Sunday, February 8, 2009

Kemelut Politik Perak: Suara Dr Haron Din

HarakahDaily.Net

Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak

Salmah Mat Husain Sun Feb 08, 09 7:43:01 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 8 Feb (Hrkh) - Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik

Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.

"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.

"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.

Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.

"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.

Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.

"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi.

Kemelut Perak: Segala yang berlaku ada hikmahnya


Dipetik dari Halaman Forum yob4ever.com

Sultan ada kata pada Nizar, Allah bersama orang yang sabar....

Nizar ada kata, pertolongan Allah semakin hampir....

Dari sudut positif, dan pada pendapat teman.......

Sultan dipaksa buat keputusan ini......pada masa yang sama, Sultan benarkan Nizar tidak letak jawatan, kerana Sultan hendak Nizar cabar keputusan ini di Mahkamah, kerana itu adalah satu2nya cara yangterbaik....

Kenapa selepas Sultan jumpa Nizar bagitau yang baginda tak perkenanbubar dewan, Nizar bagitau kat wartawan cakap Alhamdulillah, positif.

Kenapa selepas Nizar mohon untuk derhaka, tiada sebarang kenyataanbalas dari Istana??

Sultan boleh jer arahkan Nizar ditangkap ataubuang negeri...boleh jer Sultan arahkan Nizar kosongkan kediaman MB....

Mungkin sampai harinya, kebenaran akan terserlah....dan pada masa tubarulah kita tahu kebijakan Sultan buat keputusan ini....walaupun baginda dipaksa, baginda tahu yang keputusan ini boleh dicabar di Mahkamah dan sebagai seorang yang amat arif tentang undang2, baginda tahu yang keputusan ini akhirnya akan berpihak pada Nizar...

Perasan tak....Anwar buat press conference semalam...takder pun perkataannya kecam keputusan Sultan...dia hanya bagitau yang tindakan BN ni "Biadap".....biadap pada saper???

Fikirkanlah.....mungkin diapun telah diberi penjelasan oleh Nizar apa yang terjadi dan apa yang perlu dibuat....

Ini hanya pendapat teman....dan buat masa ni, walau pun teman banyak merapu sebelum ni, pendapat ni la yang teman akan pegang.....

Sultan buat begitu tentu ada sebabnya, kita perlu bersabar, pertolongan Allah semakin hampir.....