Thursday, June 26, 2008

Kerjasama dengan Umno boleh timbulkan masalah - Nik Aziz


Harakahdaily
Salmah Mat Husain Wed Jun 25, 08 7:41:04 pm MYT
KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) � Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan parti itu akan menghadapi masalah apabila meneruskan cadangan berunding dengan Umno.

"Mengadakan pakatan PAS dan Umno sebagaimana sebelum ini akan berlaku seperti di Kelantan pada tahun 1970-an di mana wujudnya Berjasa dan Bebas pada waktu itu.

"Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan Umno, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong.

"Oleh yang demikian saya ulangi dan tidak akan ada pertemuan atau rundingan dengan parti itu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersama beberapa pemimpin lain bergegas ke Kuala Lumpur petang tadi bagi menghadiri mesyuarat tersebut.

Menurutnya mesyuarat itu akan membuat keputusan berhubung dakwaan kononnya akan berlaku kerjasama PAS dengan Umno.

"Masalah besar iaitu perpecahan dalam PAS sebagaimana sebelum ini akan berlaku akibat kerjasama seperti yang dijalinkan suatu ketika dahulu," ujarnya.

Sedangkan kata beliau tokoh-tokoh Umno Kelantan telah menyertai PAS sebelum pilihan raya umum yang menggambarkan PAS kini semakin mendapat sokongan semua pihak.

Tambah beliau rakyat Kelantan di luar negara juga turut menyatakan sokongan terhadap PAS kerana mereka yakin terhadap perjuangan parti itu.

Bagaimanapun katanya, pertemuan individu di antara pemimpin PAS dan Umno tidak akan dihalang dan ia terbuka bila-bila masa.

"Penyertaan ahli Umno bersama PAS sebenarnya bukan melompat parti sebaliknya kembali pada ajaran Islam sebenar," katanya. - mj _

Euro 2008: Previu Separuh Akhir 2

Sepanyol lwn Rusia

[Earnst Happel - Vienna]

Tekanan jelas buat skuad Sepanyol bagi mengulangi kegemilangan 44 tahun yang lalu. Setelah sekian lama tidak sampai ke tahap seperti ini, maka di sinilah peluang mereka mengembalikan hak yang sepatutnya mereka kecapi.



Fernando Torres dan David Villa sedang menjalankan latihan


Tentangan Rusia pada perlawanan nanti amatlah sukar untuk ditafsir atau dijangka memandangkan pakar strategi mereka (Guus Hiddink) pastinya mempunyai pelbagai resepi bagi menjinakkan skuad yang membelasah mereka di peringkat kumpulan baru-baru ini. Kehadiran Andrei Arshavin juga bakal merubah rentak tempo perlawanan ini.



Guus Hiddink memberi taklimat buat pasukan Rusia

Euro 2008: 'Fairytale' Turki Berakhir


Separuh Akhir 1: Jerman..3 Turki..2

Akhirnya pasukan yang paling menonjol dengan semangat kebangkitan dalam kejohanan edisi ini (Turki) terpaksa akur dengan takdir mereka.

Jelas sekali jaringan minit-minit terakhir Phillip Lahm meruntuhkan semangat melawan skuad Turki ini.


Tahniah buat Turki kerana berjaya menghasilkan satu tentangan yang cukup kuat dalam perlawanan ini walaupun tanpa beberapa tonggak mereka akibat kecederaan dan penggantungan.

Sakit hati jugak tengok siaran langsung perlawanan ini pagi tadi.. Beberapa kali berlaku masalah teknikal yang menyebabkan Astro terputus hubungan dengan liputan perlawanan ini..

Hampir keseluruhan separuh masa kedua, aku dan semua customer kat kedai mamak agak berang dengan situasi ini..

(0-1) Sentuhan Ugur Boral cukup untuk menewaskan Lehmann



(1-1) Schweinsteiger berjaya menampan masuk hantaran silang Podolski



(2-1) Miroslav Klose meraikan gol kedua Jerman



(2-2) Semih Senturk menyempurnakan hantaran lintang Sabri Sarioglu




(3-2) Phillip Lahm tenang menewaskan Rustu Recber



Apa nak buat.. Kalau Aku kaya, sah aku dah ada kat Basel, Switzerland dah..