Thursday, June 12, 2008

Euro 2008: Akanku Gempur Kedai Mamak Malam Ni!


Berbekalkan jersi Croatia macam dalam gambar di atas tapi Made In Thailand, aku akan berkampung di kedai mamak untuk memberi sokongan padu kepada pasukan pilihan kedua aku ni. (Mungkin aku seorang je kot sokong Croatia)

Diharapkan pemain-pemain Jerman tidak bersungguh-sungguh sangat malam nanti takut habis segala jenis air (harap-harap bukan teh atau nescafe tarik) disembur oleh penyokong lawan.


Euro 2008: Previu Kumpulan B

Malam nanti akan berlangsung dua perlawanan yang melibatkan Kumpulan B.

Sudah tentulah tumpuan terarah kepada perlawanan dua pasukan yang menduduki dua tangga teratas iaitu, Jerman dan Croatia.

Corak serangan yang berkesan oleh skuad Jerman pada perlawanan menentang Poland baru-baru ini pastinya akan cuba dikekang oleh corak pertahanan yang kental oleh Croatia.

Sejarah pertemuan dua pasukan ini di kejohanan besar masih bermain di kepala di mana pada Suku Akhir Piala Eropah 1996, Jerman menang 2-1 hasil pimpinan kapten berpengalaman mereka ketika itu, Matthias Summer (salah seorang pemain yang aku minat sangat).

Seterusnya, pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 1998, Croatia pula membenam Jerman 3-0 hasil daripada inspirasi pemain lagenda mereka, Davor Suker.

Jerman kena malam ni kot?!!


Ruang Kerjasama Dengan Bukan Muslim - Dr. Haron Din

harakahdaily

Soalan: Senario politik kini menuntut suatu permuafakatan dan kerjasama antara golongan Islam bagi mewujudkan kestabilan politik, bertujuan membentuk kerajaan yang kuat dan mendapat sokongan majoriti. Dari sudut Islam, boleh atau tidak umat Islam bekerjasama dengan yang bukan Islam untuk memerintah. Harap Dato' dapat memberikan dalil-dalil sahih untuk menjadi pegangan. - ABDULLAH ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur

Jawapan: Perlu difahami terlebih dahulu bahawa Islam muncul dan berkembang dalam masyarakat pelbagai agama, sama ada pada zaman Makkah, mahu pun selepas Hijrah, iaitu zaman Madinah.

Allah SWT memilih dan mentakdirkan sedemikian kerana agama Allah akan terus berkembang dan subur di mana-mana pelosok dunia, termasuk di dalam negara pelbagai kaum dan agama.
Hal sedemikian, memberi kefahaman yang jelas, bahawa kerjasama dan saling bantu membantu untuk pencapaian kehidupan harmoni dalam soal kehidupan di sesebuah negara, perlu diberi perhatian dan dihormati.

Harus dicari asas-asas untuk bekerjasama dan saling bantu membantu. Asas utama pada kefahaman ini berdasarkan kepada ayat Allah, menerusi firman-Nya (mafhumnya): "...Dan hendaklah kamu tolong menolong dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan terhadap Allah, dan jangan kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa dan pencerobohan..." (Surah al-Maaidah, ayat 2)

Firman Allah (mafhumnya): "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari tanah air kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Ayat-ayat tersebut memberi ruang seluas-luasnya untuk mengadakan kerjasama dan bertolong-tolongan antara umat Islam sesama mereka khususnya dan juga dengan yang bukan Islam, dengan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya, serta ulama-ulama salaf.

Bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam bidang politik untuk tujuan memerintah atau mendapatkan kuasa, antara golongan Islam dan bukan Islam, disebut dalam Islam sebagai tahaluf siasi.

Tahaluf adalah istilah politik Islam bermaksud berpakat atau bermuafakat untuk mencapai dan menjayakan kepentingan bersama dalam membina negara atau mendapatkan kuasa.
Istilah tahaluf atau hilf, wujud dalam Islam dan dalam beberapa hadis.

Sebelum Islam lahir di Makkah, masyarakat jahiliyah telah pun membuat pakatan dan kerjasama di antara mereka yang dikenali dengan Hilful Fudhul.

Nabi Muhammad s.a.w., ketika zaman kerasulannya menyaksikan permuafakatan tersebut.
Setelah Islam lahir dan berkembang, Rasulullah s.a.w. mengingati semula permuafakatan itu dan menghargainya dalam suatu hadis (mafhumnya); "Talhah bin Abdullah bin 'Auf berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; Saya telah menyaksikan berlakunya suatu kerjasama dalam bentuk permuafakatan di kediaman Abdullah bin Jad'aan. Permuafakatan tersebut itu baik bagiku dan ia lebih bernilai daripada harta benda dunia. Sekiranya saya diminta berbuat demikian dalam era Islam ini, pasti saya menyetujuinya." (Hadis Riwayat Ibnu Ishak)

Dalam sejarah Hijratul Rasul s.a.w., baginda telah meminta pertolongan atau bantuan dari seorang yang tidak Islam yang bernama Abdullah bin Uraiqit, sebagai pemandu dan penunjuk jalan kepadanya.

