Showing posts with label ilmiah. Show all posts
Showing posts with label ilmiah. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

Doa bala Tok Guru: Analisis


Hari ini aku terbaca satu artikel menarik mengenai isu yang paling hangat kini diperkatakan, dibincangkan dan ditimbulkan oleh pelbagai pihak dalam tanahair iaitu berkaitan 'doa Tok Guru'.


Tulisan ini disiarkan di dalam Sinar Harian (kalau Edisi Selangor, sila lihat mukasurat N16 Cetusan@Sinar). Walaupun aku belum pernah mendengar nama penulis ini, tetapi kandungannya jelas tidak mengulas apa yang dipaparkan di media tempatan yang menjadi rujukan sesetengah pihak dan terus menghentam.


Beliau lebih menekankan soal dari segi aspek punca kenapa perkara ini mula ditimbulkan dan diulas berlandaskan Al-Quran dan as-Sunnah (memandangkan beliau seorang hafiz dan pensyarah di Jabatan Tilawah Al-Quran Pusat Bahasa UIAM).


Hanya sebahagian sahaja disiarkan, selebihnya.. Beli sendiri!!

_________________________________________

Sinar Harian

Edisi Selangor - N16 Cetusan@Sinar


Analisis doa bala Nik Aziz sebelum jatuh hukum


Oleh - Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz


Polemik doa bala Datuk Nik Aziz kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib masih hangat diperkatakan, sama ada pihak yang menyokong atau menentang. Namun, sebelum sebarang hukuman dijatuhkan ke atas tindakan Nik Aziz, polemik ini terlebih dahulu perlu dianalisis secara ilmiah menurut neraca al-Quran dan al-Sunnah.


Analisis ini amat penting demi untuk menyelamatkan masyarakat awam bawahan yang tampaknya sedang kebingu-ngan di celah permainan ahli politik.


Secara umumnya berdoa buruk kepada orang lain adalah ditegah oleh baginda Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya: Jangan berdoa buruk ke atas diri kamu sendiri, anak-anak kamu, khadam kamu dan harta-benda kamu kerana ditakuti bertembung dengan waktu penerimaan doa, (maksud buruk itu) maka akan diperkenankan oleh Allah. (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud).


Namun begitu, dalam keghairahan menyalahkan Nik Aziz, kebanyakan daripada kita seolah-olah terlupa pula sudut lain yang menjadi punca tercetusnya isu ini. Oleh itu untuk berlaku lebih adil dan ilmiah kepada semua pihak, sebarang keputusan perlu mengambil kira aspek punca sesuatu isu.


Bagi memahami isu ini dalam skop lebih luas dan praktikal, kita perlu melihat kepada contoh sudah sekian lama berlaku di dunia, iaitu kempen anti kega-nasan dilancarkan Amerika Syarikat. Walaupun sudah bertahun kempen tersebut dijalankan dengan beberapa pendekatan ekstrem seperti penaklukan Afghanistan, Iraq dan penahanan ramai tokoh yang dicop sebagai pengganas, angka keganasan tidak pernah berkurang. -


Dapatkan artikel penuh di Sinar Harian hari ini.

Monday, May 4, 2009

Ilmiah: Pengertian ulama' dan ciri-cirinya

pas.org.my

PENGERTIAN ULAMA' DAN CIRI-CIRI ULAMA'

Oleh : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
3hb Mei 2009

Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)

Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam.


Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.

Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)

Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4

Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.

Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2. )

Mahyuddin Haji Yahya, di dalam Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir, feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).

Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat Allah, keadilannya, ketauhidannya, sifat yang harus dan yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan kekuasaanya.


Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, 1995:592-593. )

Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)

Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”.


Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah.


Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )

Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna.


Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak. Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301 Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani: 459. ) Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan.


Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)

Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ” al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.

Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4: 463)

Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)

Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.) al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)

Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )

Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)

Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.

Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243) Kesimpulannya Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.

Ulama’ dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah. Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.

Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.

Ini tidak bermaksud setiap orang yang mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim, bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati di sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang bolehdipercayai.

Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma’ dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama' dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan- kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan. Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.

