentap merebut jawatan tersebut. Mereka ialah pengerusi Redland Berhad, Datuk Ismail Hassan yang juga bendahari Umno bahagian dan bekas ketua pemuda bahagian Datuk Ikmal Hisham.

Manakala di Machang pula, ketua bahagian sekarang Datuk Ismail Mamat disebut-sebut akan mengundurkan diri atas faktor usia.Berikutan itu, dua nama disebut-sebut akan mengisi kekosongan tersebut. Mereka ialah timbalan ketua bahagian, Datuk Jazlan Yaakob dan bekas ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah yang kini ketua pemuda bahagian.

Di Jeli, menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Mustapa Mohamad dijangka dicabar oleh bekas ketua Pemuda bahagian, Zahari Kechik.Berbanding bahagian lain, Kota Baru bakal menyaksikan `perang besar' antara menteri jabatan perdana menteri, Datuk Zaid ibrahim dengan setiausaha politik timbalan perdana menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
.
Zaid dianggap mewakili kumpulan perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi manakala Mohd Fatmi pula dari kumpulan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
.
mahathirismail - Tak sabar nak tengok perkembangan di Kuala Krai.. Datuk Ramzi masih 'kebal' atau ditumbangkan.. Wan Zaid dilihat ingin mencuba sekali lagi bagi merebut jawatan ini walaupun namanya kini kurang disebut-sebut.. Manakala Syed Ali Saipudin telah beberapa kali dipinggirkan dari menjadi calon pilihanraya serta penglibatannya kurang diambil perhatian walaupun beliau adalah Naib Ketua Bahagian.. Ini adalah masa terbaik beliau untuk menguasai sepenuhnya UMNO bahagian ini jika berjaya memenangi pemilihan kali ini..
.
Ambo sokong Datuk Pudin kih dio rajin blanjo ambo minum keda Kakpah, Guchil..

Muktamar Agung PAS Ke-54 di Ipoh

siasahdaily


KUALA LUMPUR, 1 Jun: Muktamar Tahunan PAS ke 54 akan diadakan pada 13, 14 & 15 Syaaban 1429 bersamaan 15, 16 & 17 Ogos 2008 bertempat di Dewan Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, kata Dato’ Kamarudin Jaffar, Pengerusi Muktamar PAS ke 54 yang juga Setiausaha Agung PAS.Muktamar Dewan Ulamak diadakan pada 13 & 14 Ogos bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, manakala Muktamar Dewan Pemuda di Stadium Indra Mulia dan Muktamar Dewan Muslimat di Institut Tadbiran Islam Negeri (INTIM) pada tarikh yang sama.
.
Dijangka 10,000 orang akan menghadiri Muktamar kali ini, kerana ini julung kali PAS mengadakan Muktamar dalam suasana lima negeri telah diperintah oleh Pakatan, kata Kamarudin.
.
Untuk memudahkan Urusan Muktamar saya menyeru kepada semua perwakilan yang ingin bantuan penempatan dan penginapan boleh hubungi Saudara Salman Salleh h/p : 013-3848044, katanya.
.
Bagi melicinkan perjalanan Muktamar diminta perwakilan kawasan-kawasan membuat tempahan awal, seru beliau.
.
Manakala untuk tempahan gerai jualan boleh menghubungi urusetia gerai Saudara Junus Mohamad h/p : 019-5589582, Saudara Mat Razali h/p : 019-5730243 dan Saudara Shamsul Effendey h/p : 019-5538771.“Gerai adalah terhad,” tegas Kamarudin dalam kenyataannya.