Sinar Harian
[Edisi Kelantan, Berita Daerah]
Buruh binaan dakwa kena pukul
KUALA KRAI - Gara-gara tersasar dari laluan satu sekatan jalan raya di Batu Jong, dekat sini, malam tadi, seorang buruh binaan, Mohd Azizi Mustafa mendakwa dipukul dengan lampu suluh oleh salah seorang anggota pasukan beruniform yang bertugas dalam sekatan tersebut.
Mohd Azizi, 23, dari Kampung Bukit Arang berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika dia bersama abangnya, Mohd Azlan, 28, dalam perjala-nan pulang ke rumah mentuanya yang terletak di Simpang Tiga Batu Jong, berhampiran sekatan jalan raya tersebut.
“Kebetulan mentol lampu motosikal saya terbakar dan baru balik dari kedai beli mentol baru, jadi saya berhenti di luar sikit dari laluan sekatan jalan raya tapi tiba-tiba seorang anggota beruniform yang sedang buat sekatan datang menerkam dan terus pukul kepala saya dengan lampu suluh.
“Cara dia (anggota) terkam dan pukul itu seolah-olah kami penjenayah yang cuba nak bawa lari barang atau senjata bahaya sedangkan pada masa saya dipukul, kami sudah berhenti dan sepatutnya dia boleh tanya dulu sebelum ambil tindakan begitu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, dekat sini, semalam.
Menurut Mohd Azizi, akibat pukulan itu, dia mengalami luka dan bengkak di bahagian tepi mata kanan menyebabkannya terpaksa mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Krai selepas kejadian berikutan pendarahan berterusan di bahagian tersebut.
Sementara itu, Mohd Az-lan berkata, dia cuba mempersoalkan tindakan anggota terbabit yang secara tiba-tiba memukul adiknya, namun mendakwa dia sendiri mengalami calar di bahagian tengkuk dipercayai terkena jam anggota berkenaan yang menolaknya ke tepi pagar berhampiran tempat kejadian.
“Saya tanya kenapa dia buat begitu (pukul) tapi dia marah saya balik dan tolak saya ke tepi.
“Bila dia marah macam itu, saya tak boleh buat apa kerana dia ‘kerajaan’, dia boleh buat apa dia suka dan kalau dilawan, nanti lagi susah kami dibuatnya,” kata Mohd Azlan.
Dalam pada itu, Mohd Azlan berkata, dia dan adiknya sedang mendengar panda-ngan dan pendapat keluarga serta saudara-mara yang lebih arif sebelum menimbang kemungkinan akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Nasib baik (pukulan) tidak kena terus ke bahagian mata, kalau tidak mungkin adik saya boleh jadi buta dibuatnya.
“Jadi, kalau kami buat laporan pun sebenarnya bertujuan agar anggota penguat kuasa yang buat sekatan supaya lain kali lebih berhati-hati dan berhemah sikit, bukannya bertindak melulu,” katanya.
Friday, September 5, 2008
Tazkirah warnai Ramadhan di Kelantan
HarakahDaily.Net
Mohd Nor Yahya Wed Sep 03, 08 2:41:21 pm MYT
KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Pemimpin kerajaan Kelantan, pegawai dan kakitangannya di Kota Darulnaim memulakan 1 Ramadan lalu dengan tazkirah seawal jam 8 pagi yang disampaikan Menteri Besar.
Kemudian pada 12 tengahari tazkirah diadakan pula di Masjid Kota Darulnaim yang juga disampaikan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kemudian pada 12 tengahari tazkirah diadakan pula di Masjid Kota Darulnaim yang juga disampaikan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun pada sebelah petang Menteri Besar mendengar takzirah disampaikan Mudir Pondok Sungai Durian, Dr Abdul Basit Abdul Rahman.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri, anggota-anggota Exco dan pegawai kerajaan negeri.
Dr Abdul Basit berkata, Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat.
"Ramadan diambil dari makna musim panas. Nabi Muhammad saw memanggilnya sebagai bulan Ramadan. Kita digalak menganjurkan majlis berbuka puasa terutamanya untuk fakir miskin dan mereka yang kurang berkemampuan," ujar beliau.
Pada majlis tersebut 30 anak yatim dari Asrama Bakti Batu 25, Machang diraikan pihak penganjur iaitu Jabatan Integriti Negeri Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)