Mengapa Rasulullah s.a.w. memilih orang kafir untuk membantu? Apakah tidak ada orang Islam atau malaikat atau wahyu yang memandunya?

Walaupun semua itu boleh, tetapi peristiwa ini mengandungi mesej yang amat jelas, iaitu dibolehkan bekerjasama, terutamanya jika keperluan itu jelas wujud.

Maka hal kerjasama seperti itu dibolehkan.

Setiba di Madinah, Rasulullah s.a.w. menyedari, malah diperintah Allah SWT untuk mengadakan permuafakatan dengan yang bukan Islam dari golongan kuffar Madinah, sehingga termeterai suatu perjanjian (piagam) yang dikenali sebagai Saheefah Madinah yang terkenal sehingga ke hari ini.

Saheefah tersebut, diperuntukkan jelas antara lainnya, orang Yahudi menanggung perbelanjaan hidup sendiri, demikian juga orang-orang Islam. Di antara mereka terdapat tanggungjawab untuk saling bantu membantu menghadapi musuh bersama.

Mereka hendaklah saling nasihat menasihati dalam berbuat baik terhadap satu sama lain, tanpa melakukan kesalahan.

Disebutkan dalam Saheefah bahawa; "Tidak salah mana-mana orang yang tertakluk dalam piagam ini, bahawa mereka wajib tolong menolong, bantu membantu, khususnya bagi orang-orang yang teraniaya."

Selain itu Rasulullah s.a.w. pernah membuat perjanjian tolong menolong dengan Bani Khuza'ah dan lain-lain.

Dengan alasan-alasan yang dipaparkan ini, sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah, jelas menunjukkan keharusan bermuafakat dengan orang-orang yang bukan Islam.

Namun demikian, ia bukan merupakan keharusan total atau dibolehkan secara mutlak.

Seharusan ini, mestilah diikat dengan beberapa syarat, sesuai dengan situasi muafakat tersebut.

Apa yang penting, ia mestilah memastikan Islam berada dalam keadaan selamat, selesa dan terus berada dalam keadaan yang sejajar dengan ruh firman Allah dalam al-Quran (mafhumnya): "Kamu adalah umat yang terbaik, dilahirkan bagi manusia, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah perkara yang mungkar dan beriman kepada Allah..." (Surah ali-Imran ayat 110).

Euro 2008: Turki 'Bunuh' Harapan Switzerland

Kumpulan A - Switzerland..1 Turki..2

Arda Turan, pemain tengah Turki, memusnahkan saki-baki harapan tuan rumah kejohanan apabila menggegarkan jaring lawan pada masa kecederaan di Zurich awal pagi tadi.

Walaupun Turki memulakan perlawanan agak baik pada awal permainan, namun setelah hujan lebat tiba-tiba membasahi Stadion, fokus pemain mereka agak terjejas dengan hantaran-hantaran pendek yang selalu tersangkut pada lopakan air.

Waktu itu, pemain-pemain Switzerland jelas mengambil peluang dengan hantaran-hantaran jauh yang kerap memerangkap pertahanan Turki serta berjaya mendahului melalui jaringan Hakan Yakin.

Hujan berhenti pada waktu rehat dan Turki mula kembali mempamerkan aksi sebenar mereka setelah tiada lagi air bertakung di atas padang. Semih Senturk menyamakan kedudukan melalui tandukan selepas menerima hantaran cantik dari ketua pasukan, Nihat Kahveci.


Gol pertama Switzerland melalui Hakan Yakin

Jaringan penyamaan melalui tandukan Semih Senturk

Arda Turan sebaik sahaja menjaringkan gol kemenangan


Volkan Demirel banyak menyelamatkan cubaan lawan


Berdarah hidung gua layan game ni!!


Euro 2008: Portugal Ke Suku Akhir

Kumpulan A - Republik Czech..1 Portugal..3

Petr Cech cuba menyelamatkan rembatan Ronaldo

Cristiano Ronaldo menjadi tunggak utama Portugal dalam memastikan 3 mata penuh di mana beliau menjaring satu gol serta mengumpan bola kepada Ricardo Quaresma untuk gol ketiga.

Separuh masa pertama agak seimbang namun pada separuh masa kedua, Portugal jelas menguasai serangan setelah memperolehi jaringan kedua.

Siap la jumpa Sepanyol nanti!!