Monday, April 27, 2009

PRK DUN Penanti: Hari mengundi diumum

malaysiakini

Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei
Apr 27, 09 9:48am

kemaskini 11.19am Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas.

TM Piala FA 2009 Final: Berat mata memandang..

Sepatutnya, sekarang ini sedang berlangsung upacara perarakan menjulang Piala FA bersama rakyat Kelantan di Kota Bharu. Tetapi tuhan maha kuasa. Mungkin kejadian ini menjadi pengajaran buat peminat supaya lebih bersabar dan tenang menghadapi apa-apa keputusan di samping anugerah yang lebih besar akan menjelma (Piala Malaysia 2009). Insyaallah.

Berikut adalah sebahagian rakaman yang menjadi kenangan yang cukup bermakna sebagai anak Kelantan setelah hampir 40 tahun tidak kunjung tiba..


Dalam perjalanan ke Bukit Jalil


Posing sebelum masuk stadium


Berkumpul di luar stadium




Berarak memasuki stadium


Suasana ketika mula melangkah ke dalam stadium


Penyokong Kelantan membanjiri stadium


Penonton menyerbu gerai minuman pada masa rehat


Detik semasa Norfarhan menjaringkan gol pertama


Suasana hiba setelah penentuan sepakan penalti


Penyokong mula meninggalkan stadium


Pelbagai luahan dilepaskan sambil menunggu kesesakan reda