Monday, June 9, 2008

Euro 2008: Previu Kumpulan C (Group of Death)

Malam ini akan menyaksikan pertembungan sesama gergasi Eropah yang ditakdirkan berhimpun di dalam satu kumpulan yang sama. Group of Death.

Apa yang mencabar ketahanan mental untuk persediaan malam ini adalah pertembungan antara Itali dan Belanda ini bersiaran langsung pada jam 03:00 pagi nanti. Dalam rumah ini, aku rasa tilam, bantal, kerusi, meja dan karpet yang menonton perlawanan penuh malam nanti.

Untuk malam ini, aku jangkakan Itali menang tipis 1-0 hasil jaringan Antonio di Natale pada minit ke-57. Manakala Romania dijangka dapat mengikat Perancis 1-1.

Euro 2008: Germany..2 Poland..0


Lucas Podolski menyempurnakan kedua-dua gol hasil daripada kesilapan pertahanan Poland. Gol pertama nampak seakan-akan offside. Apa boleh buat. Keputusan pengadil adalah muktamad.
Perlawanan ini aku tengok secara on and off (iaitu pejam-celik) sebab letih dan mengantuk. Pagi esoknya kerja.
Dengan Poland boleh la belasah!!

Euro 2008: Austria..0 Croatia..1

Semalam aku bertolak dari Kuala Krai kira-kira jam 06:00 petang untuk ke Putrajaya. Mengikut perkiraan perjalanan yang termasuklah berhenti makan, solat serta buang apa yang patut, aku menjangkakan dengan izin Allah sampai jam 12:00 tengah malam.

Mengikut perancangan, aku sempatlah menyaksikan siaran langsung perlawanan membabitkan pasukan pilihan kedua (aku ni). Tetapi, aku sampai ke rumah sewa kira-kira 12:15 iaitu kira-kira 13 minit perlawanan berlangsung.

Jadi, aku tak sempat menyaksikan secara langsung jaringan penalti Luca Modric pada minit ke-4. Secara keseluruhan perlawanan ini agak membosankan dengan tuan rumah, Austria jarang-jarang melakukan serangan ke kubu lawan.

Kira oklah 3 mata Croatia!!

Euro 2008: Portugal..2 Turki..0

Sakit hati.. Sebelum perlawanan bermula, aku telah menjangkakan persembahan Turki kali ini tidaklah sehebat reputasi mereka sebelum ini.

Dengan barisan kesebelasan utama yang longlai serta pendekatan dari segi taktik yang tidak tepat turut menyumbang kepada persembahan yang amat longgar.

Portugal tidaklah sehebat mana pun. Tetapi, dengan corak permainan Turki yang sebegitu rupa, maka kesempatan dapat diambil sepenuhnya oleh lawan.

Fateh Tehrim bangang!!


Euro 2008: Switzerland.. 0 Czech Republic..1


Jaringan tunggal pemain gantian, Václav Svěrkoš cukup untuk memastikan Republik Czech memungut 3 mata di Basel.
Perlawanan ini agak seimbang dari segi penguasaan bola namun jentera serangan tuan rumah kelihatan lebih teratur dan berbahaya.
Namun begitu, nasib malang menimpa ketua pasukan Switzerland, Alexander Frei (gambar) yang mengalami kecederaan serius dan mungkin tidak dapat beraksi sepanjang kejohanan ini.
Czech menang nasib je tu!!

Euro 2008: Kehangatan Telah Bermula


Debaran bagi 16 pasukan terbaik Eropah telah bermula dengan perlawanan sulung menyaksikan tuan rumah, Switzerland menentang Czech Republic.
Aku ni mungkin salah seorang daripada jutaan peminat bolasepak yang tinggal di Benua Asia merasa agak terkilan disebabkan jadual perlawanan di kejohanan ini berlangsung pada jam 12:00 tengah malam serta 03:00 pagi waktu tempatan (kira-kira 05:45 petang dan 08:35 malam waktu di Zurich dan Vienna).
Memang agak lewat bagi golongan pekerja macam aku ni. Biasanya kejohanan sebegini dilangsungkan pada waktu pagi dan petang di negara tuan rumah. Apa-apa pun terima je lah...


Pekan Guchil Bertambah Sesak

Tanggal 5hb Jun 2008, kepulanganku ke kampung halaman disambut oleh suasana yang agak berlainan dari sebelum ini.

Terdapat beberapa perubahan kepada pembangunan pekan di kampung. Restoran makanan segera (Kentucky Fried Chicken) baru sahaja dibuka bulan lalu yang bertempat di pinggir jalan besar Kota Bharu-Gua Musang.
Di samping itu juga, terdapat sebuah pasaraya baru dibuka sejak minggu lalu iaitu Pasaraya Bilal yang bertempat di tengah-tengah kawasan kedai-kedai penduduk tempatan (lihat gambar). Keadaan sesak sentiasa berlaku sejak pagi lagi sehingga lewat malam pada setiap hari.


Suasana di siang hari




Kenderaan yang memenuhi ruang letak kereta di hadapan pasaraya Bilal


Suasana di waktu malam

Foto: Ceramah Perdana Sempena 50 Tahun

Tajuk: Masa Depan Pengajian Sekolah Agama Rakyat


oleh :- 1 - YB. Ustaz Haji Taib Azamuddin Bin Mohd Taib
(Ahli Parlimen Baling)
2 - YB. Ustaz Haji Mohamad Bin Mustafa
(ADUN Demit)



Ustaz Taib Azamuddin sedang menyampaikan ceramah.

