Thursday, July 3, 2008

Hubungan Najib-Altantuya: Komen Bloggers




Terlalu banyak spekulasi dan pandangan daripada bloggers tetapi yang penting kita tengok komen Dato' Seri Najib dalam berita tempatan malam nanti (kalau ada..).

Tak sabarnya aku!!


Bersama Dr Haron: Undang-undang Islam hanya sesuai di negara Arab?

harakahdaily
Dato' Dr Haron Din Thu Jun 26, 08 6:39:46 pm MYT

SOALAN: Di Malaysia, masyarakatnya majmuk, terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama. Rasionalnya undang-undang yang sedia ada paling sesuai bagi negara majmuk seperti Malaysia. Ada pun undang-undang Islam hanya sesuai untuk orang-orang Arab di negeri Arab, yang kebanyakannya terdiri daripada satu bangsa, tidak seperti kita. Inilah yang selalu menjadi perbualan yang sering dibangkitkan, apa pandangan Dato'? - TARMIZI WONG ABDULLAH, Seri Kembangan

JAWAPAN: Islam bukan untuk orang Arab sahaja, meskipun pada mulanya diturunkan dalam masyarakat Arab.

Islam sebenarnya untuk semua insan, ia risalah sejagat.

Nabi Muhammad s.a.w. tidak diutus untuk satu-satu kaum sahaja, malahan untuk semua manusia.

Allah berfirman (mafhumnya): "Dan tidak Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya..." (Surah Saba', ayat 28)

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda (mafhumnya): "Saya diutuskan untuk sekalian manusia."

Dalam hadis yang lain baginda menyebut (mafhumnya): "Bahawasanya saya adalah rahmat Allah yang dihadiahkan kepada kalian."

Muhammad adalah Rasulullah terakhir, Nabi akhir zaman, selepas baginda tidak ada lagi Nabi dan Rasul.

Soalan anda bertitik tolak daripada masyarakat majmuk sebagai landasan untuk menyatakan bahawa Islam tidak boleh diterima sedangkan, hakikatnya masyarakat majmuklah yang menjadi pilihan Allah untuk melahirkan agama-Nya.

Islam lahir dan berkembang dalam masyakarat majmuk, sama ada masyarakat Makkah ataupun Madinah.

Ini bukanlah bererti masyakat majmuk yang berlainan agama itu mesti memeluk agama Islam.
Tidak!

Mereka dibebaskan atau diberi kebebasan untuk beramal dengan agama mereka sendiri.

Masyarakat yang wujud sebelum kedatangan Islam, adalah masyarakat yang berpecah belah, setelah mereka menerima dan hidup di bawah naungan Islam, mereka menjadi aman dan bersatu padu.

Daripada permusuhan mereka memupuk persaudaraan, daripada memakan harta secara tidak jujur kepada penuh kejujuran, daripada berbencian kepada berkasih sayang, daripada kemunduran kepada kemajuan, dalam erti kata yang sebenar.

Inilah yang Allah sebutkan dalam al-Quran (mafhumnya): "Dan berpegang teguhlah kamu sekalain dengan tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu berpecah belah; dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah), lalu Allah menyatukan di antara hati-hati kamu (sehingga bersatu padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara mara..." (Surah Ali 'Imran ayat 103)

Sekiranya anda berpegang kepada situasi di negara kita dengan keadaan yang kita berada sekarang ini, sudah cukup dan selesa untuk orang-orang seperti anda yang berkemungkinan tidak pernah bermasalah.

Tetapi mengapa anda tidak merenung situasi yang orang ramai hadapi sekarang ini, di mana keselamatan akidah terancam, pegangan manusia kepada agamanya berkecamuk dan bercelaru.
Nyawa manusia telah disia-siakan. Berlaku bunuh membunuh, kesihatan akal manusia bercelaru akibat mabuk, manusia hilang kewarasan, hatta untuk membuat perhitungan baik burukpun bercelaru.

Maruah manusia jelas tergadai dan hilang harga diri. Apatah lagi apabila anda melihat gelagat muda mudi yang hanyut, meskipun ada yang baik.

