Friday, July 4, 2008

Perkembangan Isu Pendedahan Skandal Najib

malaysiakini

Bala tarik balik akuan berkanun

Jul 4, 08 11:34am

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuat kejutan lagi apabila mendakwa beliau telah dipaksa membuat akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.

Apa pulak tragedi lepas ini..

Perhimpunan Aman Protes Sejuta Rakyat


malaysiakini

Perhimpunan berpindah ke Stadium Kelana Jaya

Jimadie Shah Othman Jul 4, 08 11:24am

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan di rumah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

Stadium Kelana Jaya boleh memuatkan 50,000 tempat duduk. Manakala padangnya pula boleh memuatkan jumlah hadirin yang sama.

Penyelaras Protes Dr. Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tempat itu tetapi belum mahu menjelaskan butiran lanjut perkara itu.

Maklumbalas TPM


Tengahari semalam, negara kita gempar dengan kenyataan akhbar Anwar dan isi yang terkandung dalam akuan berkanun seorang yang terlibat dengan isu Altantuya.

Maka, aku yakin seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu apakah reaksi si Timbalan Perdana Menteri ini mengenai isu ini.

Jelas sekali, wajah yang kelihatan di kaca TV pada jam 8 malam tadi cukup tertekan. Seperti yang jangkakan, penafian telah dibuat tetapi apa yang mengejutkan ialah pengakuan beliau dalam soal pertemuan dengan mangsa yang didakwa liwat di rumah beliau!
Kesian Najib.. Baik apply cuti rehat le..