Malaysiakini
Kira-kira sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 1 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pagi ini.
Manifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma - atau potongan RM11.40 - akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh menteri besar.
MCPXTan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar.
Syabas kelmarin menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan Selangor yang terlibat dengan syarikat pengurusan air tersebut.
Ruslan berkata Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pagi Isnin. Ruslan berkata cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.
Abdul Khalid berkata bil air yang mengandungi potongan itu akan diterima mulai 15 Jun ini, manakala pengguna yang telah mendapat bil lama sebelum tarikh tersebut akan menerima potongan yang sama dalam bil bulan depan.
[Berita penuh akan menyusul di http://www.malaysiakini.com/]
mahathirismail - Kesian kerajaan negeri.. Susah betul nak tolong rakyat.. Banyak sangat halangan/gangguan.. Walauapapun, sekurang-kurangnya mereka berusaha kearah itu. Bukan hanya mengumumkan tidak mampu melaksanakan tanpa sebarang usaha.
Tahniah Selangor!
Wednesday, June 11, 2008
Komentar Dr Mahathir Mengenai Rapid KL
Nukilan Tun Dr. Mahathir mengenai isu bas Rapid KL yang banyak tersadai, sila layari
http://www.chedet.com/2008/06/rapid-kl.html
Euro 2008: Greece..0 Sweden..2
'
Sekali lagi persembahan yang agak membosankan oleh pasukan juara bertahan, Greece sehingga dapat mendodoikan diri ini untuk lelap sebelum tamat separuh masa yang pertama. Namun begitu, pasukan ini masih dapat menghasilkan beberapa gerakan berbahaya ke arah pintu gol lawan.
'
Walau apapun, agak kecewa juga kerana tidak dapat menyaksikan secara langsung jaringan Zlatan Ibrahimovic pada mint ke-67 dan Petter Hansson pada minit ke-72.
Nanti la Sweden.. Jumpa Sepanyol baru la tau!!!
Euro 2008: Sepanyol..4 Rusia..1
David Villa - Hatrick pertama Euro 2008
Jangkaanku jauh meleset dengan apa yang telah berlaku di Innsbruck awal pagi tadi. Sebelum perlawanan, kebanyakan analisis yang terpampang di dada akhbar serta oleh pengulas sukan di televisyen termasuklah aku menyimpulkan bahawa sepanyol akan diikat atau hanya menang tipis.
'
Pasukan Rusia walaupun dilatih oleh pakar strategi bolasepak moden (Guus Hiddink) ternyata gagal mengekang jentera serangan lawan.
'
Aku juga dapat merasakan barisan kesebelasan utama Sepanyol pagi tadi adalah antara barisan yang paling serasi digandingkan dalam kejohanan besar seperti ini terutamanya pemain-pemain bersama penyerang. Walaupun terpaksa 'mengorbankan' bintang mereka untuk permulaan perlawanan ini seperti Cesc Fabrigas dan Xabi Alonso, Luis Aragones membuktikan bahawa keputusan adalah tepat.
'
Yang paling penting dalam perlawanan tadi adalah persefahaman di antara kedua-dua penyerang utama mereka iaitu Fernando Torres dan David Villa.
'
Goyang gak kalau awal-awal dah menang besar.. Takut tak dapat pergi jauh!!
Subscribe to:
Posts (Atom)