Harta benda yang dimangsakan oleh perompak, pencuri dan penipu. Indeks jenayah dalam semua kes terus melonjak, tidak ada petanda hal-hal sedemikian itu boleh reda.

Hal-hal ini berlaku antara sebabnya ialah kerana undang-undang yang ada tidak berjaya membendung dan memperbaiki penyakit masyarakat yang berlaku.

Cuba anda fikirkan pula hal-hal negatif ini tentulah cuba ditangani oleh pihak berkuasa dengan tindakan dan pelbagai cara, termasuk dengan mengadakan pusat pemulihan, atau dengan menangkap serta menghukum penjenayah di mahkamah.

Tetapi semua yang berlaku, penyakit cuba diubati, tetapi tidak dilihat kesungguhannya, malah penyakit itu semakin hari semakin melebar dan teruk.

Mengapakah tidak diusahakan ubat lain yang setidak-tidaknya dilihat sebagai suatu alternatif bagi mengubati penyakit-penyakit yang sedia ada.

Kita adalah makhluk ciptaan Allah, Allah Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan makhluk ciptaan-Nya. Dia tahu penyakit yang akan dihidapi dan Allah menyediakan ubat untuk yang dicipta-Nya.

Dia lebih mengenali manusia dan mengetahui atur cara atau manual yang perlu mereka ikut untuk mengatasi masalah kehidupan.

Kerana itulah Allah SWT menurunkan agama-Nya dan peraturan-peraturan-Nya, bukan sahaja masyakat Islam, malah untuk manusia keseluruhannya.

Dengan kebijaksanaan Allah undang-undang-Nya diturunkan, Kitab-Nya diketengahkan dan peraturan-peraturan-Nya dipaparkan, guna untuk keselamatan umat ini di dunia hingga ke akhirat.

Oleh yang demikian, masyarakat majmuk bukan sebab Islam tidak boleh diterima, kerana Islam itu boleh memaparkan dan menawarkan kelebihan nyata untuk kepentingan insan. Wallahu a'lam. - lanh _

Pendedahan Tergempar Isu Dato' Seri Najib dan Altantuya

Terkejut aku membaca statement yang dikeluarkan oleh penyiasat persendirian ini mengenai isu yang paling hangat diperkatakan sekarang malah boleh mengalahkan isu Anwar buat seketika.
Tak sabar aku nak tunggu maklumbalas dari YAB Timbalan Perdana Menteri yang amat kita hormati ini.


Sila ikuti penjelasan terperinci berkaitan perkara ini di http://anwaribrahimblog.com/


Terkenang Masa Kes Khalwat Mat Sabu Dahulu

harakahdaily


"Tok Guru pesan sabarlah dalam hadapi dugaan" - Anwar

Wan Nordin Wan Yaacob & Azamin Amin Foto Nasir Sudin Wed Jul 02, 08 5:30:52 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang tadi.

Dalam pertemuan dua mata itu antaranya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), kata Anwar ketika mengulas pertemuan tersebut.

Ujar Anwar Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa kesalnya dengan taktik kotor dan berterusan yang dihadapi kini.
.
"Tuan Guru berkata kepada saya, supaya sabar dan katanya adatlah seumpama 'pohon tinggi maka gelobang laut atau angin yang datang ia akan terkena juga' sabarlah dalam hadapinya," katanya.
.
Anwar mengucapkan terima kasih kepada kesudian Tuan Guru Nik Aziz mengunjunginya tatkala Ketua Umum KeADILan itu berhadapan dengan dugaan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertemu kira-kira 45 minit dengan Anwar dan meninggalkan pejabat Anwar pada jam 4.50 petang.

