Monday, June 2, 2008

Rindukan Serambi Mekah



Kini, hampir sebulan aku tidak pulang ke kampung halaman. Walaupun sebulan itu bukanlah tempoh yang panjang bagi warga lembah Klang yang tidak pulang ke kampung di Pantai Timur.

Tapi, bagi aku, ia adalah satu temph yang lama. Setiap kali pulang, aku akan memastikan cutiku ini merangkumi Hari Jumaat (cuti umum bagi rakyat Kelantan) kerana pada hari tersebut barulah kurasa aku benar-benar berada dalam negeri Serambi Mekah ini.

Pelbagai aktiviti keagamaan samada dikampungku (Kuala Krai) bahkan di ibu negeri menjadi pengisi kepada kehidupan masyarakat di sini. Kuliah YAB Tok Guru Menteri Besar pada malam Jumaat di rumah beliau (Kg. Pulau Melaka) disambung dengan Kuliah Pagi Jumaat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Kota Bharu benar-benar menjadikan masyarakat sekitar terdedah dengan ilmu kerohanian.

Perkara ini amatlah sukar untuk aku perolehi di Lembah Klang lantaran kesibukan mencari rezeki serta dengan suasana sekeliling yang terdorong kepada sikap materialistik.

Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan jiwa ini dapatlah di'tarbiyyah' di negeri yang berkat ini.

Euro 2008: Sejarah 1964 Akan Berulang?

Juara Piala Eropah 1964, Sepanyol, sekali lagi disebut-sebut sebagai antara pasukan yang akan menjulang kejuaraan bagi kejohanan edisi ini.

Dengan dibarisi oleh pemain-pemain yang sedang mencipta nama dalam kejohanan kelab-kelab ternama di Eropah, pasukan ini diharapkan mampu sekurang-kurangnya menjadi antara pasukan yang paling menonjol dalam edisi kali ini.

Penyerang prolifik (Fernando Torres) dijangka dapat mengekalkan prestasi semasa beliau dan menjadi antara pemain yang paling berbahaya dalam kejohanan kali ini dengan dibantu oleh pemian tengah yang kreatif (Cesc Fabregas) serta pemain pertahanan kental (Fernando Ramos).

Namun begitu, pasukan ini selalu dilabel sebagai pasukan di 'bawah prestasi' (under-achiever) apabila menghadapi kejohanan-kejohanan besar terutamanya Piala Dunia FIFA.