Showing posts with label euro 2008. Show all posts
Showing posts with label euro 2008. Show all posts

Tuesday, July 1, 2008

Euro 2008: Sambutan Kejuaraan Di Madrid


Puluhan ribu peminat bolasepak Sepanyol berkumpul meraikan kepulangan wira-wira mereka pada petang semalam.


Para pejuang sedang bergambar di Lapangan Terbang Barajas


Jet pejuang melepaskan asap berwarna sempena warna bendera kebangsaan


Pejuang berarak dari Lapangan Terbang Barajas ke Plaza de Coton


Pemain dan jurulatih Espana mempersembahkan Dikir Barat


Alangkah indahnya di kala ini aku berada di Madrid..

Monday, June 30, 2008

Euro 2008: Player and Team of the Tournament

http://www.uefa.com/



UEFA EURO 2008™ Player of the Tournament

Spain midfielder Xavi Hernández has been named as the Castrol Player of the Tournament for UEFA EURO 2008™ after his stirring displays aided his nation to the title.




The UEFA Technical Team has named its UEFA EURO 2008™ Team of the Tournament, with no fewer than nine Spanish players being named in the final 23.

Team breakdownThe nine-strong group of experienced football technicians who have followed every game at the tournament decided the final selection, and the success of Luis Aragonés's side was underlined by the fact that nine Spain players made the final cut, with the remainder of the squad comprising three players from beaten finalists Germany, four from Russia, two each from the Netherlands and Portugal and a single player representing Turkey, Croatia and Italy.


UEFA EURO 2008™ Team of the Tournament

Goalkeepers: Gianluigi Buffon (Italy), Iker Casillas (Spain), Edwin van der Sar (Netherlands).

Defenders: Bosingwa (Portugal), Philipp Lahm (Germany), Carlos Marchena (Spain), Pepe (Portugal), Carles Puyol (Spain), Yuri Zhirkov (Russia).

Midfielders: Hamit Altıntop (Turkey), Luka Modrić (Croatia), Marcos Senna (Spain), Xavi Hernández (Spain), Konstantin Zyryanov (Russia), Michael Ballack (Germany), Cesc Fàbregas (Spain), Andrés Iniesta (Spain), Lukas Podolski (Germany), Wesley Sneijder (Netherlands).

Forwards: Andrei Arshavin (Russia), Roman Pavlyuchenko (Russia), Fernando Torres (Spain), David Villa (Spain).

viva espana.. i hope that these kind of performances will be maintained until the next world cup..

Euro 2008: Skrin Besar di Sri Pentas


Aku dan rakan serumah telah merancang untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Euro 2008 awal pagi tadi di Sri Pentas, Bandar Utama memandangkan inilah kali pertama sejak aku mengikuti perkembangan pasukan ini layak ke perlawanan akhir.

Memang ramai peminat berpusu-pusu ke dataran di hadapan Sri Pentas dengan pelbagai aktiviti dan persembahan artis-artis tempatan (yang aku rasa memang takde kaitan langsung dengan siaran langsung ini). Suasana amatlah meriah dan agak terkawal.

Sempat juga aku mengambil kesempatan bergambar dengan selebriti TV3 (Ally Iskandar dan Akbar Sahari) di samping meninjau perjalanan siaran langsung Sorak Borak Euro di TV3 yang sebelum ini hanya dapat disaksikan melalui kaca TV sahaja.

Apa-apa pun, terima kasih di atas kesudian selebriti tersebut yang sudi meluangkan masa bergambar dengan kami.


Bersama Ally Iskandar



Bersama Akbar Sahari selepas rancangan Sorak Borak Euro

Macam tak caya ramai sangat sokong Sepanyol... Yang aku tahu orang Malaysia ni tak leh lari dari pasukan antarabangsa England..

Euro 2008: Sepanyol Juara!


Akhir: Jerman..0 Sepanyol..1

[Stadion Ernst Happel - Vienna]

Penantian selama 44 tahun berakhir awal pagi tadi apabila jaringan Fernando Torres pada minit ke-33 melengkapkan perjuangan pasukan kesayanganku ini sepanjang Euro 2008 di Switzerland dan Austria.