Kedudukan mereka sebagai ulama' adalah satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’. Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara hidup mereka diakui. Ulama' dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai al-Allamah (seorang berilmuan pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu membuahkan pengiktirapan masyarakat kepada mereka.

Dari semua kutipan dan penjelasan di atas menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

Keistimewaan Ulama’

Firman Allah SWT “Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)

Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’, dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi, selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)

Ini satu darjat ketinggian yang amat nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat manusia dalam apa jua bentuk.

Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh Allah SWT. Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa darjat”. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat luas kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk seperti malaikat.

Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan mengajarkannya kepada umat manusia”.

Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun. (Azzawajir 1/89)

Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Apabila ulama’ tidak ada maka manusia tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah Allah. Jika ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)

Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang. Kata-kata Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata” Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu kerana hilang ahlinya”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:34.)

Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :

“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain.


Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat.


Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)

Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Nasihat Luqman juga “Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)

Malik bin Anas berkata “Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,

a. Orang yang terkenal bodoh


b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.


c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.


d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)

Ciri-Ciri Ulama’

1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya

2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya

3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.

Daripada Abdullah Ibn Masud “Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan

5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir

6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh

7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.

8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya

Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)

Kata Fudhail bin ‘Iyyad, Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .

Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak “awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)

9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya

10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.

11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)

12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .

13. Sentiasa berzikir kepada Allah .

14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .

15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah. 16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .

17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan. 18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.

19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.

20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir

21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah

Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm: 13,

22.Sentiasa dahagakan ilmu. Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.

Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)

23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854

24.Orang alim musuh iblis

“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi

25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah, 2:124)

Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.

Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin. “Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)

Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.

26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah

Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’ dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.

27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.

Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)

Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk.


Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu mazhab dan

satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.

Nota : Penulis adalah AJK PAS Pusat 2007-2009

Tuesday, April 28, 2009

Final FA 2009 dan bolasepak: Dari kacamata Nik Abduh


tahniah!

27hb April 2009

Salam Kamunting,

Tahniah bola!

Huh, ingatkan Kelantan dah jadi juara, namun payah juga Manchester City nak lawan MU nih, walau besar sakan duit habis beli pemain besar - besar macam Ronaldo dan Indra Putra Mahyudin..

Tahniah untuk pasukan bola sepak Kelantan kerana berjaya ke saingan final Piala FA walaupun kalah kepada pasukan yang sememangnya lebih handal, Selangor. Tahniah juga untuk pasukan bolasepak Selangor yang menjuarai piala FA buat ke sekian kalinya.

Pecah suara saya menjerit bila Kelantan berjaya memecah kebuntuan. Suasana di ’stadium Purnama’, bawah bangunan PAS Pengkalan Chepa yang dipasang ‘big screen’ itu gegak gempita dengan telatah anak - anak muda yang turut sama ‘bercokoh arah’ menyaksikan perlawanan akhir bola sepak negara yang disertai Kelantan buat pertama kalinya selepas puluhan tahun.

Tapi apa boleh buat, budak Amri Yahya itu betul - betul buat aku marah!

Nampaknya kenalah saya belanja Ustaz Sallehin Mukhyi dan DPP Selangor kali ni. Ustaz Norazli Musa Taliban yang memimpin pasukan bola sepak Perak dah lama tabik kat saya. Memang dah kena belanja saya makan ‘mee banjir udang’ kat Kuala Sepetang. Sehari dua ni nampaknya saya ‘allergic’ dengan mi celup!

Bola. Bola. Bola. Anak bongsu saya, Nik Ahmad Saif Mudzaffar yang tengah menunggu kelahiran adiknya yang baru dan bakal menceriakan hidup kami ( insya Allah ), kalimah pertama yang paling petah disebutnya adalah ‘bula’. Sampaikan datuknya ( tok guru ) bila melihatnya, segera akan bertanya dalam pelat keanakan, “Mana bola?” Maka segeralah dia mengulang - ngulang kalimah itu. Semuanya gara - gara dia sering melihat saya menonton bola di tv!

Bola adalah sukan terbaik untuk menyatukan ramai. Pertama, ia melibatkan ramai pemain. Maka ramailah jaguh yang diminati. Kedua, ia menggabungkan skil individu dan berpasukan. Maka ia cukup seronok ditonton. Ketiga, ia menarik ramai peminat. Masuk stadium, hilanglah hal - hal berserabut di luar, walau untuk sementara. Keempat, kelima, keenam anda yang minat bola ulaslah sendiri. Yang tak minat, jangan masuk campur..

Masa kecil, ada empat yang saya gila. Cerita hantu, cerita Hindustan, gusti dan bola. AlhamduliLlah, bila saya belajar di India, Allah menghilangkan kebodohan saya itu bila melihat sendiri kehidupan rakyatnya di India. Saya langsung dah tak nak tengok lagi bila balik belajar.
Cerita hantu pula, saya dah tak takut hantu lagi dah macam zaman budak - budak dulu. Bila dah berani, hantu pula jadi tak berani nak berlakon lagi. Gusti pun dah ghaib dari ingatan saya..


Adapun bola, minatnya masih tak hilang. Saya ada masa, saya riadhah main bola walaupun saya taklah macam Micheal Owen. EPL kegemaran saya. Saya sedari kecil minat Liverpool. Ramailah musuh saya sebab ramai yang minat MUsuh! Satu lagi adalah Newcastle United. Masalahnya, satu di dua teratas, satu lagi di dua terbawah. Atas bawah saya rimas ni..
Apa pun, tahniah Dato Sri Anuar Musa kerana kejayaannya memimpin pasukan bola sepak Kelantan. Ini baru betul.. Biarkan anak - anak muda Kelantan terus membangun bersama Islam.

Friday, March 13, 2009

SPM 2008: Pelajar cemerlang Maahad Lelaki

HarakahDaily.Net

Pelajar cemerlang Maahad Lelaki dapat 12A1

Muhammad Yusri Amin Thu Mar 12, 09 9:06:35 pm MYT

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Tidak mengabaikan pelajaran di mana sahaja berada menjadi resepi kejayaan buat Muhammad Afnan Mohd Fakrurazi, pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Lelaki) dalam peperiksaan SPM 2008.

Beliau mendapat keputusan cemerlang iaitu 12A1 dan 1A2.

Manakala rakannya Muhammad Zulfadhli Mahadi pula mendapat 11A1 dan 2A2, Muhamad Syiham Rosli (11A1 dan 1A2) dan Aimatnuddin Husairi Hussain (11A1 dan 1A2).

Turut mendapat keputusan cemerlang Ahmad Zulfahmi Sha�ari (11A1 dan 1A2), Muhammad Firdaus Mazri (10A1 dan 2A2), Mohd Naim Kamaruddin (10A1, 1 A2 dan 1 B3), Mohd Hilmi Mohd Rosli (7A1, 5A2 dan 1B3).

Manakala Mohammad Haseef Izani mendapat 6A1, 5A2 dan 2B3 dan Wan Muhammad Adlan Wan Muhammad (7A1, 4 A2 dan 1 B3).


Pengetua Maahad Muhammadi (lelaki), Zainuddin Che Ismail berkata, pencapaian tahun lepas meningkat berbanding sebelumnya, dan berharap ia dapat ditingkatkan lagi tahun ini.

Sementara itu, pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah itu Ahmad Hamidi Hussain mendapat 10 Mumtaz.

Pelajar cemerlang lain ialah Ahmad Shakir Muhammad Faleh (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Ahnaf Wafi Alias (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Za'imul Umam Shamsudin (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan).

Umar Muhammad Malcom (9 Mumtaz dan 1 Jayyid Jiddan), Muhamad Najib Muhamad Azani (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan) dan Mohd Faiq Ab Rahim (8 Mumtaz dan 2 Jayyid Jiddan).

Ahmad Hamidi ketika ditemui berkata, beliau sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan tidak relaks dan bertungkus lumus dari awal lagi.

"Selain itu, berbincang dengan kawan. Kita hendaklah yakin dengan teknik perbincangan selain yakin dengan ajaran guru," katanya.

Manakala Muhammad Afnan berpendapat teknik belajar hendaklah lebih bersistematik.

