Tuesday, August 5, 2008

Permatang Pauh: Pendekatan Terbaru BN

Angkuh.. Bongkak.. Sombong.. Terlalu Yakin..

Itulah antara perkataan yang sesuai diberikan bagi menjelaskan pendekatan yang diambil oleh parti kerajaan (Barisan Nasional) setiap kali menghadapi pilihanraya umum atau kecil tanpa mengira di mana kawasan yang dipertandingkan.

Malah, mereka ini terlalu yakin untuk merampas kembali Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Tok Guru walhal pada masa yang sama angin politik jelas berlawanan dengan apa yang mereka harapkan.

Namun begitu, semenjak Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi jalan buat Dato' Seri Anwar untuk bertanding, maka, tiba-tiba sahaja tahap 'kokok'kan BN lenyap sama sekali.

Bahkan mereka pula menggunakan pendekatan yang amat berhemah, merendah diri serta takut untuk menghadapi realiti sehingga ada di kalangan pemimpin mereka ini meminta agar parti kerajaan tidak bertanding kerana sudah tahu akan implikasinya.

Suasana ini sememangnya amatlah kekok untuk rakyat negara ini merasai termasuklah jentera media kerajaan yang seakan-akan tiada petunjuk untuk mencari bahan berita yang menggambarkan rakyat di kawasan itu masih sayangkan kerajaan.

Begitu dahsyat sekali pukulan Anwar terhadap kerajaan ini!

_____________________________________


Berikut adalah sebahagian daripada tulisan yang berkaitan dengan perkara ini.

Umno tercari-cari calon lawan Anwar

Muda Mohd Noor Aug 5, 08 2:39pm

Bekas ketua Umno Permatang Pauh berkata bahagian itu menghadapi masalah untuk mendapatkan calon sesuai bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.

"Umno bahagian ketandusan pemimpin yang boleh menjadi calon untuk menentang Anwar.

"Beberapa nama yang disebut menjadi calon, sebenarnya tidak mencapai standard untuk mencabar bekas timbalan perdana menteri itu," kata Datuk Ahmad Saad.

Beliau yang memimpin bahagian itu antara 1997 hingga 2004 dianggap bekas seorang penyokong kuat Anwar.

Ahmad menambah, ada dua faktor yang menentukan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pertama, calon yang boleh diterima oleh semua pengundi Permatang Pauh dan satu lagi, katanya, kecenderungan pengundi Cina dan India yang berjumlah kira-kira 20,000 orang.

"Kita perlu ingat kemenangan lebih 13,000 undi majoriti (presiden PKR Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dalam pilihanraya umum lalu disebabkan pengundi Cina dan India.

"Malah kalau tidak kena calon (BN kali ini), orang Umno akan mengundi pembangkang," katanya lagi.

Ketua bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata calon BN dalam pilihanraya kecil paling dinanti-nantikan itu akan ditentukan oleh pengerusi parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat Umno bahagian malam tadi, tambahnya, diadakan sebagai persiapan menghadapi pilihanraya tersebut dan bukannya membincangkan isu calon. Mengulas kemungkinan beliau turut disenaraipendekkan sebagai calon menentang tokoh pembangkang itu, Abdul Jalil berkata "saya bersedia menjadi calon.

"Ahmad menegaskan, beliau kini tidak lagi menyokong Anwar kerana penasihat PKR itu bersekongkol dengan DAP.

Katanya, beliau tidak suka pada seseorang pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan bangsa sendiri.

"Oleh kerana itu saya tidak boleh menyokong perjuangan Anwar walaupun sebelum ini merupakan penyokong kuat beliau," katanya.

Muzakarah: Pandangan Tun Mahathir


STRANGE POLITICS

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at August 3, 2008 1:15 PM

Something strange is happening in Malaysian politics. Suddenly there is a lot of talk about cooperation and even merger between UMNO and PAS. Friendly and unfamiliar sounds are being heard from all sides.

