Tuesday, July 15, 2008

Piala Malaysia: Kemelut Dalaman Kelantan

Melihatkan kepada kedudukan dalam Kumpulan A, jelas sekali Skuad Kelantan perlu memastikan tiga mata apabila bertemu Selangor malam ini di Stadium Shah Alam.

Kelantan hanya dapat memungut satu mata sahaja daripada dua perlawanan mereka yang terakhir. Terdapat juga desas-desus kemelut dalaman berlaku dalam skuad ini sejak akhir-akhir ini.

Dengan pembongkaran oleh pemain impot, Mohammadou mengenai sikap segelintir pihak dalaman jelas mengecewakan beliau yang setakat ini telah menjaringkan 30 gol daripada 32 perlawanan sepanjang musim ini (Kalah rekod Fernando Torres..). Beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada skuad sebagaimana yang disiarkan dalam berita sukan tv tempatan malam tadi.

Di bawah ini diselitkan berita yang berkaitan dengan perlawanan yang akan berlangsung malam ini.

Perlawanan Selangor -Kelantan Lewat 30 Minit

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) meminda masa perlawanan Piala Malaysia Kumpulan A melibatkan Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam malam esok.

Menurut kenyataan ringkas di laman web FAM hari ini, perlawanan berkenaan yang asalnya dijadual jam 8.45 malam telah ditunda ke jam 9.10 malam.

Selanjutnya, layari
http://malaysia.bolacyber.com/fam/perlawanan-selangor-kelantan-lewat-30-minit.html