"Jangan terlalu rasa tertekan dengan pelajaran. Hendaklah sembahyang hajat setiap hari, dan sebelum pergi sekolah dan sebelum memasuki peperiksaan hendaklah sembahyang sunat Isyraq," katanya.

Muhammad Syiham berkata, belajar hendaklah fokus kepada subjek dan jangan bertangguh menyiapkan kerja sekolah.

Tuesday, March 10, 2009

Isu nama Allah: Kenyataan Dr. Asri

http://muslimeen-united.blogspot.com/

Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah

Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.

Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH.

Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.

Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.

Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya.

Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.

Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”

Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.

Maulidur Rasul bersama Dr Haron Din


HarakahDaily.Net

Perutusan Maulidur Rasul: Laksana ajaran Nabi dalam pemerintahan
Dr Haron Din Mon Mar 09, 09 1:32:41 pm MYT

MENGINGATI Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia hingga ke akhirat.

Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.

Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-orang Islam.

Oleh demikian, saya mencadangkan supaya kalau benar-benar mengaku semuanya itu kerana hendak mengikuti jejak Rasulullah, maka ada baiknya diubah, ditambah sambutan itu dengancara pemerintah itu sendiri mengisytiharkan setiap tahun yang diadakan sambutan keputeraan Baginda, sekurang-kurangnya satu dari ajaran baginda dilaksanakan dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, kalau Rasulullah s.a.w. amat memerangi arak, maka satu tahun diambil tahun 'pengharaman arak' untuk selamanya, manakala tahun hadapan pula satu lagi diambil untuk dilaksanakan, contohnya, seperti menutup aurat. Maka dilaksanakan perintah itu dengan sebaiknya oleh pemerintah. Bagi tahun ketiga pula, sebagai contoh, mengharamkan judi.

Ertinya, jika setiap tahun diadakan sambutan, diambil sekurang-kurangnya satu ajaran itu, maka ternampaklah kita ini serius dan wujud perubahan yang baik sempena Maulidur Rasul itu.
Manakala, satu hal lain pula, pihak yang berkuasa atau badan amal yang berwibawa, perlu mengadakan penyelidikan yang rapi tentang beberapa episod daripada sejarah hidup Rasulullahyang boleh dijadikan modul hidup atau praktikal modul untuk dilaksanakan, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi kamu ada sejarah Rasulullah itu contoh teladan yang amat baik untuk dilaksanakan."

Namun, selama ini hampir tidak pernah dilakukan penyelidikan sedemikian di Malaysia dalam hal ini.

Atas sebab-sebab itu, seperti dinyatakan tadi perlunya beberapa pendekatan dan ajaran Rasulullah s.a.w. itu diambil satu daripadanya setiap tahun bagi memberikan kemanfaatan kepada seluruh ummah.

* Dato' Dr Haron Din,
Timbalan Mursyidul Am PAS

Friday, March 6, 2009

Isu nama Allah: Penjelasan Azamudin dalam Parlimen

Roslan SMS

Friday, March 06, 2009

Taib Azamudden bersyarah dalam Parlimen berkenaan nama “ALLAH”

Sejarah tercipta dalam Dewan Rakyat semalam apabila dalam sesi penggulungan perbahasan menjunjung kasih ke atas titah ucapan SPB Yang Dipertua Agung, Menteri di JPM Zahid Hamidi dan Timbalan Speaker Wan Junaidi telah memohon agar seorang ahli parlimen PAS membantu dalam memberi penjelasan.

Beliau yang dimaksudkan adalah ahli Parlimen Baling yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudden Mat Taib.

Isu yang berbangit ketika itu adalah penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam. Ternyata ia masih mengundang pelbagai tafsiran dan sebenarnya menambahkan lagi kekusutan dan kekeliruan yang tidak nampak kesudahannya. Apalagi apabila ahli-ahli parlimen kita masing-masing bangun memberi tafsiran dan pandangan masing-masing.

Alhmadulillah apabila terbuka peluang untuk memberikan pandangan, Ustaz Taib telah menampakkan kematangan dan kebijaksanaan seorang tokoh agama/ulamak dalam menangani isu yang sensitif ini agar dapat difahami dan diterima masyarakat.

Beliau menjelaskan bahawa pandangan beliau itu bukan mewakili parti tetapi sebaliknya berlandaskan kesucian Islam. Dan bagi PAS memang rujukan tertinggi kita adalah al Quran dan Hadis, sudah pastilah apa sahaja yang berlandaskan kesucian Islam akan kita pegang dan pertahankan.

Kata Ustaz Taib: Dalam kontek Malaysia ia (penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam) akan menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak dan keturunan kita akan dating tidak sama seperti di Eropah atau tempat lain.

Beliau menambah: Allah yang dimaksudkan oleh agama lain berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Berikut adalah petikan dari hansard Parlimen:

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian.

Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.

Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.

Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kitaperbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain.

Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.

Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam.

Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.

Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa. Orang Hindu,orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah.

Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.

Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh.

Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.

Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satuconfuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana.

Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.

Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allahyang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...

Saya rasa penjelasan ini sangat segar dan meyakinkan dan malah tepat dan selaras sebagaimana pandangan Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Am. Syabas Ustaz Taib, insyallah itulah ikutan kita semua.

Wednesday, March 4, 2009

Isu nama Allah: Penerangan dari Tok Guru

Berikut adalah isi kandungan e-mail Saudara Anual Bakri (Setiausaha Politik MB Kelantan)kepada blog Roslan SMS.

Penggunaan Nama ALLAH Oleh Gereja: BOLEH ?

3hb Mac 2009

Untuk tidak mudah keruh air dihilir, mari kita cuba simpan ke tepi soal-soal komen orang terlebih dahulu. Mari kita kembali kepada kejernihan yang seasalnya dimaksudkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Soal sedih dan terlambat itupun barangkali tidak perlulah kita dahulukan justeru inipun juga dikhuatiri boleh menyebabkan "side tracking" yang kurang bermenafaat.

Pada dasarnya, Islam ini milik semua. Allah yang mencipta langit dan bumi dan segala isinya termasuklah segala kehidupan manusia atau non-manusia;benda atau non-benda.

Ini jika boleh kita sama-sama bersetuju sebagai premis pertama.Jika asas ini boleh kita sama-sama persetujui, maka inilah premis asal tempat bertolak yang membolehkan perkataan Allah itu digunakan oleh sesiapa.

Dinding tempat bersandar sikap keluwesan Islam ini insya-Allah, boleh kita sama-sama cermati melalui firman Allah SWT di dalam kitab suci kita al-Quran secara tenang.

Semaklah secara perlahan satu persatu. Lihat surah Al-Mu'minuun Ayat 85,Al-Mukminuun Ayat 87,Al-Mukminuun Ayat 89,Al-ankabuut Ayat 61, Luqman Ayat 25, Az-Zumar Ayat 38,Az-Zukhruf ayat 9 dan Az-Zukhruf Ayat 87.

Pendek kata, "mereka akan menjawab, "kepunyaan Allah". Katakanlah:Maka apakah kamu tidak bertaqwa?"(Surah Al-Mukminuun Ayat 87).

Sungguhpun penggunaan perkataan Allah ini boleh digunakan oleh semua golongan tetapi ia wajib digunakan dengan penuh tanggungjawab. Pisau tidak boleh menikam sebarang benda walaupun halal ianya pada prinsipnya untuk menikam apa jua.

Analog ini boleh dikembangkan sejauh-jauhnya jika perlu berbuat demikian.Pokoknya, walau apapun benda atau perkataan itu, ia tidak boleh disalahgunakan.

Di sinilah letaknya persoalan niat.

Apa niat penggunaan pihak gereja dalam konteks isu seputar penggunaan nama Allah ini?

Tidak mahu dilihat gopoh dan terburu-buru Tok Guru mahu Islam itu dilihat masih terbuka.