Fernando Torres menyungkil bola melepasi jangkauan Jens Lehmann


Jerman tampak tempang sama sekali walaupun sesekali menggugat kubu lawan pada 10 minit pertama. Namun, penguasaan keseluruhan perlawanan ini jelas milik Sepanyol yang dibarisi oleh barisan yang amat seimbang (dari benteng pertahanan, tengah hingga kepada penyerang tunggal).

Tiada lagi semangat keramat yang menjadi tradisi skuad Jerman dalam kejohanan berprestij seperti ini.


Bastian Schweinsteiger terpaksa dipujuk oleh Joachim Leow


Viva Espana! El campione de europe!

Friday, June 27, 2008

Euro 2008: Sepanyolku Ke Akhir

Kelas tersendiri..

Begitulah yang dapat aku simpulkan mengenai apa yang telah berlaku di Stadium Earnst Happel, Vienna awal pagi tadi.

Pendekatan yang tepat sebagaimana dirancang oleh pengemudi skuad Sepanyol, Luis Aragones membuahkan hasil apabila hampir kesemua gerakan pasukan lawan berjaya dikekang.

Penantian selama 44 tahun berakhir setelah Sepanyol melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan sejak menjuarainya pada tahun 1964.

Berikut adalah aksi-aksi penting yang dirakam dalam perlawanan tadi.



(1-0) Xavi Hernandez meraikan gol selepas menampan sepakan Iniesta


(2-0) Daniel Guiza menguis masuk hantaran Cesc Fabrigas




(3-0) David Silva merembat bola melepasi jangkauan Igor Akinfeev

Awas Jerman..

Euro 2008: Hiddink-Arshavin Gagal Julang Rusia

Separuh Akhir 2: Rusia..0 Sepanyol..3



Guus Hiddink merenungkan punca persembahan anak-anak buahnya



Andrei Arshavin gagal mempamerkan kehebatan yang dimilikinya


Di sinilah pejalanan mereka akhirnya terhenti..

Keadaan hujan lebat, padang yang basah serta kilat bersambutan seakan-akan memberi isyarat menandakan bahawa perjuangan singa-singa Rusia berakhir di sini.

Persembahan yang malap, kaku serta tampak tidak berkeyakinan pemain-pemain Rusia jelas memberi peluang kepada lawan mereka mengambil kesempatan sepenuhnya.

Frust gak tengok match tadi.. Harapkan saingan sengit tapi Rusia kaku sama sekali.. Walaumacamanapun tahniah Rusia..

Thursday, June 26, 2008

Euro 2008: Previu Separuh Akhir 2

Sepanyol lwn Rusia

[Earnst Happel - Vienna]

Tekanan jelas buat skuad Sepanyol bagi mengulangi kegemilangan 44 tahun yang lalu. Setelah sekian lama tidak sampai ke tahap seperti ini, maka di sinilah peluang mereka mengembalikan hak yang sepatutnya mereka kecapi.



Fernando Torres dan David Villa sedang menjalankan latihan


Tentangan Rusia pada perlawanan nanti amatlah sukar untuk ditafsir atau dijangka memandangkan pakar strategi mereka (Guus Hiddink) pastinya mempunyai pelbagai resepi bagi menjinakkan skuad yang membelasah mereka di peringkat kumpulan baru-baru ini. Kehadiran Andrei Arshavin juga bakal merubah rentak tempo perlawanan ini.



Guus Hiddink memberi taklimat buat pasukan Rusia

Euro 2008: 'Fairytale' Turki Berakhir


Separuh Akhir 1: Jerman..3 Turki..2

Akhirnya pasukan yang paling menonjol dengan semangat kebangkitan dalam kejohanan edisi ini (Turki) terpaksa akur dengan takdir mereka.

Jelas sekali jaringan minit-minit terakhir Phillip Lahm meruntuhkan semangat melawan skuad Turki ini.


Tahniah buat Turki kerana berjaya menghasilkan satu tentangan yang cukup kuat dalam perlawanan ini walaupun tanpa beberapa tonggak mereka akibat kecederaan dan penggantungan.

Sakit hati jugak tengok siaran langsung perlawanan ini pagi tadi.. Beberapa kali berlaku masalah teknikal yang menyebabkan Astro terputus hubungan dengan liputan perlawanan ini..

Hampir keseluruhan separuh masa kedua, aku dan semua customer kat kedai mamak agak berang dengan situasi ini..

