Thursday, July 10, 2008

Majoriti percaya Bala cakap benar

malaysiakini


Sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam semalam, percaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan.

Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta).

Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.

Manakala 86 peratus berpendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan - remaja berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh bekas bosnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih kurang jumlah yang sama - 5,102 atau 80 peratus - menolak andaian yang Anwar sengaja berpakat dengan Saiful untuk membuat tuduhan liwat tersebut - untuk mendapatkan simpati masyarakat.

Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang "melindungi" Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu.
Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu.

Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih "berada di Malaysia".

Untuk melihat carta keputusan penuh sila layari http://www.malaysiakini.com/news/85834.

11 Ketua Bahagian UMNO di Kelantan Dicabar

malaysiakini

Muda Mohd Noor Jul 10, 08 2:34pm

Kecuali Ketereh, Bachok dan Gua Musang, sebelas lagi ketua bahagian Umno di Kelantan dijangka dicabar dalam pemilihan parti, September ini.
.
Ketua Umno Ketereh ialah Datuk Seri Annuar Musa yang juga ketua perhubungan Umno negeri, manakala ketua Umno Gua Musang ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Bachok pula Datuk Awang Adek Hussein.

Mesyuarat cawangan Umno akan bermula 17 Julai ini, manakala mesyuarat bahagian bermula pada 9 Oktober depan. Perhimpunan agung yang akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan Umno akan berlangsung pada 16-21 Disember depan.

"Tindakan mencabar ketua-ketua bahagian ini merupakan satu tindakan protes ahli-ahli Umno terhadap kepimpinan bahagian ekoran kekalahan teruk dalam pilihanraya umum lalu.

"Mereka mahu menukar muka-muka lama yang dilihat tidak mampu menghadapi pembangkang termasuk dalam pilihanraya umum akan datang," kata sumber-sumber Umno negeri.Ketua bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dr Nik Zain Nik Omar menghadapi saingan tiga penjuru. Beliau bakal dicabar oleh ketua pemuda Umno negeri, Dali Husein dan muka baru, Rofli Ishak.

Pengerusi syarikat perkapalan Nepline Berhad itu, sudah tiga penggal menjadi ketua bahagian dan juga tiga kali bertanding dalam pilihanraya umum tetapi semuanya kalah.Manakala di Kubang Kerian pula, ketua bahagian sekarang, Mohd Fauzi Ismail, akan dicabar oleh timbalannya, Ghani Mamat.

Pertahan jawatan di Pasir Putih, Datuk Kamaruddin Mohd Noor yang sudah empat penggal tidak dicabar, kali ini akan berdepan saingan empat penjuru.

Beliau bakal dicabar oleh Zawawi Ismail (ketua pemuda bahagian), Hashim lsmail (naib) dan Datuk Shukri Mohamad (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri).Ketua bahagian Pasir Mas, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman pula dijangka tidak mempertahankan jawatan kal ini.

Ini dan memberi peluang kepada timbalannya, Hanafi Mamat berentap dengan ahli jawatankuasa bahagian, Fauzi Mamat untuk. Manakala ketua bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail dijangka dicabar oleh timbalannya, Abdullah Mat Yassim.

Manakala di Kuala Krai pula, penyandang Datuk Ramzi Abdul Rahman dijangka dicabar bekas ketua bahagian, Datuk Wan Zaid Abdullah dan Sayed Mohd Ali Saipuddin Sayed Yacob yang kini timbalan ketua bahagian.

Di bahagian Tanah Merah, jawatan ketua bahagian kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Hashim Shafin. Undur diriEkoran itu, dua calon akan berentap merebut jawatan tersebut. Mereka ialah pengerusi Redland Berhad, Datuk Ismail Hassan yang juga bendahari Umno bahagian dan bekas ketua pemuda bahagian Datuk Ikmal Hisham.

Manakala di Machang pula, ketua bahagian sekarang Datuk Ismail Mamat disebut-sebut akan mengundurkan diri atas faktor usia.Berikutan itu, dua nama disebut-sebut akan mengisi kekosongan tersebut. Mereka ialah timbalan ketua bahagian, Datuk Jazlan Yaakob dan bekas ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah yang kini ketua pemuda bahagian.

Di Jeli, menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Mustapa Mohamad dijangka dicabar oleh bekas ketua Pemuda bahagian, Zahari Kechik.Berbanding bahagian lain, Kota Baru bakal menyaksikan `perang besar' antara menteri jabatan perdana menteri, Datuk Zaid ibrahim dengan setiausaha politik timbalan perdana menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
.
Zaid dianggap mewakili kumpulan perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi manakala Mohd Fatmi pula dari kumpulan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
.
mahathirismail - Tak sabar nak tengok perkembangan di Kuala Krai.. Datuk Ramzi masih 'kebal' atau ditumbangkan.. Wan Zaid dilihat ingin mencuba sekali lagi bagi merebut jawatan ini walaupun namanya kini kurang disebut-sebut.. Manakala Syed Ali Saipudin telah beberapa kali dipinggirkan dari menjadi calon pilihanraya serta penglibatannya kurang diambil perhatian walaupun beliau adalah Naib Ketua Bahagian.. Ini adalah masa terbaik beliau untuk menguasai sepenuhnya UMNO bahagian ini jika berjaya memenangi pemilihan kali ini..
.
Ambo sokong Datuk Pudin kih dio rajin blanjo ambo minum keda Kakpah, Guchil..

Muktamar Agung PAS Ke-54 di Ipoh

siasahdaily


KUALA LUMPUR, 1 Jun: Muktamar Tahunan PAS ke 54 akan diadakan pada 13, 14 & 15 Syaaban 1429 bersamaan 15, 16 & 17 Ogos 2008 bertempat di Dewan Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, kata Dato’ Kamarudin Jaffar, Pengerusi Muktamar PAS ke 54 yang juga Setiausaha Agung PAS.Muktamar Dewan Ulamak diadakan pada 13 & 14 Ogos bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, manakala Muktamar Dewan Pemuda di Stadium Indra Mulia dan Muktamar Dewan Muslimat di Institut Tadbiran Islam Negeri (INTIM) pada tarikh yang sama.
.
Dijangka 10,000 orang akan menghadiri Muktamar kali ini, kerana ini julung kali PAS mengadakan Muktamar dalam suasana lima negeri telah diperintah oleh Pakatan, kata Kamarudin.
.
Untuk memudahkan Urusan Muktamar saya menyeru kepada semua perwakilan yang ingin bantuan penempatan dan penginapan boleh hubungi Saudara Salman Salleh h/p : 013-3848044, katanya.
.
Bagi melicinkan perjalanan Muktamar diminta perwakilan kawasan-kawasan membuat tempahan awal, seru beliau.
.
Manakala untuk tempahan gerai jualan boleh menghubungi urusetia gerai Saudara Junus Mohamad h/p : 019-5589582, Saudara Mat Razali h/p : 019-5730243 dan Saudara Shamsul Effendey h/p : 019-5538771.“Gerai adalah terhad,” tegas Kamarudin dalam kenyataannya.

Piala Malaysia: Kelantan Kekal Di Persada Kumpulan A


Melaka..1 Kelantan..1
[Stadium Hang Jebat, Bandaraya Melaka - 9hb Julai 2008]

Pemain impot Kelantan, Enock Bentil, telah membantu mengikat Melaka dengan jaringan gol penyamaannya pada minit ke-68 selepas jaringan minit ke-48 oleh pemain impot Melaka, Kofi Estiba Shaw.

Keputusan di Kuala Terengganu juga turut membantu memastikan Kelantan kekal di tempat teratas Kumpulan A apabila Negeri Sembilan ditewaskan oleh tuan rumah 2-0.

Dengan berbaki tiga perlawanan dalam kumpulan ini, Kelantan dilihat berpeluang cerah untuk mara ke peringkat suku akhir sejak sekian lama menunggu.

Perlawanan seterusnya selepas ini adalah menanti kunjungan Terengganu di Stadium Sultan Mohd Ke-4 (San Siro Asia Tenggara.. Hehe) pada hari Sabtu ini.
.
Forza klate forza!

Mengapa memilih PAS Bukan UMNO?

tranungkite.net

"Pas singkatan daripada Persatuan Islam SeTanah Melayu yang kemudiannya dipinda kepada Parti Islam SeMalaysia telah ditubuhkan oleh kumpulan ulama? di dalam UMNO ketika rakyat menuntut kemerdekaan Negara pada tahun 1951 bertujuan memandu rakyat ke arah penerimaan pemerintahan Islam di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Kewujudan PAS bukanlah semata-mata sebagai mengisi ruang politik atau demokrasi yang dibenarkan oleh undang-undang tetapi pemimpin-pemimpin awal jamaah Islam telah mengambil kira mengwujudkan Negara Islam adalah wajib. Walaupun pada tahun 1950-an telah wujud berbagai pertubuhan politik tetapi tiada satu pun yang meletak Islam sebagai dasar dan meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan.

Walaupun UMNO telah wujud pada tahun 1946 tetapi ia hanyalah pertubuhan yang ahlinya orang-orang Islam tetapi dasarnya adalah sekular seperti memorandum yang dihantar kepada suruhanjaya Reid di para 169 yang dipersetujui oleh UMNO-MCA-MIC bagi menuntut kemerdekaan iaitu:

In the memorandum submitted by the Alliance, it was stated the religion of Malaya shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationalsprofessing and practising their own religions and shall not imply that state is not a secularstate...

UMNO hanya setuju menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam konteks Negara yang sekular. Ini menyebabkan ulama? di bawah payungnya keluar dan mereka menubuhkan PAS.

Sebenarnya PAS merupakan lanjutan dari perjuangan Islam yang diutarakan oleh Hizbul Muslimin dan Majlis Islam Tertinggi (MATA) yang di pimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Bakir yang telah diharamkan oleh Inggeris. Dua orang pengasas PAS yang meletakan dasar Islam di dalam PAS ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Mohammad iaitu :

1. Menjadikan Islam sebagai dasar dan teras perjuangan

2. Menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak ulama' dan Qias sebagai hukum tertinggi.

3. Mengwujudkan bentuk perjuangan yang luas dan tidak sempit dengan isu-isu perkauman.

4. Menjalankan dakwah agar Islam dapat diterima oleh umat Islam dan bukan Islam.

5. Mengwujudkan pemerintahan Islam dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam.
.
Pada tahun 1982, telah wujud usaha-usaha dikalangan pimpinan pelapis PAS untuk memantapkan lagi perjuangan Islam setelah sekian lama almarhum Dato' Asri Muda memimpin PAS dengan identiti kemelayuannya lebih tertonjol dari dasar Islam yang sepatutnya oleh ulama' yang megasaskan PAS.

Bermula dengan Muktamar 1983 sehingga 1985, pelaksanaan konsep-konsep dan slogan bersesuaian telah dipopularkan untuk menghapuskan identiti kebangsaan di dalam PAS dan mengembalikan identiti Islamnya seperti Menghapuskan Kefahaman Assabiyah dan Menentang Kezaliman. Di bawah era Kepimpinan Ulama yang telah dimulakan pada zaman pimpinan Ustaz Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor dan Sekarang Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PAS mula berkembang dan menarik perhatian penduduk Malaysia sehingga keahliannya di anggarkan hampir mencecah setengah juta orang.

Perbezaan ketara di antara PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia termasuk UMNO iaitu wujudnya Majlis Syura Ulama' yang diluluskan penubuhannya pada tahun muktamar 1983.
.
Dengan wujudnya Majlis Syura Ulama, organisasi PAS terbahagi kepada dua cabang yang penting, di mana ia saling sandar-menyandar. Majlis Syura Ulama, terpisah daripada struktur-struktur yang lain kerana ianya tegak bersendirian di peringkat tertinggi. Ianya tidak menguasai atau dikuasai oleh Jawatan Kuasa Agung PAS pusat. Tugasnya sebagai penasihat dan rujukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku di dalam masalah dasar parti. Majlis Syura Ulama hanya wujud diperingkat pusat sahaja. Dewan ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pula terlibat di dalam kegiatan dan perjalanan parti.