Maksudnya, kita masih boleh izinkan JIKA pihak gereja sedia letakkan deklarasi terbuka di muka surat pertama bahagian hadapan dalam setiap naskah yang mahu diterbitkan iaitu(umpamanya):

MAKSUD ALLAH DISINI MERUJUK KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA, YANG MENJADIKAN SELURUH ALAM LANGIT DAN BUMI DALAM KERANGKA PENGERTIAN DAN PERSEPAKATAN MAKNA SELURUH AGAMA SAMAWI YANG ASLI.

ALLAH YANG DIRUJUK DI MANA-MANA TEMPAT DALAM TULISAN INI ADALAH SEPERTI YANG DIERTI DALAM SELURUH AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN, YANG TERPANCAR SIFAT-SIFAT KAMALAAT-NYA MELALUI 99 ASMA UL-HUSNA-NYA.

PAKSI DAN TUNJANG YANG MEMANCANG SIFAT ALLAH YANG DIRUJUK DALAM TULISAN INI BERSEMAYAM DIKERAK PENGERTIAN EMPAT AYAT DALAM SURAH AL-IKHLAS YANG BERBUNYI: KATAKANLAH DIALAH TUHAN YANG MAHA ESA.

TEMPAT BERGANTUNG SEGALA SESUATU. DIA TIDAK BERANAK DAN TIDAK DIPERANAKKAN. TIADA SIAPA YANG SETARA DENGAN DIA.

"Di peringkat ini, jangan-jangan kita sudah mampu menjerat seekor harimau yang berpura-pura menjadi kucing itu, untuk menunjukkan taring menjelaskan pendiriannya. Mampukah dia !Ini premisnya.

Jika perlu saya ulangi,maka mana-mana pihak yang mahu menggunakan perkataan Allah perlu di WAJIBKAN untuk mematuhi ketetapan ini.

Ia perlu dicatat dalam bentuk deklarasi bertulis berupa pengakuan.

Kita memulangkan persoalan ke gelanggang pilihan. Terpulang !

Inilah yang agaknya sering disebut oleh ahli-ahli ilmu sebagai barang hikmah yang tertinggal.

Dengan begini,kita tidak "mencederakan" Islam; bahkan mengekalkan pendirian asal Islam itu yang bersifat meraikan. Akan tetapi, di sana tetap adalah syaratnya. Ia bukan sebuah izin mutlak. Ia bersifat muqoiyyat.

Mengelakkan diri dari dituduh gemar membuat pemborongan, pendekatan ini akan dipandang lebih menyerlahkan unsur fatonah yang menjadi ciri yang "intact"; milik para Rasul dan nabi-nabi.

Dengan kenyataan ini, barangkali saya sudah tidak perlu lagi memujuk mereka yang "sangat sedih"..bahkan "sangat-sangat bersedih". Saya sebenarnya lebih suka mencurigai hajat media dari bersifat jengkel sesama sendiri.

"When suspicion is asleep, wake it not".

Ini bukan soal sedih atau terlambat.

Wallahua'lam

- anbakri -

Perubatan Islam: Histeria

HarakahDaily.Net

Tips elak Histeria: Haron Din saran amal Muawizat

Azamin Amin Wed Feb 25, 09 12:58:34 pm MYT

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.

Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.

Demikian saranan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.

Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," katanya yang kini berada di Langkawi ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

"Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.

"Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.

'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain

Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.

"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.

Doa tersebut katanya berbunyi begini: "Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."

Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut mengulas kejadian terbabit dilaporkan berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Jangan tinggal solat

"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar di sekolah berkenaan tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.

Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.

"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis,katanya - azm

(Interbiu dengan Dato' Haron Din berhubung kes histeria ini dibuat dua tahun lalu, sekadar panduan dan rujukan kepada yang terlibat dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya- wallahualam)

Kemelut di Perak: Status keputusan mahkamah

malaysiakini

Majlis peguam persoal keputusan mahkamah

Mar 3, 09 7:17pm

Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini. Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.

Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu.

"Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?" kata Ambiga dalam satu kenyataan.

"Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan."

Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis. Kesahan tindakan polis ini membangkitkan persoalan yang serius, tambahnya.

Apatah lagi, tegasnya, tindakan polis itu bersandarkan arahan setiausaha DUN yang hanya seorang pegawai pentadbiran yang tidak mempunyai kuasa untuk menafsir sama ada sesuatu persidangan dewan itu sah atau sebaliknya.

