
Media internet gagal dapat pas Umno
..from kuala krai with love..
Wan Nordin Wan Yaacob Tue | Mar 24, 09 | 1:46:20 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Ko Ham menyifatkan pencalonan Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai calon PAS di Bukit Gantang adalah tepat dan terbaik. |
Demikian katanya, ketika mengadakan sidang media di Parlimen hari ini, mengenai penerimaan DAP terhadap calon PAS itu.
Beliau yakin Nizar akan mendapat undi di kalangan rakyat kerana ketokohan Menteri Besar Pakatan Rakyat itu menerajui Perak dengan pentadbiran yang baik dan berkesan.
Selama menerajui Perak 11 bulan, Nizar memperlihatkan kebajikan kepada rakyat dan beliau sangat disegani pelbagai lapisan masyarakat, katanya.
"Ini adalah calon yang sebaik sahaja bekas ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia, saya sendiri sebutkan bahawa Nizar adalah calon yang perlu diketengahkan bagi pilihan raya di Bukit Gantang, ternyata pilihan saya tepat dan benar," katanya.
Sebelum ini Ngeh pernah mencadangkan nama Nizar selaku calon terbaik bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang kerana ketokohan Nizar selaku MB Pakatan Rakyat yang diterima semua pihak.
Menyokong pandangan itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut melihat Nizar sebagai calon yang akan memberi peluang cerah kepada Pakatan Rakyat menang 7 April nanti.
Dalam pada itu beliau turut mencabar Umno-BN meletakkan Dr Zambri Abdul Kadir selaku calon BN di Bukit Gantang bagi memperlihatkan siapa MB sebenar yang dipilih rakyat.
"Ini bukan setakat satu pilihan raya kecil, ia adalah juga referendum rakyat kepada kerajaan BN Perak yang ditubuhkan secara rampasan kuasa dan referandum kepada Najib Tun Razak yang bakal menjadi PM akan datang," ujarnya.TAIPING, 23 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.
Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).
Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu.