Tuesday, June 10, 2008

Euro 2008: Masa Untuk Sepanyol Menggegar

Viva Espana.. Sentiasa terdetik dalam hati setiap kali menyaksikan aksi mereka di dalam kejohanan-kejohanan besar.

Namun, sejak 1964, pasukan ini belum pernah menempatkan diri mereka di dalam kelompok pasukan elit negara-negara Eropah terutamanya di Piala Dunia.

Dari segi senarai barisan pemain, nama-nama yang tersenarai adalah mereka yang telah terbukti dari segi kualiti dan rekod yang amat cemerlang di peringkat kelab. Tetapi, setiap kali dikumpulkan untuk memperjuangkan nasib negara, mereka seakan-akan kaku.

Mungkin pada kejohanan edisi ini, sejarah bakal berubah.


Aksi Fernando Torres dalam sesi latihan di Austria.

Euro 2008: Belanda..3 Itali..0

Lagi sekali meleset tekaanku.. Kalau berjudi sah tinggal baju pagoda dan seluar 'kecil' sahaja!

Juara dunia, Itali digempar dengan sebegitu rupa oleh susunan serangan yang bertali-arus oleh jentera serangan Belanda. Amat teratur terutamanya melalui counterattack.

Walaubagaimanapun, pemain yang diminati (Andrea Pirlo) masih mampu menghasilkan beberapa killing pass termasuklah satu sepakan percuma yang agak cantik sebelum berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol musuh (Belanda dan Manchester United).

Bagi aku, pemain terbaik perlawanan ini ialah Wesley Sneijder.

Forza Italia takat World Cup 06 je la!

Euro 2008: Romania..0 Perancis..0

Tekaan meleset..

Romania berjaya mengekang asakan Perancis dengan corak pertahanan yang berdisiplin.

Perancis tanpa Thierry Henry, kelihatan agak kaku terutama pada separuh masa kedua. Penyerang-penyerang mereka juga gagal menyerlah.

Agak kecewa menyaksikan persembahan dua pemain muda (Karim Benzema dan Samir Nasri) dalam perlawanan pagi tadi.

Sah Romania bikin kacau kumpulan ni!