Tuesday, May 27, 2008

Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia!!


Terkini! KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.

Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.
'
Untuk laporan lanjut sila layari http://www.harakahdaily.net/
'
'
mahathirismail - Setiap kali aku membuka akhbar ini, mula-mula sekali aku akan membaca ruangan pembaca terutamanya dalam bahagian SMS. Rasa macam anak-beranak pekerja Utusan yang hantar SMS dan artikel tu..
'
Aku layan je macam baca komik. Tak beli pun. Curi baca kat kedai runcit. Berdosa ke agaknya kalau baca ruangan tu tapi tak bayar?

Tiada Lagi Islam Hadhari di Selangor


Alhamdulillah..
Itulah yang terdetik di hati ini apabila menonton siaran berita di TV tempatan malam tadi yang menyiarkan berita mengenai seorang exco kerajaan negeri Selangor mengumukan pengharaman apa-apa program yang berkaitan Islam Hadhari di negeri tersebut.
Insya'allah dengan pengumuman tersebut maka rakyat Selangor khususnya tidak lagi keliru dengan istilah Islam Hadhari yang seakan-akan perkara baru dalam agama yang diwujudkan untuk meyempurnakan agama Islam yang diamalkan semenjak zaman Rasulullah lagi.

Kesinambungan Kerajaan Islam Kelantan


Tuan Guru telah berangkat ke Tanah Suci dengan meninggalkan sementara bumi barakah Serambi Mekah bagi menumpukan sepenuhnya pengabdian kepada Ilahi.
Dalam masa yang sama ia menggambarkan bagaimana situasi masa depan pemerintahan negeri yang tercinta ini andainya Tuan Guru tidak lagi berada di tampuknya.
Sebagai salah seorang pendokong perjuangan serta pimpinan ulama ini, aku amatlah berharap negeriku ini akan sentiasa ditadbir selamanya oleh pemimpin yang bertaqwa dan ikhlas kerana Allah. Pemimpin yang istiqamah menyeru dirinya serta rakyatnya agar sentiasa ingatkan Allah, menjauhi serta menentang kemungkaran habis-habisan.
Amin.

Datuk Husam Memangku Jawatan MB Kelantan

harakahdaily

PENGKALAN CHEPA, 26 Mei (Hrkh) Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa kini menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar selepas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercuti kerana menunaikan ibadat umrah.

Pada awalnya jawatan itu dipangku Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, namun pada pagi Sabtu lalu beliau dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian akibat serangan jantung.

Ekoran itu, jawatan Menteri Besar dipangku pula oleh Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat.

Difahamkan anggota Exco terbabit telah mengadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda.

Perkara itu disahkan seorang lagi anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah ketika ditemui semasa menghantar Menteri Besar bagi menunaikan umrah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebentar tadi.

Lebih 1,000 pemimpin kerajaan negeri, PAS dan rakyat turut berada di lapangan terbang petang tadi. Turut kelihatan anggota Exco, Wan Ubaidah Omar, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Tuan Guru Nik Abdul tiba di lapangan tersebut pada jam 7.10 petang dan sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Turut bersama menunaikan ibadat umrah, isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan dua anak perempuan mereka.

Rombongan Menteri Besar dijangka berlepas ke Jeddah pada kira-kira jam 12 malam ini. Mereka dijadualkan pulang pada 9 Jun depan.

Tok Guru Nik Aziz Akan Berangkat Ke Makkah Jam 3:30 Pagi Ini

msomelayu

Labbikallah hummalabaik. Labbaikallah syariikalabaik. Innalhamda'... wanni'ma, lakhawamuluk, la syarikalak.

(HAMBA-Mu datang menyahut panggilanMu, ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)

Malam ini jam 8:00 malam Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama 21 orang jemaahanya akan berlepas dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu untuk ke Tanah Suci Makkah Mukaramah, Madinah Munawarah.

Beliau dijangka akan berlepas dari lapangan terbang KLIA Kuala Lumpur kira-kira jam 3:30 pagi nanti menerusi penerangan Kwait Airline.
Nik Aziz akan berada di Makkah selama 15 hari dan dijangka akan pulang ke tanah air pada 9 atau 10 Jun.

Selama beliau dan rombongan menunaikan umrah jawatan MB Kelantan dipangku oleh Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob.

Sementara itu isteri Ahmad Yaacob yang pada mulanya dijadual bersama rombongan Tok Guru terpasa membatalkan niat apabila Ahmad Yaacob kini dirawat di hospital kerana masalah jantung.

TMB itu dimasukkan kelmarin kerana serangan jantung. Keadaannya kini sudah beransur pulih setelah menjalani rawatan angioplasti. Beliau masih ditahan di hospital disebabkan paru-parunya bermasalah.

Kepada Tok Guru serta rombongan diucapkan selamat berangkat semoga diberikan kesihatan berlipat ganda dan kepada Ahmad Yaacob demikian juga adanya semoga dapat menjalankan tugas-tugas sebagai pemangku MB dengan sempurna dan mendapat dokongan dan sokongan seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).