Hari ini genaplah 32 tahun kehidupanku di bumi Allah. Dengan limpah kurnia-Nya, aku masih lagi diberi peluang untuk menjalani hidup dengan maksud mengimbangi semula dosa-dosa lampau yang disedari atau sebaliknya. Aku berdoa moga-moga kehidupanku selepas ini tidak lagi menggandakan amalan yang membawa kepada kemurkaan-Nya.
Terima kasih lantaran ucapan dan ingatan dari kenalan terutamanya bonda tersayang (orang pertama yang menyampaikan ucapan malam tadi).
MAHATHIR BIN ISMAIL
MAHATHIR BIN ISMAIL02:30 pagi, 17hb Februari 1977,
Balai Polis Binjai,
Kota Bharu.