(0-1) Sentuhan Ugur Boral cukup untuk menewaskan Lehmann



(1-1) Schweinsteiger berjaya menampan masuk hantaran silang Podolski



(2-1) Miroslav Klose meraikan gol kedua Jerman



(2-2) Semih Senturk menyempurnakan hantaran lintang Sabri Sarioglu




(3-2) Phillip Lahm tenang menewaskan Rustu Recber



Apa nak buat.. Kalau Aku kaya, sah aku dah ada kat Basel, Switzerland dah..

Tuesday, June 24, 2008

Euro 2008: Previu Separuh Akhir 1

Jerman lwn Turki

Jika melihat kepada senarai penggantungan serta kecederaan pemain untuk perlawanan ini di awal pagi esok, jelas memihak kepada pasukan Jerman.

Ketiada hampir kesemua tonggak utama Turki seperti Volkan Demirel, Servit Cetin, Nihat Kahveci, Emre Biozoglu, Tuncay Sanli dan Arda Turan jelas bakal mengundang aksi tempang dari negara yang banyak mempamerkan kebangkitan luar biasa ini.

Andai Jerman berjaya dijinakkan, maka saya yakin pasukan ini bakal menjuarai kejuaraan yang berprestij ini buat kali pertama dalam sejarah negara mereka.

Monday, June 23, 2008

Euro 2008: Juara Piala Dunia Kempunan


Suku Akhir 4: Sepanyol..0 Itali..0 (Sepanyol menang penalti 4-2)

Satu-satunya juara kumpulan, Sepanyol, layak ke separuh akhir walaupun ramai menjangkakan bahawa Itali bakal melengkapkan kemaraan pasukan-pasukan naib juara kumpulan.

Namun, aku agak terkejut melihatkan kemampuan Iker Casillas dalam menghadapi sepakan penalti memandangkan rekod beliau agak kurang memberangsangkan dalam situasi seperti ini.

Walaubagaimanapun, seperti dijangkakan, Gianluigi Buffon tetap gagal dalam meneka arah sepakan penalti lawan.


Iker casillas menyelamatkan sepakan penalti Danielle De Rossi


Cesc Fabrigas melengkapkan kemenangan Sepanyol



Walaupun game sangat boring tak macam Rusia main tapi tetap puas hati.. Viva espana!

Euro 2008: Revolusi Rusia


Suku Akhir 3: Belanda..1 Rusia..3

Kelas tersendiri..

Itulah manifestasi persembahan pasukan Rusia dalam menenggelamkan bintang-bintang bolasepak Belanda.

Guus Hiddink turut mengajar pasukan negara asalnya bagaimana bermain bolasepak cara yang betul.

Andrei Arshavin sekali lagi memainkan peranan utama dalam merancang serangan bertali-arus serta seringkali membuatkan penjaga gol Belanda, Edwin Van Der Sar bekerja keras.




Jaringan pertama Pavlyuchenko




Ruud Van Nilsterooy menyamakan kedudukan


Ambik ko Belanda.. Dah takde dah wakil Manchester United dalam Euro 2008... Misi selesai..

Euro 2008: Turki Masuk Hantu!


Suku Akhir: Croatia..1 Turki..1 (Turki Menang Penalti 3-1)

Sekali lagi semangat kebangkitan yang menakjubkan telah menjulang Turki ke separuh akhir.

Walaupun aku rasa tandukan jaringan Ivan Klasnic merupakan sentuhan terakhir perlawanan, tetapi dengan sedikit masa di'beri' oleh pengadil perlawanan jelas digunakan sepenuhnya oleh skuad Turki.



(1-0) Tandukan Ivan Klasnic ketika penjaga gol Turki berada di luar posisi



(1-1) Rembatan Semih Senturk pada masa kecederaan meranapkan harapan Croatia



Rustu Recber menyelamatkan sepakan penalti Mladen Petric


Walaupun dua-dua team yg aku minat, tapi frust gak sebab ramai pemain Turki tak dapat main di semi nanti.. Kalau Croatia, confirm Jerman kena belasah..

Friday, June 20, 2008

Euro 2008: Previu Suku Akhir 2

Croatia lwn Turki

Tekanan jelas lebih ke atas Croatia jika dilihat pada tiga perlawanan terakhir mereka. Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Turki yang dianggap underdog.

Realitinya begitulah jika dibandingkan dengan perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi. Portugal tentunya gagal memanfaatkan reputasinya sebagai juara kumpulan A dan Jerman jelas bermain di luar tekanan.



Sesi latihan pasukan Croatia




Nihat bersama rakan sepasukan


Aku dalam dilema.. Tak tahu nak support yang mana satu sebab kedua-dua pasukan ini aku cukup minat. Tak sangka pulak jumpa kat suku akhir..

Euro 2008: Pengalaman Bawa Jerman Ke Separuh Akhir

Suku Akhir 1: Portugal..2 Jerman..3

Setelah 12 tahun mencuba, akhirnya skuad Jerman kembali menempatkan diri ke tempat empat pasukan terbaik Eropah. Pendekatan yang dibawa oleh Jurulatih Jerman khusus untuk menentang barisan pemain berbakat Portugal jelas membuahkan hasil.


Pasukan Portugal seakan-akan kaku sepanjang perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi dan ini memberi kesempatan untuk Jerman menggandakan asakan ke kubu lawan.



(1-0) Bastian Schweinsteiger meraikan gol pertama Jerman

(2-0) Miroslav Klose menanduk masuk sambil dicabar Cristiano Ronaldo


(2-1) Nuno Gomes merembat bola melepasi Per Mertesacker

(3-1) Micheal Ballack menanduk bola sepakan percuma Schweinsteiger


(3-2) Helder Postiga menanduk bola hantaran lintang Nani




Padan muka Portugal.. Heheh..

Thursday, June 19, 2008

Euro 2008: Previu Suku Akhir 1


Scolari bersama bintangnya, Cristiano Ronaldo dalam sesi latihan di Basel


Portugal lwn Jerman

Aku mengharapkan Jerman memberi tentangan sengit pagi nanti memandangkan prestasi semasa Portugal cukup cemerlang.
Sudah menjadi tradisi Jerman dalam kejohanan-kejohanan berprestij untuk menundukkan lawan melalui sepakan penalti (salah satu strategi terbaik menghadapi pasukan yang dibarisi pemain berbakat ini).

Jangkaan:

- Keputusan: Jerman menang sepakan penalti

- Pemain yang menjadi mangkin: Jens Lehmann (Jika berkesudahan dengan sepakan penalti)



Euro 2008: Arshavin Pelengkap Kebangkitan Russia


Jaringan pertama Roman Pavlyuchenko

Kumpulan D: Russia..2 Sweden..0

Jelas sekali.. Persembahan mantap berpasukan dengan bantuan pakar strategi bolasepak antarabangsa (Guus Hiddink) melumpuhkan sama sekali perancangan pasukan lawan.

Inspirasi daripada seorang pemain bintang mereka (Andrei Arshavin) turut menyumbang kepada kejituan jentera serangan Russia yang pastinya menggoncang lawan yang bakal menemui mereka ini di peringkat suku akhir.

Tak sabar nak tengok Belanda-Russia!!

Euro 2008: 100% Buat Sepanyol

Pepe Reina gagal menyelamatkan tandukan Angelos Charisteas



Kumpulan D: Greece..1 Sepanyol..2


Sepanyol adalah pasukan ketiga yang mengekalkan kemenangan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan. Jaringan De La Red dan Daniel Guiza cukup untuk memastikan Greece pulang dengan tangan kosong.


Goyang gak jumpa Itali!!

Wednesday, June 18, 2008

Euro 2008: Simpati Buat Perancis

Kumpulan C: Perancis..0 Itali..2

Sedih melihatkan nasib yang menimpa pasukan Perancis pagi tadi.

Semangat setiap pemain berkobar-kobar sebelum direntap oleh dua keadaan yang tidak dijangka serta menyebabkan lumpuhnya harapan mereka dalam menghadapi musuh yang telah merampas kejuaraan Piala Dunia 2006 baru-baru ini.

Pertamanya, apabila Frank Rivery terpaksa diusung keluar akibat kecederaan.



Frank Rivery diusung keluar


Keduanya pula apabila Abidal menambahkan lagi sengsara apabila melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan dengan menyebabkan sepakan penalti serta menerima kad merah.




Kesilapan Abidal menghancurkan segalanya


Saki-baki perjuangan terpaksa digalas sepenuhnya oleh 10 pemain lain yang diketuai oleh Thierry Henry namun gagal menembusi kubu pejal Azzuri.

Tak sabar nak tengok Sepanyol-Itali lepas ni!!