Menteri Besar Kelantan itu yang datang dengan jubah putihnya ditemani dengan pemandu dan beberapa orang pegawainya, sementara Anwar turut ditemani Naib Presiden, Sivarasa Rasiah./wann _

___________________________________________________________________

mahathirismail
.
Tok Guru sekali lagi cuba menenangkan pemimpin (yang menentang kerajaan persekutuan) yang ditimpa musibah fitnah sebagaimana yang telah menimpa Mohd Sabu sekitar tahun 1994 yang lalu.
.
Beliau yakin pemimpin ini cuba dihina sedemikian rupa dan hanya mampu mendoakan serta memberi nasihat agar bertenang.
.
Pada tahun 1994 yang lalu, Mohd Sabu telah menghadapi kontroversi kes khalwat di Kota Bharu di mana pada ketika itu beliau adalah di antara pemimpin PAS yang paling lantang menghentam kerjaan. Namun setelah isu ini timbul, beliau segera berjumpa Tok Guru untuk mendapatkan nasihat dan beliau dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang program ceramah sehinggalah perkara ini selesai.
.
Alhamdulillah. Dengan doa dan sokongan para pendokong perjuangan serta Tok Guru, Mohd Sabu tenang menghadapi semua ini.
.
Akhirnya, kes ini telah digugurkan dan perancangan jahat mereka gagal.

Bintang Baru Bolasepak Malaysia

http://www.skycrewz.net/blog/bintang-baru-bola-sepak-malaysia/

Siapa kata Malaysia yang asik kalah diperingkat antarabangsa tidak ada pemain bertaraf 5 bintang? Inilah bintang baru bola sepak Malaysia. Harap lepas ni bola sepak Malaysia akan lebih maju kehadapan dengan terbinanya lebih banyak gol (bukan TOL). Heh Heh Heh

Nampak cam power je mamak ni..

FIFA: Malaysiaku Melonjak Naik!



Rangking FIFA No. 166: MALAYSIAKU - 96 mata
Dasat giler..
Dah membangun..
Dari rangking 169 kini naik 3 anak tangga..
Sangat positif dalam usaha untuk mengejar pasukan-pasukan 'bintang' yang masih berada di rangking yang lebih baik seperti;

153. INDIA (terkenal ngan gengster bawak kayu hoki bukannya pakai boot bola..),

156. MALDIVES (pantai pasir je banyak kat sini.. mana ada padang..),

165. SEYCHELLES (tempat orang buangan dari negara kita kalau ikut sejarah dulu la.. so diorang dah lagi terer main bola..),

148. FIJI (yang aku tahu ragbi 7 sebelah boleh la..),

133. BURUNDI (orang sini biasanya pakar dalam sumpit menyumpit..),

162. ST. LUCIA (ni nama kampong kot..),

160. ST. KITTS AND NEVIS (ni mesti nama taman perumahan ni..),

155. VANUATU (aku rasa negara ni xde rumput kot..)

FIFA: Sepanyol Terbaik Dunia


Setelah mengungguli kejuaraan Eropah baru-baru ini, Sepanyol sekali lagi melonjakkan nama di persada dunia apabila menaiki takhta teratas senarai pasukan terbauk dunia dengan mengatasi pasukan Argentina, Brazil,dan Itali.

Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) telah mengumumkan senarai rangking terbaru bagi pasukan bolasepak negara-negara seluruh dunia semalam.

Ini berikutan persembahan hambar oleh kuasa-kuasa besar bolasepak dunia seperti Argentina dan Brazil dalam mengharungi perlawanan peringkat Kelayakan Zon Amerika Selatan yang sedang berlangsung akhir-akhir ini.

Pasukan-pasukan dari benua Eropah memenuhi 8 slot daripada 10 terbaik dunia manakala Itali dan Jerman menghuni senarai tiga terbaik dunia serta Belanda melonjak ke tangga kelima.

Jelas sekali kejohanan Eropah ini banyak mempengaruhi senarai rangking FIFA yang dikeluarkan semalam.


Senarai 10 pasukan teratas

1. Sepanyol - 1,557 mata

2. Itali - 1,404 mata

3. Jerman - 1,364 mata

4. Brazil - 1,344 mata

5. Belanda - 1,299 mata

6. Argentia - 1,298 mata

7. Croatia - 1,282 mata

8. Rep. Czech - 1,146 mata

9. Portugal - 1,104 mata

10. Perancis - 1,053 mata
.
Croatia pun apa kurangnya.. Hehe..