I wonder whether it is a sudden concern about the need for Malay unity or it is the realisation that both PAS and UMNO have become very weak. True PAS has won more seats in Parliament than it had ever done before. It has even won control over the State of Kedah. But PAS is the weakest party in the opposition coalition or Pakatan Rakyat.

This cannot be what PAS aimed for when it decided to soft pedal its Islamic State ambition in order to work with DAP and PKR. PAS must want to replace UMNO as the dominant party in Malaysia. But despite its success in the 2008 General Election it is not even dominant in the opposition coalition.

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi on the other hand must be irked by his failure to get a two-third majority in Parliament. It is therefore unable to revise the amendments to the constitution made by previous Barisan Nasional Governments or to introduce his own amendments to the constitution.

In any case not getting the usual two-third majority is like losing almost. He knows he is regarded as a weak leader of a weak Government. His coalition partners do not show much respect for him even though they themselves are weak. And the opposition openly declare they want him to go on leading simply because he is weak; a kind of backhanded compliment.

To become strong he might want to embrace PAS as a coalition partner. Then he would have his two-third majority. To do this he will have to offer his sweeteners - his usual solution to all problems. Maybe he would offer a second Deputy Prime Minister to (PAS President) Abdul Hadi Awang and Ministership to some other PAS leaders.

But his coalition partners may not take kindly to this plan. MCA, Gerakan and MIC are not likely to welcome this move. Neither would Sabah UMNO members and the other coalition partners in Sabah and Sarawak.

The BN Government with PAS as a member would therefore be very shaky. UMNO itself would be very shaky as not every UMNO member would relish the idea of nice positions being given to their erstwhile rivals.

Such a coalition may give BN the two-third majority but it is not likely to please the elctorate. The Malay voters may or may not welcome this unity bid but their concern is with the leadership of Dato Seri Abdullah. They want him out. Participation by PAS in a BN still lead by Dato Seri Abdullah will not mean things would be any better.

By associating with Dato Seri Abdullah, accepting the sweets and soft pedaling PAS' Islamic State raison d'etre, PAS is likely to lose support. The net gainer may be PKR, Anwar notwithstanding. After all there is clear evidence that many voters voted PKR simply because they wanted to be rid of Dato Seri Abdullah.

Malay unity is not a matter of Malay political parties embracing each other. Malay unity should be entrusted to politically uncommitted Malays. Neither UMNO nor PAS have the credibility needed for this task.

PAS has already laid down conditions. If UMNO accepts these conditions it will lose its non-Malay partners. On the other hand if PAS gives up its stated views on hudud and qisas etc it will lose the support of its followers.

Maybe a compromise can be worked out. But any compromise will result in a loss of faith and support by enough supporters of both parties to weaken them. This is the dilemma if UMNO seeks PAS' support for achieving a two-third majority or PAS seeks UMNO's support to make it the dominant party in the opposition.

The solution to the present Malay feeling of insecurity is not a merger or some kind of co-operation between the Malay political parties. It lies in restoring UMNO to its previous strength. And this cannot be done for as long as Dato Seri Abdullah is there.

There are several leaders in UMNO who are qualified to take over from him, leaders who are not influenced by the greed of their families, leaders who are willing to make sacrifices in order to restore pre-eminent position of UMNO within the BN. One of them could be Rais Yatim.

Maybe in the end it would be Tengku Razaleigh Hamzah, with Rais as deputy. It is not the system that is wrong.

For 50 years, half a century, the system had worked well. If it fails today it is not because it is wrong but because the leadership had failed to make it work.

The solution: Remove the leader responsible.

Mansuhkan Auku!

harakahdaily

Antara intelektual mahasiswa dan keikhlasan Umno meminda Auku

H Fansuri Tue Aug 05, 08 11:00:55 am MYT

Pada 30 Julai lalu, suatu temubual diadakan bersama dua siswa. Seorang daripadanya mewakili Persatuan Sains Politik, UIA Saifullah dan seorang lagi adalah Faizal mewakili PKPIM yang membincangkan tajuk pindaan Auku menerusi Radio 24, Bernama.

