Friday, May 30, 2008

Euro 2008: 'Ayam' Yang Berkokok Diluar Gelanggang

English Premier League... Liga paling hebat di dunia!!

Begitulah anggapan sebahagian besar peminat bolasepak di negara-negara membangun termasuklah masyarakat di negaraku ini. Mereka ini dihidangkan dengan pelbagai bentuk siaran langsung membabitkan pasukan-pasukan dari Inggeris itu dengan diiringi pelbagai rancangan yang berkaitan seperti berita, analisis hingga kepada rancangan kuiz (khususnya di Astro 812).

Bahkan, berita sukan luar negara di TV utama tempatan juga banyak menumpukan kepada keputusan-keputusan yang membabitkan pasukan dari negara tersebut sejak dulu lagi.

Semalam, pasukan England baru je mengalahkan Amerika Syarikat 2-1 dalam perlawanan persahabatan. Itupun, berita yang keluar seakan-akan perlawanan akhir kejohanan besar. Penuh dengan analisis dan sebagainya.

Namun begitu, kualitinya tidaklah se-gah namanya apabila di peringkat kelayakan pun mereka di'lanyak' oleh pasukan-pasukan bukan pilihan seperti Croatia dan Russia (Pasti ramai rakyat Malaysia yang tak kenal langsung nama-nama pemain negara tersebut).

Mereka juga bolehlah digelar 'jaguh kampung'. Hebat di negara sendiri tapi 'hampas yang amat' di negara orang. Memang tak patut layak pun di Euro 2008 Final kerana kejohanan tersebut adalah untuk pasukan yang benar-benar berkualiti dan hebat.

Mungkin pada kelayakan Piala Dunia 2010 pun, mereka menerima nasib yang sama. Bukan kerana nasib tidak baik tetapi memang mereka ni tak layak pun!! Sedarlah wahai peminat-peminat bolasepak yang baru nak mula minat sukan bolasepak antarabangsa. Jangan hanya pandang kelab Inggeris dan negaranya sahaja!!