Penyertaan PAS di dalam Barisan Nasional setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pengalaman pahit yang tidak sama sekali akan diulangi oleh pimpinan PAS kini kerana PAS yang dikuasai oleh cara hidup UMNO dan sikap sekular, mereka telah menguasai sesetengah pimpinan PAS sehinggakan ketika itu cara hidup, pergaulan, pandangan,sikap terhadap Islam tidak mencerminkan mereka ini mewakili kumpulan Parti Islam.

Ahli-ahli PAS, pimpinan bawahan dan pelapis tidak senang melihat perkara ini. Mereka mendesak agar PAS keluar daripada BN dengan berjuang menegakkan Islam walaupun menempuh segala kepayahan dan rintangan. Akhirnya PAS terkeluar juga dari BN setelah dipecat bukan atas isu-isu Islam tetapi isu-isu perebutan kuasa. Pimpinan PAS berpecah kepada PAS dan BERJASA juga bukan atas isu Islam tetapi berebutkan kerusi empuk Menteri Besar Kelantan. Kemudiannya berpecah kagi dengan tertubuhnya HAMIM.

Sebelum kemalangan jalanraya di Kuantan, Allahyarham Prof Zulkifli Mohammad pernah berucap di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS kelantan, melahirkan perasaan bimbangnya pimpinan PAS akan berebut-rebut kuasa. Kebimbangan ini menjadi kenyataan. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah, penyakit yang menyentuh jiwa pimpinan PAS itu tidak menjangkiti jiwa pimpinan pelapis dan ahli-ahli yang bersetia dengan perjuangan Islam.
.
Mereka menerima konsep Kepimpinan Ulama' yang bermaksud pergerakan ini sentiasa diletakkan di bawah naungan al-Quran untuk pengwujudan generasi al-Quran yang berkekalan. Mereka mengembalikan PAS ke landasan perjuangan asal di bawah bimbingan al-Quran dan as-Sunnah. Kepudaran PAS telah kembali menyinar dari parti berbentuk kenegerian (kelantan) ia telah menjadi sebuah parti berbentuk Nasional dan meluaskan pengaruhnya ke seluruh pelusok Negara dengan perkembangan yang hebat sehingga menguasai Kelantan dan Terengganu dan menambah kerusi di negeri-negeri lain. Satu pencapaian yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.

Berbeza dengan keahlian UMNO pada peringkat awal yang terdiri dari golongan bangsawan Melayu yang berpendidikan Barat dan sekular, PAS dianggotai oleh tok-tok guru, ulama’ pondok dan lebai kampung jika adapun golongan berpendidikan barat terlalu kecil bilangannya. Golongan lain yang menyertai PAS ketika itu kebanyakkannya orang-orang kampung yang miskin yang tidak terasa terhimpit oleh kemiskinan. PAS adalah parti yang mewakili kaum mustadhaafin ini.

Begitulah juga keahlian yang dibentuk di zaman Rasulullah s.a.w. sewaktu awalnya penyibaran Islam. Golongan mustadaaffin mempunyai keteguhan iman yang kuat dan keyakinan yang sukar diragukan kerana mereka tiada kepentingan material untuk dipertahankan atau disayangi melainkan pengabdian kepada Allah s.w.t. Mereka tidak bercita-cita mencari kekayaan diri, pangkat atau berebut-rebut jawatan.
.
Mereka taat pada pimpinan Islam dan sanggup berkorban utuk Islam.Mereka tidak kedekut, tamak, mementingkan diri dan penghidupan mereka adalah ringkas. Mereka memberikan sumbangan walaupun sedikit tetapi ikhlas untuk Islam. Mereka tidak takut dengan kemiskinan dan tidak bertelagah atas isu yang remeh. Golongan mustadhaafin inilah yang membina PAS di atas asas agama yang kukuh. Golongan ini jugalah yang mengenepikan pimpinan yang tidak sanggup lagi menegakkan perjuangan yang asas atau menyeleweng.