Tanpa merakamkan semua isi perbualan itu saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara yang mungkin dianggap menarik oleh sesetengah pihak. Antaranya, hujah Faizal.

Menurut beliau, Auku sebenarnya memerangkap Umno sendiri sebagai parti pemerintah. Memang ada ketua bahagian, ketua cawangan dan calon-calon pilihan raya yang sedang membuat tesis Phd dan master dalam keadaan mereka adalah calon Umno.

Tidakkah hal ini melanggar Auku? Cuma, dalam kes Umno, SPR lazimnya akan menutup mata, bersikap berat sebelah dan akhirnya calon-calon itu diteruskan juga bertanding. Itu perkara biasa. Cuba lah hal itu berlaku ke atas calon pembangkang. Adakah SPR berdiam diri? Sudah tentu tidak. Hal kebiadapan dan berat sebelah SPR janganlah diragui.

DJ penyampai radio mula termakan dan menyetujui pandangan tersebut. Sebagai wanita, mungkin beliau tak pernah terlintas dalam fikirannya akan hal seumpama itu. Tapi, beliau tetap mengulang hal yang sama kepada panelis termasuk panelis dari luar.


Ganggu pelajaran

Hal itu ialah, tidakkah penglibatan pelajar dalam politik itu mengganggu pelajaran?

Sebenarnya, banyak hal lagi yang mengganggu pelajaran mahasiswa seperti dadah syabu, gejala negatif seperti menonton video lucah, lumba haram, rempit dan sebagainya. Tetapi hal seperti itu tidaklah diambil peduli sangat. Lazimnya, kesedaran berpolitik dan berparti jugalah yang dilihat orang sebagai hal yang mengganggu pelajaran.

Lalu hal itu ditanya sekali lagi kepada Irmohizam, seorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Phd. Tesis beliau berkaitan Auku. Beliau adalah exco Majlis Belia Malaysia (MBM). Jawapan beliau mudah; kecenderungan politik bukan sebab pelajar itu gagal dalam pelajaran. Jawapan ini mudah kerana beliau juga cenderung berpolitik.

"Kita lihat ramai pemimpin kita dahulu pun bergiat cergas dalam politik ketika masih lagi belajar," kata beliau. Sekali lagi jawapan ini merujuk pimpinan Umno lalu. Tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lainnya adalah contoh di mana pelajar itu mula berpolitik sedangkan mereka masih lagi berada di bangku kuliah.

Bagaimanapun hujah-hujah ini cuma sekadar ingin mengesahkan kehadiran Kelab Umno di luar negara. Cubalah kalau mahu diwujudkan Kelab Pas atau apa saja pertubuhan yang bersifat anti-Umno. Baru kita akan dengar syor agar belajar dulu, politik kemudian.

Jawapan yang sepatutnya dikemukakan oleh Irmohizam sepatutnya jujur. Sepatutnya kita kena berkata, memang ada keadaan di mana pelajar terlalu menumpu kepada politik, lalu akhirnya gagal seperti Tun Dr Mahathir. Tapi, akhirnya beliau berjaya dalam Umno.

Tetapi, ada juga yang mahir menyeimbangkan pelajarannya dan akhirnya mereka berjaya dalam akademik seperti Dr Asyraf Wajdi. Tapi beliau kalah dalam pilihan raya di Tumpat Kelantan sebagai calon Umno. Tak apa. Bak kata Fansuri, tuah ayam nampak di kaki dan taji. Tuah calon Umno nampak pada sikap berat sebelah SPR dan hantu mengundi.

Jadi politik tak bersalah dan tak boleh sesekali dipersalahkan. Pilihanraya tidak bersalah, kerana yang bersalah tetaplah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Allah Maha Suci dan tidak bersalah.

Yang bersalah adalah hamba Allah yang bernama Abdullah.

