Thursday, July 17, 2008

Kes Liwat: Anwar dibogel, diperiksa alat sulit

malaysiakini

Jul 17, 08 3:14pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.
.
Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur mana yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arah doktor)".
.
Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil "kerana ia mungkin disiarkan dalam YouTube".Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.
.
Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Beliau ditahan semalam untuk dirakamkan kenyataannya dan dibebaskan pagi tadi.
.
Beliau disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar bulan lalu.
.

Contoh DNA

Anwar juga menjelaskan bahawa beliau enggan membenarkan sampel DNA diambil atas nasihat peguam dan doktor.
.
Lagi pula, katanya, simpanan DNA-nya ada dalam tangan polis yang diambil secara paksa pada 1999."
.
Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi," katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.
.
Anwar berkata, beliau juga enggan membenarkan doktor di HKL mengambil contoh darahnya.
.
Sebelum dibawa ke HKL, katanya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi juga, dengan ikat jamin polis, selepas menjalani pemeriksaan tersebut.
.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bebaskan malam tadi dan terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.
.
Hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.
.

Sakit pinggang

Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.
.
Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik.
.
Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".
.
"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya (media ketawa), atau ketua polis negara?" katanya.
.
Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.
.
"Saya rasa tak selesa, saya tidak ditunjukkan report (pengadu) itu, mungkin pindaan dibuat, dipinda, dipinda, dipinda, mungkin selepas statement saya dibuat, mungkin laporan itu akan dipinda," katanya.
.
Katanya, ini kerana siapakah yang boleh membuktikan nanti bahawa laporan itu adalah yang asli.
.
______________________________________________
.
mahathirisma - Andai benar tuduhan ini adalah fitnah semata-mata, semoga Allah melaknatkan semua yang terlibat ini (iaitu yang mengetahui ini adalah komplot) kerana mereka ini jelas berada dalam golongan yang tak kenal lagi apa itu Yang Maha Esa, Iman dan Islam...

Kes Liwat: Anwar Bebas Dengan Ikat Jamin


malaysiakini


Jul 17, 08 9:30am


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dengan ikatjamin pagi ini.

Beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi.

Beliau balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang.
Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.Awal pagi ini, peguam Sankara Nair memberitahu pemberita di luar ibupejabat polis Kuala Lumpur, tempat Anwar ditahan semalaman, bahawa mantan timbalan perdana menteri itu akan dibebaskan jam 1 petang.

Menurutnya, Anwar mengadu sakit belakang selepas tidur di atas lantai simen malam tadi.

Pada jam 9.30 pagi isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anak-anaknya dan masuk ke dalam bangunan IPK Kuala Lumpur. Mereka beredar bersama Anwar 15 minit kemudiannya.

Anwar sedang berihat di rumahnya manakala para petugas media, termasuk media asing, sedang menunggu di luar.

Pada kira-kira jam 10.45 pagi, Wan Azizah dan anak sulungnya, Nurul Izzah keluar dari rumah tersebut.

"Suami saya dalam kesakitan," kata presiden PKR itu sebelum beredar keluar.

Benarkah PAS berpecah dua?


Roslan SMS

Saya sungguh terkilan apabila seorang pemberita kanan dalam akhbar The Star boleh menulis dengan panjang lebar bahawa PAS kononnya diambang perpecahan.

Satu kumpulan dibelakang Presiden dan satu lagi dibelakang Mursyidul Am menurut Joceline. Isunya kerana kononnya satu pihak mahu keluar dari Pakatan dan bercantum dengan Umno manakala satu lagi tidak mahu.

Siapakah yang menyodok Joceline dengan maklumat-maklumat ini?Saya mengesyaki demikian kerana Joceline tiba-tiba ada maklumat tentang pertemuan Presiden PAS dengan Ikhwan kononnya di London. Tahukah Joceline. Ikhwan atau Muslim Brotherhood itu apa atau siapa?

Kata beliau ianya badan yang PAS anggap sebagai "senior Muslim brother" dan Presiden PAS ke sana untuk mendapatkan fatwa mereka. Kalau pun benar maklumat ini tidakkah peyampai maklumat tadi sedar yang ia membocorkan sesuatu yang pasti suatu rahsia dalaman, atau memang maklumat ini perlu dibocorkan atau bagaimana?

Kata Joceline satu kumpulan dalam PAS diketuai oleh kebanyakan mereka yang dari Terengganu sebenarnya rimas dan tidak selesa dengan sikap DSAI yang liberal terutama dalam hal-hal berkaitan Islam. Dan mereka juga tidak lagi dapat bekerjasama dengan DAP kerana tentangannya terhadap perundangan dan pentadbiran Islam. Malah katanya kumpulan ini hampir bertemu dengan pimpinan tertinggi Umno sehingga ianya dikesan dan ditentang oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Abd Aziz.

Jadi menurut Joceline, ada dua kumpulan dalam PAS, satu yang pro Umno dan satu lagi mahu kekal dalam Pakatan.PAS adalah sebuah gerakan Islam, berjuang, bergerak dan mendidik ahlinya hatta sanggup mati untuk Islam. Perbezaan pandangan dalam jemaah adalah sesuatu yang lumrah namun apa pun keputusan tertinggi dalam partilah nanti yang muktamad dan akan dipatuhi oleh para pendukungnya. PAS sekarang kukuh membela dan mempertahankan Islam sebagai asas dan dasar perjuangannya, soal yang dilontarkan oleh Joceline tidak akan menarik PAS sehingga berpecah dua atau tiga, tetapi sebaliknya akan lebih mengukuh dan merapatkan kekuatannya.

Saya yakin dan percaya seluruh saf kepimpinan parti sayang dan bakal mempertahankan perjuangan suci ini, Allah tujuan kami, Rasulullah ikutan kami, al Quran dustur kami, jihad jalan kami.................

Debat: Pemenang debat isu minyak ialah...

malaysiakini

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai "pemenang" debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.

Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.

Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.

Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.

Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV.
________________________________________________

mahathirisma - Sudah terang lagi bersuluh..