Showing posts with label muzakarah. Show all posts
Showing posts with label muzakarah. Show all posts

Thursday, August 7, 2008

Muqabalah: Coretan Nik Abduh


dah nak masuk tabligh dah...

3hb Ogos 2008

Salam Kamunting,

Seorang sahabat mengeluh, ” Ana dah nak masuk tabligh dah. Pening dah dengan politik. Keliru.

Dulu, segar juga dengar dan ulas pasal politik. Tapi, makin lama, apatah dengan isu muqabalah yang panas ni, makin ana rasa politik ni memang kotor. Politik tu memang la bersih, tapi orangnya kotor, susah nak cari yang bersih.

Dalam PAS pun ana rasa ada yang macam UMNO perangainya. Mujurlah ana tak jadi politician macam anta. Anta nampak kuat tak apalah, tapi bukan ana. Huh, kawan - kawan ana pun dah macam ana. Pening. Dah nak masuk Tabligh dah.”

Begitu saya dengar keluhannya melalui telefon bimbit. Dia seorang profesional. Kawan saya ni bagus. Dia bukan jentera parti, tapi penyokong kuat PAS. Kuat sangat sampai tak percaya pada selain PAS. Dia tak percaya PKR apatah UMNO.

Tapi, akhirnya dia macam dah kecewa pada politik.

Saya menyampuk bebelannya yang sekadar meluah rasa kecewa itu, “Isu ni, orang ikhlas pun terperangkap.”

Cepat - cepat dia balas, “Hah, kalau orang ikhlas pun terperangkap, jelaslah politik ni memang kotor. Daripada terperangkap, baik ana masuk Tabligh.”

Saya tambah lagi selepas jawaban pertama saya gagal difahaminya, ” Sebelum anta keluar 40 hari, anta dah pun terperangkap.”

Dia bingkas bertanya, ” Perangkap apa?” Saya jawab, “Perangkap iblis.” Dia terkedu. Saya tambah lagi, ” Dan perangkap UMNO.”

“Pulak? Kenapa pulak?” Saya agak mukanya berkerut. Kalau dia pakai hands free tengah memandu, mesti orang kata drebar ni tengah sasau.

Saya dengan rasa puas menjawab, “Iblis gembira orang yang ikhlas jadi putus asa. UMNO pula suka orang cerdik tak main politik.”

Senyap seketika. Saya perasan dia angguk - angguk geleng - geleng. “He he. anta nih..” Dia mengaku kalah pesennya.

Isu muqabalah memang menyusahkan. Ia tak diundang berlaku dalam PAS yang tengah mengecapi manis kemenangan dan kepercayaan rakyat.

Saya pun kecewa. Saya melihat sesuatu yang tidak mengembirakan dalam parti. Saya sememangnya keliru juga macam kawan saya itu. Tapi, saya kena sabar, kena istiqamah dan kena lawan ( unsur buruk dalam parti ).

Saya mahu terus berjuang untuk digelar sebagai pejuang oleh Tuhan.

Tuesday, August 5, 2008

Muzakarah: Pandangan Tun Mahathir


STRANGE POLITICS

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at August 3, 2008 1:15 PM

Something strange is happening in Malaysian politics. Suddenly there is a lot of talk about cooperation and even merger between UMNO and PAS. Friendly and unfamiliar sounds are being heard from all sides.

I wonder whether it is a sudden concern about the need for Malay unity or it is the realisation that both PAS and UMNO have become very weak. True PAS has won more seats in Parliament than it had ever done before. It has even won control over the State of Kedah. But PAS is the weakest party in the opposition coalition or Pakatan Rakyat.

This cannot be what PAS aimed for when it decided to soft pedal its Islamic State ambition in order to work with DAP and PKR. PAS must want to replace UMNO as the dominant party in Malaysia. But despite its success in the 2008 General Election it is not even dominant in the opposition coalition.

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi on the other hand must be irked by his failure to get a two-third majority in Parliament. It is therefore unable to revise the amendments to the constitution made by previous Barisan Nasional Governments or to introduce his own amendments to the constitution.

In any case not getting the usual two-third majority is like losing almost. He knows he is regarded as a weak leader of a weak Government. His coalition partners do not show much respect for him even though they themselves are weak. And the opposition openly declare they want him to go on leading simply because he is weak; a kind of backhanded compliment.