Kita mestilah jujur dengan diri sendiri. Semua bergantung kepada kebijaksanaan di dalam menyeimbangkan antara politik, pelajaran. Ada yang gagal pelajaran, tapi cemerlang pula dalam politik dan begitulah sebaliknya.


Memeranjatkan!

Tetapi hal yang paling memeranjatkan saya ialah ketika Irmohizam menyatakan Auku itu membantu dalam mengawal keselamatan dalam negeri dan lain-lain. Mujur juga si Faizal telah menolak pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ada banyak akta lain yang boleh digunakan untuk mengawal keselamatan negara seperti Akta Polis.

Bayangkan bagaimana seorang pelajar yang sedang membuat kajian di peringkat PhD itu boleh berkata seperti itu. Saya memang merakam perbualan temubual itu. Tetapi jika kita mahu kenya taan lengkap, sila hubungi husna@radio24.com.my. Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya.

Bagaimanapun, saya tidak berminat memanjangkan isi perbualan temubual itu. Apa yang mustahak ialah kenapakah dengan tiba-tiba Menteri Pengajian Tinggi berminat meminda Auku? Saya tidak fikir Umno ikhlas kepada warga kampus, pelajar dan pensyarah.

Pada akhir April lalu ketika saya selesai kerja di PWTC dalam Pesta Buku, seorang wakil PKPIM telah meminta saya bersama mereka menemui Dato' Idris Haron sebagai 'bupala' tertinggi dalam kementerian. Saat itu, syor mengenai pindaan Auku sedang bermula.

Antara alasan kenapa saya dibawa bersama untuk membahaskan pindaan itu ialah kerana saya antara bekas mahasiswa yang hampir-hampir terkena hukuman Auku. Demikianlah menurut kata seorang exco PKPIM. Semua itu berjalan dengan penuh rahsia.

Tatkala rombongan sebiji kereta itu baru bermula keesokannya, maka tiba-tiba saya dapat kiriman sms dari exco PKPIM yang menyatakan bahawa Idris Haron tak dapat menerima kehadiran kami bagi membincangkan hal pindaan tersebut.

Saya tak terperanjat kerana sejak awal lagi saya sudah meragui keikhlasan Umno dengan warga kampus dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Tak salah saya, tarikhnya mungkin 28 April lalu. Tidak lama selepas itu, saya terdengar laporan Idris Haron sudah membuat kenyataan mengenai pindaan Auku.

Suara hati berbisik, sejak bila pula Idris Haron berbincang dengan badan pelajar itu? Atau mungkin mereka berbincang tanpa kehadiran saya? Wallahu 'alam. Apa pun, semua kisah ini menjadi suatu ukuran dan sandaran bukti bahawa Umno tidak pernah ikhlas.

Saya meragui keikhlasan pimpinan Umno termasuk menteri-menterinya sejak dulu, kini, dan buat selama-lamanya (kot). (Nak cakap serba tidak kena, mungkin Umno akan insof, siapalah yang tahu? Saya pun bukannya Tuhan.)

Antara bukti mudah ialah, dalam keadaan Umno ingin bermuzakarah dan bermuqabalah, mereka masih lagi setia mahu mengenakan Anwar Ibrahim atas isu l.w.t dengan si Saiful _____ Azlan. Kalau Umno dan Abdullah ikhlas, nescaya dia akan menyegerakan urusan ini dengan bersumpah dan tutup kes di dunia ini, nanti sambung pula di akhirat.

Tetapi, Abdullah tiada niat untuk menghentikan laporan kutukan ke atas isu ini di akhbar. Dalam masa yang sama, Abdullah mungkin menggunakan isu muqabalah bersama musuh tradisinya guna meraih sokongan. Dan parti berkebajikan ini dijadikan sebagai perisainya dan kubu kuat Umno untuk menahan serangan rakyat ketika isu l.w.t sedang heboh.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Tradisi tipu daya serta tipu helah Umno dan Abdullah ini mengalir dalam setiap cabangan dan cawangan kementeriannya termasuklah dalam pindaan Auku oleh Menteri Pengajian Tinggi. Khaled Nordin orang Pak Lah.

