Friday, April 24, 2009

Final TM Piala FA 2009: Semoga berjaya


Final TM Piala FA 2009: Tepek natey goni di keto kalu xsey buwi cermin pecoh...


Bukey ikley nih.. Cadangey jah..

Menjelang Final TM Piala FA 2009: Debaran bermula


Tiket belum dicari lagi. Tapi diyakini masih banyak lagi yang belum terjual sebab Presiden KAFA (Tan Sri Annuar) menjelaskan bahawa kapasiti Stadium Bukit Jalil boleh mencapai lebih 100 ribu penonton.

Beliau sebenarnya pernah terlibat dalam pembinaan stadium ini memandangkan pada masa itu beliau adalaah Menteri belia dan Sukan. Beliau juga memaklumkan bahawa stadium ini belum pernah lagi dipenuhi 100 ribu orang walaupun pelbagai mjlis besar-besaran pernah diadakan di sini.
Kenyataan itu sudah cukup melegakan sebab aku merancang untuk mendapatkan tiket pada hari perlawanan.

Orang-orang kampung sudah berkira-kira untuk berkampung di sini sepanjang hujung minggu ini. Perancangan mula dibuat sejak Kelantan disahkan layak ke final minggu lalu. Memang penuhlah teratakku di sini nanti.

Pelbagai SMS dan emel yang berupa provokasi telah bertalu-talu diterima dengan bermacam cadangan, nasihat serta amaran yang sinis kepada peminat yang hendak ke stadium Bukit jalil perlu mempertimbangkan untuk;

a. Elak membawa kenderaan yang bersticker/berlambang Selangor (takut dibakar andai Kelantan tewas).

b. Elak parking kenderaan berhampiran kenderaan polis.

c. Belajar cakap loghat klate
dan seumpamanya.

Namun, apa yang penting ialah sejarah bakal dilakar pada malam 25hb April 2009 dengan Kelantan dinobatkan sebagai Juara Piala FA 2009. Insyaallah.

Percayalah. Kejayaan tersebut bakal dikenang sepanjang zaman dan tragedi 'bakar-membakar' terus lenyap dari ingatan.