"Polis dengan itu telah bertindak secara tidak wajar apabila mencanggahi kehendak Speaker dan DUN. Kesilapan ini diburukkan lagi oleh keputusan Mahkamah Tinggi," kata Ambiga.

Tuesday, October 28, 2008

Tokoh: Omar al-Mokhtar (Singa Padang Pasir)

HarakahDaily.Net

Figur: Omar Mokhtar, singa padang pasir digeruni musuh

Susunan Ustaz Zainudin Hashim Mon Oct 27, 08 12:06:11 pm MYT

Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Sa'id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.

Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah.

Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.

Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.

Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.

Menyertai jihad

Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris.

Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.

Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.

Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.

Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.

Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:

1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.

2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.

3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.

Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Ketokohan Omar terserlah

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu.

Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.

Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.

Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.

Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.

Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.

Dihukum gantung sampai mati

Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.

Beliau meingatkan kepada mereka: "Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini."

Thursday, October 23, 2008

Demokrasi berparlimen, Raja berpelembagaan

HarakahDaily.Net

Kronologi sistem demokrasi berparlimen, Raja berpelembagaan

Mior Isfandy Mior Azizan Thu Oct 16, 08 5:23:48 pm MYT

Penjajahan dan perluasan kuasa British di Tanah Melayu bermula secara serius pada abad ke-18.

Ini terjadi apabila strategi memanipulasi perjanjian yang dibuat oleh Francis Light dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 yang berakhir dengan penaklukan Pulau Pinang atau dijenamakan sebagai Prince of Wales Island.
.
Inisiatif awal penjajahan ini akhirnya berjaya membentuk Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pembentukan tersebut adalah bertujuan untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan pengurusan British di Tanah Melayu.

Maka, ia telah sedikit sebanyak menukar corak pentadbiran awal di Tanah Melayu kepada corak pentadbiran yang bersumberkan kepada autoriti di London.

Berikut adalah struktur pentadbiran Negeri-Negeri Selat;

Selepas tahun 1874, British telah bertindak secara agresif untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.

Revolusi Perindustrian yang berlaku di British telah menguatkan lagi hasratnya untuk menguasai negeri-negeri Tanah Melayu yang sarat dengan hasil mahsul sumber alam.

Tambahan pula, ketidakstabilan politik di negeri-negeri Melayu turut mengundang dan mengizinkan agenda British di Tanah Melayu.

British telah mula memperkenalkan konsep Residen dan Persekutuan disetiap negeri jajahannya iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Walaupun begitu, sistem ini mempunyai kelemahan yang disebabkan oleh kawalan pentadbiran Gabenor yang lemah, krisis kewangan yang melanda, masalah perhubungan dan krisis keselamatan.
.
Maka, bagi mengatasi masalah ini, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut dan disebut sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.

Berikut adalah struktur pentadbiran Persekutuan 1896;
.
Justeru, pengenalan sistem pentadbiran ini telah menyebabkan kuasa pemerintahan sultan terhakis dan penglibatan orang-orang Melayu dalam pengukuhan pentadbiran negeri dihadkan.

Pembentukan Persekutuan ini menunjukkan bahawa kuasa utama pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu tidak lagi berada dibawah bidang kuasa sultan dan residen secara langsung, sebaliknya adalah Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Negeri-negeri lain yang tidak termasuk di dalam Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat ini diklasifikasikan sebagai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.

Ia terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Perjanjian demi perjanjian dimeterai diantara British dan Sultan diatas beberapa faktor yang meruncing, maka impaknya kesemua Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor ini telah terpaksa menerima Penasihat British di negeri masing-masing pada tahun 1914.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 telah melumpuhkan kekuasaan dan kekuatan pemerintah.

Jepun telah mengamalkan satu dasar pemerintahan yang zalim dan kejam sehingga wujudnya penentangan yang jelas terutamanya daripada kumpulan Tentera Rakyat Tanah Melayu Anti Jepun (MPAJA) atau dikenali juga sebagai Bintang Tiga.