Gambar Kenangan di Majlis Sambutan Jubli Emas

Alhamdulillah.
Kebetulan bercuti di kampung, aku berkesempatan menyertai majlis sambutan 50 tahun tertubuhnya salah satu institusi ilmu yang terpenting di Negeri Serambi Mekah.
Dengan dihadiri oleh ribuan para ilmuan serta mereka yang istiqamah dengan perkembangan ilmu agama, insyaallah sedikit sebanyak dapatlah aku menumpang keberkatan di dalam majlis ini.
Semoga institusi ini akan berkekalan selama-lamanya di samping menjadi pemangkin keluhuran akhlak serta ke arah masyarakat berilmu di Daerah Kuala Krai khususnya.


'Signboard' sebelum memasuki kawasan pondok


Pintu masuk ke majlis sambutan

Suasana di Bazaria Pondok Sungai Durian



Suasana penempatan pelajar pondok


Program Sambutan Jubli Emas

ATURCARA PROGRAM SAMBUTAN JUBLI EMAS
PONDOK SUNGAI DURIAN
Tarikh : 05 - 07 Jun 2008
Tempat : Pondok Sungai Durian

PAMERAN DAN BAZARIA JUBLI EMAS
Tarikh : 5 hingga 7 Jun 2008.
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam.

Hari Jumaat - 06 Jun 2008 - (Majlis Perasmian dan Perjumpaan Ibubapa/Guru)
11.00 pagi: Pendaftaran Ibubapa/Penjaga
01.12 ptg: Solat Jumaat.
2.30 ptg: Majlis Perjumpaan Ibubapa/Penjaga.
4.38 ptg: Solat Asar.
7.25 mlm: Solat Maghrib Dan Kuliah Maghrib.

Kuliah Maghrib

Tajuk : Sumbangan Pendidikan Pondok Kepada Masyarakat
Oleh : Ustaz Haji Abdul Hamid Mat Isa
(Bekas Tenaga Pengajar, Pondok Sungai Durian, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS))
8.36 mlm: Solat Isya'.
9.00 mlm: Ucapan Perasmian
Oleh : YB. Mohd. Ammar Nik Abdullah
(Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah)
Penyampaian Sijil dan Anugerah Pelajar Cemerlang

Forum Tajuk : Institusi Pengajian Pondok, Cabaran dan Realiti

Ahli Panel :-1 - Ustaz Abd Halim Bin Abd Ghani
(Pengerusi Jemaah Tadbir, Pondok Pasir Tumboh)
2 - Dr. Luqman Bin Tuan Guru Haji Abdullah
(Pengerusi Pondok Lubuk Tapah, Ahli Pemegang Amanah, Pusat Pembangunan
Pondok)
3 - Dr. Abd. Basit Bin Hj. Abdul Rahman.
(Pondok Sungai Durian)

Hari Sabtu - 07 Jun 2008 (Seminar Dan Himpunan Lepasan Pondok Sungai Durian)

08.00 pagi: Pendaftaran Peserta.
09.00 pagi: Pembentangan Kertas Kerja.

Kertas Kerja

Tajuk : Tuan Guru Hj. Abdul Rahman : Sejarah dan Pengorbanan
Pembentang : Ustaz Zainuddin Che Seman
(Tenaga pengajar Pondok Sungai Durian)
Pengulas : Ustaz Haji Yahya Bin Mohammad Razi
(Bekas Pelajar Pondok Sungai Durian, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Kolej
Universiti Islam Selangor)
11.30 pagi: Ucapan Wakil Lepasan Pondok Sungai Durian Tahun 50an, 60an, 70an, 80an,
90an.
01.12 ptg: Solat Zohor dan Makan Tengahari.
02.30 ptg: Pembentangan Kertas II.

Kertas Kerja II

Tajuk : Al-Marhum Sheikh Muhammad Daud Bin
Sulaiman Al-Kalantani Dalam Kenangan.
Pembentang : Ustaz Bunyamin Hj. Abdul Rahman.
(Tenaga pengajar Pondok Sungai Durian)
Pengulas : Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhamad.
(Dato' Aria DiRaja, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan)
04.38 ptg: Solat Asar
07.25 mlm: Solat Maghrib
08.36 mlm: Solat Isya'
09.00 mlm: Ceramah Perdana

Ceramah Perdana

Tajuk : Masa Depan Pengajian SAR.
oleh :- 1 - YB. Ustaz Haji Taib Azamuddin Bin Mohd Taib
(Ahli Parlimen Baling)
2 - YB. Ustaz Haji Mohamad Bin Mustafa
(ADUN Demit)

Perasmian Penutup

Majlis Sambutan Jubli Emas & Pelancaran Kutipan Derma Pembinaan Asrama
Oleh: YAB. Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Bin Hj. Nik Mat
(Menteri Besar Kelantan)
Pada: 11 Jamadil Akhir 1429H / 16 Jun 2008M (Isnin)
Masa: Selepas Solat Isya'

Sambutan Jubli Emas Pondok Sungai Durian


Madrasah Muhammadiah, Pondok Sg Durian, Kuala Krai, Kelantan telah mengadakan Sambutan Jubli Emas sempena 50 tahun penubuhan Madrasah ini pada 5 hingga 7hb Jun 2008 yang lalu.

Untuk maklumat terperinci sila layari
http://www.pondoksgdurian.com/