Saya memang dengan jelas menanam benih-benih keraguan dan akan bercambah sebagai tunas dan pokok yang rendang, memayungi warga universiti daripada bahang panas terik penjajahan Umno melalui pujuk rayu mereka ini.

Kalau Umno ikhlas, mereka akan terus membuang Auku yang dilihat sebagai penyakit di dalam jiwa intelektual warga kampus. Mereka ada kemampuan. Tetapi, bagaikan bomoh, dukun yang bela pelesit dan hantu raya, mereka tak membuang semua saka warisan.

Selagi penyakit masih wujud selagi itulah wang pesakit sentiasa mengalir masuk di dalam kan tung mereka. Jika KPT (baca:Umno) pernah meminda untuk melonggarkan ikatan tali Auku, apakah mustahil suatu masa nanti mereka akan meminda untuk mengetatkan?

Manusia yang biasa 'membeli' jawatan, tidak mustahil akan 'menjual' jawatan. Inilah yang terjadi dalam Perhimpunan Agung Umno Disember nanti, iaitu jual beli undi. Orang yang semacam ini akan meneruskan tradisi jual beli undi dalam pilihan raya umum.

Syahadan orang yang meminda Auku untuk melonggarkan, tidak mustahil akan meminda lagi untuk mengetatkan. Hanya kejujuran terpamer pada mereka yang benar-benar ikhlas membatalkan Auku dalam Parlimen. Jikalau tiada lagi Auku, maka tiada ruang lagi untuk mereka melakukan pindaan. Hal inilah yang Umno tidak mahu.

7:48 p.m, 4 Ogos 2008
Sekolah Pemikiran Kg Baru _

Tok Guru: Lebih baik menderma daripada beli rokok

harakahdaily

Salmah Mat Husain Mon Aug 04, 08 11:04:30 am MYT

KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) - Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.

"Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.

"Kalau hisap rokok, bukan sahaja tak dapat pahala, penyakit pula yang datang," ujarnya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Ketika berucap sebelum itu beliau menyifatkan mereka yang enggan menunaikan ibadat solat seperti melakukan perbuatan kurang ajar kerana tidak mahu mengikut perintah Allah Taala.

"Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat," katanya.

Menurutnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah memperlihatkan kepada baginda bagaimana seorang hamba menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah, kemudian bercantum kembali dan menghantuknya semula berulang kali.

"Peristiwa itu menggambarkan bagaimana balasan terhadap manusia yang engkar tidak mahu sujud kepada Allah sehingga akhirnya mereka terpaksa menghantuknya sendiri," ujarnya.

Sinar Harian dah mula merapu?


Sudah lama rasanya tidak membeli akhbar arus perdana berikutan pendekatan yang diambil oleh 'tuan punya' akhbar tersebut amat menyakitkan hati terutamanya di kalangan penyokong pembangkang serta makhluk 'neutral' (macam aku ni).

Walaupun tidak membeli,bukanlah bermakna ia tidak boleh dibaca. Biasanya aku mengambil kesempatan membaca secara 'percuma' di kedai-kedai kopi /restoran atau pejabat-pejabat kerajaan/swasta. Bagi aku, suratkhabar macam ni patut diberi percuma sahaja bahkan informasi yang tidak perlu dibeli untuk diperolehi.

Oleh itu, sejak dilancarkan penerbitan akhbar baru, Sinar Harian, aku mula menjadi salah seorang pembeli tetap akhbar ini kerana mendapati pendekatan yang diambil agak neutral, pendedahan yang adil serta tidak terlalu 'mengampu'.

Akhbar ini (yang bermula di Kelantan 2 tahun lalu dengan harga 50sen jah!) mula menambat hati penduduk di negeri Cik Siti ini.