Setelah Jepun ditewaskan pada tahun 1945, kumpulan Bintang Tiga telah berusaha menyebarkan fahaman komunis dan membentuk Parti Komunis Malaya (PKM).

PKM telah melancarkan satu pemberontakan bersenjata untuk menentang Persekutuan Tanah Melayu kerana mereka ingin menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pemberontakan ini meninggalkan kesan yang dahsyat sehingga Tanah Melayu mengalami kelumpuhan ekonomi disamping ketidakstabilan politik yang tergugat.

Maka, pada 23hb Jun 1948, Kerajaan British telah mengisytiharkan darurat ke atas seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Akhirnya, PKM juga telah ditumpaskan oleh British Military Administration (BMA). Kemudian, pihak British memperkenalkan Malayan Union pada 1hb April 1946 di Kuala Lumpur.
.
Gagasan ini menunjukkan dengan jelas penjajahan mutlak oleh pihak British ke atas Tanah Melayu terutamanya dari aspek pemerintahan negara yang telah mengabaikan peranan sultan sebagai ketua negara.

Oleh sebab itu, penentangan berterusan terhadap gagasan ini akhirnya membuahkan hasil melalui konfrontasi dan meja rundingan. Kemudian, British bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1hb Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union.

Sebelum menuju ke arah usaha-usaha membentuk kerajaan sendiri dan mengembalikan status quo serta merintis kemerdekaan, beberapa pilihanraya telah diperkenalkan dan diadakan bersama seluruh rakyat.

Di antara pilihan raya yang pernah dijalankan adalah Pilihan raya Majlis Bandaran pertama yang diadakan pada Disember 1951, Pilihan raya Negeri pada 1954 dan Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Julai 1955.

Seterusnya, satu suruhanjaya telah dibentuk pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini telah diberikan mandat untuk menggubal perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian London 1956.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini mengambil kira beberapa aspek iaitu mewujudkan sebuah kerajaan pusat, negara yang berlandaskan prinsip demokrasi, kedudukan raja-raja Melayu dan perhubungan diantara kaum.

Di antara perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 setelah dipinda adalah merangkumi Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, pembentukan Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta menyatakan dengan jelas Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri dan beliau dibantu oleh jemaah kabinet.

Maka, dengan terbentuknya perlembagaan ini, Tanah Melayu secara rasminya mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan meletakkan Raja sebagai Ketua Negara.

Tiga badan utama yang membentuk sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia ialah Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

Sistem politik di negara ini dibentuk secara bergandingan (inter-dependence) diantara kuasa legislatif dan kuasa eksekutif.
.
Ahli-ahli eksekutif juga terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Oleh sebab itu, setiap keputusan atau polisi yang dibuat oleh Badan Eksekutif atau Kabinet Malaysia akan diterangkan dan dipertahankan dengan nada yang sama di dalam Parlimen mengikut disiplin collective responsibility.

Wednesday, October 22, 2008

Apa yang ada di dalam kaabah?


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tertanya-tanya apakah yang terdapat di dalam kaabah, iaitu tempat yang menyatukan umat Islam seluruh dunia sebagai arah bagi menunaikan solat.

Untuk makluman, hanya golongan tertentu sahaja yang diamanahkan untuk menjaga kaabah ini seperti membuka pintu utama serta menjaga keadaan didalamnya sehinggakan rasulullah diturunkan wahyu mengenai perkara ini.

Melalui beberapa informasi yang terdapat di internet, di bawah ini adalah beberapa gambar yang dapat dirakam di dalamnya serta lukisan struktur dalaman kaabah untuk mereka yang ingin tahu.

Grafik ruangan dalaman kaabah


Ilustrasi pelukis


Plan layout kaabah

Di samping itu juga, saya sertakan di sini tulisan Dr. Haron Din mengenai pengalaman beliau ketika diberi penghormatan untuk memasuki ‘bangunan’ yang mulia ini.


Gambar yang dirakam dari dalam kaabah

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi.

Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.

Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.

Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah.

Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah.

Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh.

Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
.
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.

Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu.
.
Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)
.
Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.
.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan.
.
Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.
.
Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”
.
Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”.
.
Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”
.
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.