Lahir daripada kalangan mustadhaaffin ini anak-anak yang cintakan Islam, mereka menempa sejarah dengan menuntu ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negeri, di negara-negara Kapitalis atau negara umat Islam. Anak-anal golongan mustadhaafin ini menjadi golongan baru dalam PAS sama ada berlatarbelakangkan pengajian agama atau tidak.
Mereka kembali kepada PAS dengan memnbinanya menjadi organisasi yang rapi dan tersusun sesuai dengan kemahiran yang mereka perolehi.
.
Mereka cintakan ulama' dan menempatkan ulama' sebagai pimpinan parti dan menerima tunjuk ajar dan arahan terutama dalam masalah dasar dan hukum disamping kemahiran dan pengalaman untuk memantapkan parti. Sifat-sifat rendah diri, menghormati ketua dan yang tua berjuang di atas landasan kebenran Islam menggembeling tenaga muda dan cuba menguasai massa adalah pengorbanan yang tidak sedikit.
.
Penyertaan mereka ke dalam PAS telah memberikan imej baru pada PAS dan keilmuan mereka telah memberikan keyakinan baru kepada masyarakat untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam.

Era baru bermula, PAS bukan sahaja mendapat dokongan dari kaum mustadhaafin sahaja. Golongan menengah dan atasan yang secara tradisinya menyokong UMNO mula beralih kepada PAS. Kehadiran golongan sekular yang insaf ke dalam PAS dengan tarbiyyah yang betul telah menempatkan PAS sebagai organisasi yang mempunyai berbagai-bagai kelebihan.

Kemunculan kumpulan-kumpulan yang mendapat tarbiyyah dan bersungguh-sungguh mendalami agama walaupun mendapat didikan sekular yang terdiri dari graduan-graduan universiti ternama di Australia, Amerika, New Zealand, Britainn dan kanada. Selain itu daripada UiTM, UKM, UTM, UUM, UIAM, USM, UM dan sebagainya serta maktab-maktab perguruan menyemarakkan lagi perjuangan Islam di dalam PAS. Mereka berketayap atau berserban dan berganding bahu dengan rakan-rakan mereka di dalam PAS.

Mereka digelar ustaz dengan penuh cemuhan oleh golongan nasionalis, semoga cemuhan itu menjadi kenyataan yang benar. Kebenaran ini terbukti dengan lahirnya pimpinan PAS berlatarbelakangkan pendidikan sekular tetapi mempunyai ilmu-ilmu Islam yang mengkagumkan.Golongan Mustadhaafin telah terbukti mencipta sejarah dan mereka akan membuktikan keupayaan di masa-masa akan datang bagi memenangkan Islam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia.

Tun Mahathir: Fitnah Internet, SMS Perbuatan khianat PM


chedet.com

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at July 10, 2008 10:50 AM

Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008.

Perdana Menteri mengaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;

1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

2) Keluhuran Perlembagaan

3) Kedaulatan Undang-undang

4) Kesopanan dan Kesusilaan


Dimanakah disebut "Kerajaan" dalam Rukunegara? Atau apakah pada pendapat Dato Seri Abdullah Kerajaan adalah sama dengan Raja dan Negara?

Memang dalam sebuah negara demokratik, mengkritik Kerajaan menjadi satu daripada tanggungjawab parti lawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), bahkan rakyat biasa. Jika ini dianggap fitnah dan pengkhianatan, lebih baik lagi Kerajaan isytihar pemerintahan kuku besi.

Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?

Bohongkah Kerajaan Dato Seri Abdullah berdolak-dalik kata sesuatu hari ini, batalkan hari esok?

Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.

Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.

Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.

Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga.