AMD..2 Chandik FC..1
Lokasi: Padang Kompleks Bolasepak, Institut Penyelidikan Getah (RRI), Sungai Buloh
Tarikh: 30hb Ogos 2008 [Sabtu]
Masa: 05:30 petang
Rembatan padu daripada pemain import AMD dari benua Afrika menewaskan penjaga gol Chandik FC di separuh masa pertama masa tambahan. Gol tersebut akhirnya diisytiharkan sebagai 'golden goal' yang membawa AMD ke perlawanan akhir minggu hadapan.
Perlawanan 70 minit (35 minit untuk separuh masa) telah tamat dengan jaringan 1-1. AMD terlebih dahulu menjaringkan gol melalui indirect freekick yang diperolehi di dalam kotak penalti.
Walaubagaimanapun, Chandik FC memperolehi jaringan penyamaan melaui sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil berikutan penyerang Chandik FC dijatuhkan pemain lawan.
Tuesday, September 2, 2008
Deportivo 'hentak' barisan bintang Real
Deportivo La Coruna..2 Real Madrid..1
Riazor Stadium, Coruna [1hb September 2008]
Spanish La Liga 2008/09 - Minggu 1
Catatan sejarah masih lagi kekal dengan Real Madrid masih belum dapat merekodkan kemenangan mereka di Riazor semenjak 1991.
17 tahun.. Angka tersebut telah menjadi pembakar semangat bagi barisan pemain Real Madrid untuk dihapuskan. Namun begitu, hal sebaliknya berlaku.
Seawal minit pertama, skuad belang biru putih ini melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu lawan. Sehinggalah pada minit ketiga, Mista menampan bola ke arah gol hasil umpanan lintang oleh Laurie tetapi malangnya bola terkena palang gol.
Namun begitu, Mista berjaya menyudahkan hantaran sepakan percuma dengan tandukan sebelum separuh masa pertama tamat.
Bermulanya separuh masa kedua, Ruud Van Nistelrooy menyamakan kedudukan dengan jaringan rembatannya di kala berlaku kekalutan di dalam petak penalti.
Tidak sampai empat minit jaringan penyamaan tersebut, pemain pertahanan Deportivo (Lopo) yang dikawal ketat, masih berjaya menghasilkan tandukan yang padat sekaligus menewaskan Iker Casillas untuk gol kemenangan.
Perutusan Tok Guru sempena Ramadhan
HarakahDaily.Net
Perutusan Mursyidul Am PAS sempena Ramadan
Alhamdulillah kita dipertemukan kembali dengan bulan penuh rahmat dan keampunan daripada Allah Subhanawataala. Saya merakamkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam di pelusuk dunia.
Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.
Menjadi kebiasaan kita orang Melayu mengenali Ramadan sebagai bulan puasa. Tanpa disedari sebutan yang sudah lama berakar umbi itu tidak tepat dengan pengertian sebenar Ramadan.
Ramadan bukan sekadar dihiasi dengan ibadat puasa yakni menahan diri daripada makan, minum dan apa sahaja yang membatalkan puasa kerana takrifan sebenarnya lebih luas lagi.
Puasa juga sebenarnya boleh dilakukan pada bulan lain, seperti yang menjadi amalan sesetengah daripada kita iaitu bulan Rejab dan Syaaban. Sebab itulah penggunaan istilah Ramadan lebih tepat bagi menggambarkan maksud dalam melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan penuh berkat ini.
Ramadan juga membawa maksud bulan kebajikan di mana di dalamnya ada zakat fitrah yang menjadi kewajiban dilaksanakan setiap umat Islam. Umat Islam amat digalakkan bersedekah sebagai melengkapkan amalan ibadat puasa kita di siang hari.
Ini kerana di sekeliling kita ada mereka yang kurang bernasib baik. Maka pada kesempatan ini kita hulurkan sedikit sumbangan kepada mereka.
Oleh itu saya mengajak umat Islam menggunakan kesempatan Ramadan kali ini bagi menggandakan amal ibadat serta memohonkan keampunan daripada Allah Taala.
Subscribe to:
Posts (Atom)