Namun akhir-akhir ini, aku agak 'confuse' dengan satu pendedahan oleh akhbar ini mengenai satu isu yang belum jelas dan hal ini mula merobek sedikit minat aku terhadap akhbar ini. Sila lihat pendedahan di bawah.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16193&Itemid=1

harakahdaily

Kabinet bayangan: Pejabat MB nafi, Sinar Harian digesa mohon maaf

Nyza Ayob Tue Aug 05, 08 7:17:09 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan bahawa Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menamakan mana-mana individu untuk kabinet bayangan sebagaimana yang telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Ogos lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad lewat petang semalam, pejabat Menteri Besar meminta agar pihak editorial Sinar Harian memohon maaf dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan memandangkan ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan pembaca.

Jelasnya, sebarang keputusan melibatkan pimpinan rakyat di peringkat pusat akan dibuat oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Artikel yang bertajuk 'PR sudah mula bentuk kabinet bayangan' disiarkan di muka N2 dalam akhbar tersebut.

Berikut adalah sebahagian petikan artikel tersebut:

'Shah Alam-Walaupun belum memerintah negara tetapi Pakatan Rakyat (PR) sudah membentuk 'kabinet bayangan' yang diterajui Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain menjadi Perdana Menteri, Anwar juga kana memegang portfolio Menteri Kewangan.


Katanya, penasihat DAP, Lim Kit Siang akan dialntik sebagai Timabalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.


"Terdapat kemungkinan struktur 'kabinet bayangan' itu akan diubah beradsarkan pengalaman PR dalam mentadbir kerajaan Selangor. Rasanya kita akan uabh dan lakukan.


"Tetapi saya rasa setelah kita berdepan usaha mengubah Selangor selama empat bulan lagi,"katanya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diterajui oleh Tian Chua, Gobalakrishnan, Irene Fernandez, Senator Yong Teck Lee dan William Leong.


Struktur 'kabinet bayangan' yang terdapat dalam laman blog Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran itu menyenaraikan Tony Pua sebagai Menteri Kewangan ke II dan Karpal Singh sebagai Menteri Dalam Negeri '.

Muktamar: Usul yang bakal dibawa Dewan Pemuda PAS


malaysiakini

Muqabalah, protes minyak isu muktamar Pemuda

Abdul Rahim Sabri Aug 4, 08 5:24pm

Isu rundingan PAS-Umno dan kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat dijangka akan memanaskan muktamar Dewan Pemuda PAS minggu depan.

Selain itu, pembabitan parti Islam dalam Protes membantah kenaikan harga minyak dan pilihanraya kecil Permatang Pauh turut mewarnai perbahasan, kata setiausaha dewan itu Ahmad Sabki Yusof ketika dihubungi Malaysiakini.

Usul-usul itu akan ditapis oleh satu jawatankuasa di peringkat dewan itu yang akan mengadakan mesyuaratnya beberapa hari lagi.

Ketua jawatankuasa usul Suhaizan Kaiat berkata, ia akan bermesyuarat pada Khamis ini di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Jawatankuasa yang dianggotai oleh lima orang anggota termasuk beliau akan bermesyuarat pada 9 malam.

Suhaizan, yang juga ketua penerangan Pemuda PAS, menjelaskan beliau belum meneliti sepenuhnya usul-usul Dewan Pemuda negeri-negeri yang dihantar kepadanya.

"Ada sebahagian besar (usul-usul pemuda negeri) dah hantar, ada yang belum hantar. Sarawak belum hantar lagi," katanya.

"Kami akan menapis mana yang bersesuaian. Sekiranya ada yang bertindan atau lemah, kami akan tolak. Kami terima usul yang kuat (sahaja).

"Usul itu, katanya sekiranya ada persamaan bagi setiap negeri, mereka akan menggabungkannya usul-usul tersebut.

Muktamar Pemuda PAS dijadualkan berlangsung pada 13 Ogos ini di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh jam 8 malam.Ia dijangka dirasmikan oleh timbalan presiden PAS Nasaruddin Mat Isa.