Tuesday, June 17, 2008

Euro 2008: Previu Perlawanan Terakhir Kumpulan C


Terdapat pelbagai kebarangkalian mengenai pasukan mana yang akan layak ke peringkat suku akhir nanti selepas keputusan diperolehi daripada dua perlawanan pagi nanti.


Yang pastinya, Belanda telah mengesahkan tiket ke peringkat seterusnya sebagai juara kumpulan walau apa pun keputusan daripada perlawanan terakhir mereka.


Manakala, ketiga-tiga pasukan lain turut berpeluang mencuri satu lagi slot bagi mengiringi pasukan Belanda selaku naib juara kumpulan.


a. Romania akan layak jika tanpa menunggu keputusan perlawanan yang satu lagi, jika mereka menewaskan Belanda.


b. Itali hanya memerlukan keputusan seri untuk layak jika Romania tidak menang (seri atau kalah).


c. Perancis perlu menang dengan mengharapkan Romania seri atau kalah.


Gua rasa Itali pergi!!

Tok Guru Sokong Idea Mufti Perlis


malaysiakini

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia berbincang dengan tiga lagi pemimpin Melayu - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim - seperti saranan mufti Perlis bagi "menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini".

Dr Mohd Asri Zainul Abidin minggu lepas menyeru empat tokoh ini berbincang "memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah" kerana "masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya.

"Mursyidul am PAS berkata PAS sudah lama menggesa pertemuan seumpama itu "tetapi Umno yang tidak mahu.""Bila pembangkang dah dapat lima negeri (selepas pilihan raya umum lalu) baru timbul nak adakan pertemuan," katanya, lapor Bernama, di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan, dilaporkan berkata sekarang masa yang sesuai untuk pertemuan penting sebegitu kerana jika dibiarkan berlanjutan, ia akan memburukkan lagi keadaan.

"Sekarang Melayu sama Melayu dah bertengkar tetapi keikhlasan sebenarnya ada dalam PAS dan bukannya dalam Umno selagi dia pegang kepada (konsep) nasionalis," katanya lagi.

Chedet: Perihal Pak Lah dan Najib


1. Kita di beritahu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.


2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.


3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai tinggi sebanyak 10%.


4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.


5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.


Euro 2008: Wakil Dari Kumpulan B

Croatia

Jerman
Croatia sebagai juara kumpulan akan berdepan dengan Turki manakala Jerman pula terpaksa bertemu awal dengan salah satu pasukan pilihan kejohanan, Portugal di suku akhir.

Euro 2008: Ballack 'Hidupkan' Jerman

Jaringan Ballack membawa Jerman ke suku akhir


Kumpulan B: Austria..0 Jerman..1


Perlawanan ini dijalankan serentak dengan perlawanan antara Croatia dan Poland. Memandangkan pasukan pilihan kedua aku dah layak tu, jadi perlawanan ini dijadikan santapan pagi tadi di kedai mamak berhampiran rumah.


Memang membosankan kerana ternyata tiada tentangan yang agak sengit dari pasukan tuan rumah. Ini jelas mengecewakan peminat mereka di gelanggang sendiri.
Nasib baik la Jerman layak! Kalau tak sah-sah Portugal pegi semi!!

Euro 2008: 100% Untuk Croatia

Kumpulan B: Poland..0 Croatia..1
'
Jaringan Ivan Klasnic pada minit ke-55 cukup untuk Croatia mengekalkan rentak kemenangan dalam Kumpulan B di Klagenfurt pagi tadi.
'

Ivan Klasnic merebut bola di udara

Croatia BOLEE!!