Tuesday, November 25, 2008

La Liga 2008/09: Depor biso semulaa!!


24hb November 2008

Setelah gagal merakamkan kemenangan dalam beberapa perlawanan terakhir, The Super Depor akhirnya dapat mengubat sedikit kekecewaan peminatnya dengan kemenangan 3-1 ke atas lawan mereka.

Walaupun menghadapi lawan yang tidaklah sehebat mana pun, tetapi tiga mata yang dipungut sudah cukup untuk memastikan penguasaan di tangga ketujuh dalam Liga Sepanyol musim ini.



Jumlah mata yang sama dengan pasukan yang dibarisi pemain-pemain ternama seperti Athletico Madrid sudah cukup untuk menggambarkan betapa seriusnya Deportivo bagi mencabar perebutan tempat teratas liga negara ini.

Situasi terkini Umno di Serambi Mekah

HarakahDaily.Net

Pemimpin akui Umno tidak lagi mampu dijadikan contoh

Zuharman MN Sun Nov 23, 08 2:24:38 pm MYT

KOTA BHARU, 24 Nov (Hrkh) - Umno kini semakin kronik dan sendat dengan masalah dalaman. Benarkah demikian. Ramai di kalangan mereka tampil mendedahkan antara faktornya kerana kepentingan peribadi yang lebih diutamakan.

Maka bagi memulih kembali situasi tersebut ada di kalangan mereka mencadangkan Umno mengimbau kembali sejarah perjuangan lampau.

Setiausaha Umno Bahagian Kubang Kerian, Shamsudin Awang membayangkan parti itu kini tidak lagi mempunyai tauladan yang wajar dicontohi dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

"Lupa sejarah dan terlalu mengutamakan agenda selain dari dasar perjuangan sebenar punca berlakunya perpecahan sama sendiri.

"Sepatutnya kita mengimbau sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, Perang Uhud dan kerajaan Islam di Sepanyol sebagai pengajaran amat bermakna terhadap masalah dalaman Umno sekarang.

"Marilah sama-sama kita renungkan sejarah silam kerana sejarah memberi banyak pengajaran, tetapi kadangkala kita lupa," katanya pada persidangan Pergerakan Pemuda Umno Kubang Kerian di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sejarah menukilkan angkara kerakusan, keangkuhan dan budaya fitnah memfitnah di kalangan pemimpin sebagai faktor jatuhnya sesebuah kerajaan pada zaman lampau.

Menurutnya keretakan parti berlaku kerana kurang tumpuan di kalangan ahli kerana masing-masing mementingkan agenda lain daripada perjuangan parti.

"Marilah kita beri keutamaan kepada dasar perjuangan sebenar. Kita utamakan agenda-agenda perjuangan di hadapan dan soal-soal lain hendaklah dikesampingkan," katanya.

Ketua pemuda Umno Kubang Kerian, Anuar Safian juga tidak menafikan Umno kini sedang berdepan dengan dugaan dan cabaran politik getir.

Menurutnya, terdapat di kalangan ahli parti tidak taat kepada prinsip parti sehingga sanggup menghentam dan cuba mempengaruhi orang lain bagi memecah belahkan sesama sendiri.

Beliau berkata, jika polemik politik Umno dibiarkan berlarutan ia nescaya boleh menghancurkan Umno.

Sebelum itu lebih 30 cawangan di bahagian tersebut diarah bermesyuarat semula yang membuktikan kepincangan dalam parti itu benar-benar berlaku.

Selain itu, lebih 100 pemuda cawangan dari bahagian tersebut mengadakan demontrasi di hadapan Pejabat Perhubungan Umno Kelantan sebagai membantah ketidakadilan yang berlaku.

Naib Ketua Umno Kubang Kerian, Dato' Muhammad Abdul Ghani berkata, pihaknya telah membuat aduan kepada Umno Pusat berkenaan isu 32 cawangan yang dikatakan bermasalah.

Oleh itu beliau menyangkal usaha pihak tertentu yang cuba menutup itu berkenaan.

"Dakwaan yang mengatakan cawangan terbabit bermesyuarat tanpa sebarang masalah bercanggah dengan aduan yang diterima.

"Pihak berkenaan tidak melakukan siasatan. Tidak buka fail di atas aduan itu. Apabila tiada siasatan secara tidak langsung ia menggambarkan tiada masalah berlaku, sedangkan aduan yang diterima sebaliknya," kata beliau.

Muhammad turut mendesak mesyuarat bahagian berkenaan ditangguhkan sehingga semua cawangan yang bermasalah sebelum ini melakukan mesyuarat semula.

Ketua Umno Kubang Kerian, Mohd Fauzi Ismail enggan mengulas mengenai cadangan supaya mesyuarat bahagian itu ditangguh bagi membolehkan mesyuarat beberapa cawangan diselesaikan.

Musim Tengkujuh di Serambi Mekah: Harapan Tok Guru

HarakahDaily.Net


Pakat doa hujan lebat tidak turun di Kelantan - MB

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir Sun Nov 23, 08 5:38:37 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) - Biar pun air bah belum melanda Kelantan, namun Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meninjaukan keadaan Sungai Kelantan berikutan hujan lebat Rabu dan Khamis lalu.

Semalam beliau meninjau keadaan Sungai Kelantan di perkarangan Hotel Rider dekat sini bagi melihat sendiri paras air selepas hujan lebat dua berturut-turut.

Kehadirannya mengejutkan orang ramai yang berada di situ.

"Alhamdulillah apa yang kita dapati nampaknya masih belum ada tanda-tanda berlaku banjir, bahkan air sungai pun nampaknya semakin surut, lagi pun hujan lebat belum berlaku lagi di hulu Kelantan.

"Kita juga berharap banjir tahun ini tidak berlaku banjir dan sekiranya ada tanda-tanda hujan akan turun lebat sama-samalah kita berdoa agar hujan tidak turun di tempat kita," ujarnya ketika ditemui media ketika tinjauan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menasihati ibu bapa serta penjaga menjaga anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Katanya, kanak-kanak yang tidak biasa dengan air akan berasa seronok dengan kedatangan banjir setahun sekali.

"Jadi saya nak cadangkan ibu bapa dan guru supaya mengingatkan mereka terhadap bahaya bermain dengan air bagi mengurangkan mangsa lemas di musim banjir.

"Dahulu anak-anak muda termasuk gadis berpakaian cantik untuk keluar bermain air banjir, macam tu lah tiap-tiap tahun hingga sekarang, banjir masih dianggap satu pesta buat mereka," ujarnya.