Showing posts with label chandik fc. Show all posts
Showing posts with label chandik fc. Show all posts

Tuesday, September 2, 2008

Chandik FC: Tumbang di Separuh Akhir Liga Fantastico

AMD..2 Chandik FC..1
Lokasi: Padang Kompleks Bolasepak, Institut Penyelidikan Getah (RRI), Sungai Buloh
Tarikh: 30hb Ogos 2008 [Sabtu]
Masa: 05:30 petang

Rembatan padu daripada pemain import AMD dari benua Afrika menewaskan penjaga gol Chandik FC di separuh masa pertama masa tambahan. Gol tersebut akhirnya diisytiharkan sebagai 'golden goal' yang membawa AMD ke perlawanan akhir minggu hadapan.

Perlawanan 70 minit (35 minit untuk separuh masa) telah tamat dengan jaringan 1-1. AMD terlebih dahulu menjaringkan gol melalui indirect freekick yang diperolehi di dalam kotak penalti.

Walaubagaimanapun, Chandik FC memperolehi jaringan penyamaan melaui sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil berikutan penyerang Chandik FC dijatuhkan pemain lawan.

Monday, August 25, 2008

Chandik FC: Perlawanan Suku Akhir Liga Fantastico

AIAS..1 Chandik FC..2
Lokasi: Padang Kompleks Bolasepak, Institut Penyelidikan Getah (RRI), Sungai Buloh
Tarikh: 24hb Ogos 2008 [Ahad]
Masa: 05:30 petang

Chandik FC, selaku naib johan Kumpulan A telah berjaya melangkahkan kaki ke peringkat separuh akhir Liga Funtastico 2008 selepas menundukkan pasukan dari tangga ketiga Kumpulan B dengan jaringan 2-1.

Walaupun keadaan padang yang basah disebabkan hujan sepanjang hari, namun kedua-dua pasukan telah mempamerkan permainan yang sengit.

AIAS jelas menguasai sebahagian besar penguasaan padang dalam perlawanan ini. Walaubagaimanapun, Chandik FC berjaya mendahului dua gol sebelum AIAS merapatkan jurang melaui sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan.

Monday, August 11, 2008

Chandik FC: Perlawanan ke-5 Liga Funtastica 2008

EtiQa Maybank..1 Chandik FC..4

Lokasi: Stadium, Pusat Latihan Maybank, Bangi
Tarikh: 07hb Ogos 2008 [Khamis]
Masa: 08:45 malam

Chandik FC berjaya merekodkan kemenangan yang ketiga dari lima perlawanan sekaligus memastikan tempat ke pusingan kalah mati Liga Funtatico 2008.



Stadium Pusat Latihan Maybank, Bangi



Skuad Chandik FC bersiap sedia untuk perlawanan




Pemain Chandik FC sedang berehat selepas separuh masa pertama

Monday, August 4, 2008

Chandik FC: Kekalahan Pertama dalam Liga Funtastico

Perlawanan Keempat

Masa: 3hb Ogos 2008, Jam 05:30 petang
Lokasi: Padang Stadium TUDM, Subang

Chandik FC mengalami kekalahan pertama dalam liga ini apabila dibenam 2-0 oleh pasukan Osama Laden. Perlawanan ini juga menyaksikan skuad Chandik FC gagal menghasilkan sebarang gol.

Dengan kekalahan ini, Osama Laden berjaya mengurangkan jurang mata kepada satu baki dua perlawanan dan Chandik FC perlu sekurang-kurangnya memenangi salah satu dari dua perlawanan terakhir untuk mara ke peringkat kalah mati.

Perlawanan seterusnya yang akan dihadapi oleh Chandik FC ialah pada 7hb Ogos 2008 (Hari Khamis) dan bakal diadakan di Stadium Maybank, Bangi.

Perlawanan Ketiga

Masa: 27hb Julai 2008 (Hari Ahad)
Lokasi: Padang E, Pusat Penyelidikan Getah (RRI), Sungai Buloh

Perlawanan menentang pasukan yang dibarisi oleh remaja dari Sepang ini berkesudahan dengan kemenangan 5-4.

Walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama, Chandik FC telah beberapa kali mengejar sebelum akhirnya memenangi perlawanan ini dalam suasana yang sengit.

Monday, July 14, 2008

Chandik FC: Perlawanan Pertama Liga Fantastico

Tarikh: 13hb Julai 2008 (Ahad)
Lokasi: Padang Bolasepak, Institut Penyelidikan Getah, Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sungai Buloh, Selangor
Masa: 03:30 petang

Skuad Chandik FC memulakan kempen Liga Fantastico dengan kemenangan 3-1 di dalam keadaan padang yang basah disebabkan hujan mula turun di sebelah petang.

Kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada setiap hari Ahad di Padang Institut Penyelidikan Getah (RRI), Sungai Buloh.

Perlawanan seterusnya bagi skuad ini adalah pada 20hb Julai 2008.




Barisan skuad Chandik FC




Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan




Suasana selepas perlawanan