To become strong he might want to embrace PAS as a coalition partner. Then he would have his two-third majority. To do this he will have to offer his sweeteners - his usual solution to all problems. Maybe he would offer a second Deputy Prime Minister to (PAS President) Abdul Hadi Awang and Ministership to some other PAS leaders.

But his coalition partners may not take kindly to this plan. MCA, Gerakan and MIC are not likely to welcome this move. Neither would Sabah UMNO members and the other coalition partners in Sabah and Sarawak.

The BN Government with PAS as a member would therefore be very shaky. UMNO itself would be very shaky as not every UMNO member would relish the idea of nice positions being given to their erstwhile rivals.

Such a coalition may give BN the two-third majority but it is not likely to please the elctorate. The Malay voters may or may not welcome this unity bid but their concern is with the leadership of Dato Seri Abdullah. They want him out. Participation by PAS in a BN still lead by Dato Seri Abdullah will not mean things would be any better.

By associating with Dato Seri Abdullah, accepting the sweets and soft pedaling PAS' Islamic State raison d'etre, PAS is likely to lose support. The net gainer may be PKR, Anwar notwithstanding. After all there is clear evidence that many voters voted PKR simply because they wanted to be rid of Dato Seri Abdullah.

Malay unity is not a matter of Malay political parties embracing each other. Malay unity should be entrusted to politically uncommitted Malays. Neither UMNO nor PAS have the credibility needed for this task.

PAS has already laid down conditions. If UMNO accepts these conditions it will lose its non-Malay partners. On the other hand if PAS gives up its stated views on hudud and qisas etc it will lose the support of its followers.

Maybe a compromise can be worked out. But any compromise will result in a loss of faith and support by enough supporters of both parties to weaken them. This is the dilemma if UMNO seeks PAS' support for achieving a two-third majority or PAS seeks UMNO's support to make it the dominant party in the opposition.

The solution to the present Malay feeling of insecurity is not a merger or some kind of co-operation between the Malay political parties. It lies in restoring UMNO to its previous strength. And this cannot be done for as long as Dato Seri Abdullah is there.

There are several leaders in UMNO who are qualified to take over from him, leaders who are not influenced by the greed of their families, leaders who are willing to make sacrifices in order to restore pre-eminent position of UMNO within the BN. One of them could be Rais Yatim.

Maybe in the end it would be Tengku Razaleigh Hamzah, with Rais as deputy. It is not the system that is wrong.

For 50 years, half a century, the system had worked well. If it fails today it is not because it is wrong but because the leadership had failed to make it work.

The solution: Remove the leader responsible.

Monday, August 4, 2008

Mengenai Tulisan Joceline Tan (The Star)

Roslan SMS

3hb Ogos 2008 [Ahad] - 02:15PM

Mempertahankan pemimpin yang benar

Sebelum ini saya pernah mengulas berkenaan penulis ini. Betapa beliau kelihatan begitu padat dengan maklumat dan fakta berkenaan PAS seolah-olah beliau orang dalam parti. Sesungguhnya saya memang kagum dengan gaya tulisan dan ulasan Joceline Tan dari The Star, cuma kebelakangan ini saya lihat beliau begitu kaya dengan maklumat yang saya yakin ramai pimpinan dan aktivis PAS sendiri pun tidak tahu.

Apa agenda Joceline hanya beliau dan sumber yang menyuapnya dengan maklumat-maklumat itu sahaja yang tahu?

Saya katakan saya kagum dengan akses Joceline terhadap apa yang berlaku dalam kelambu PAS kerana Joceline dengan “confident” menulis:

At a central committee meeting three weeks ago, while Hadi began to defend the move to talk with Umno, he found that he could not speak and began coughing and gasping for breath. His aides quickly arranged for him to be ferried to hospital.

(Dalam satu mesyuarat JK PAS Pusat 3 minggu lepas, semasa Hadi sedang mempertahankan usaha untuk berbincang dengan Umno, beliau (tiba-tiba) dapati dirinya tidak boleh mengeluarkan suara dan mula batuk-batuk serta menghadapi kesukaran bernafas. Para pembantunya segera mengejarkannya ke hospital)

Masalah kesihatan pemimpin tertinggi PAS yang hanya diketahui oleh kalangan yang beramanah dan rapat dengan beliau sahaja, boleh sampai kepengetahuan Joceline untuk dijadi rencah tulisan!

Dan Joceline menulis bahawa Tuan Guru ketika itu sedang MEMPERTAHANKAN usaha berbincang dengan Umno, seolah menampakkan Tuan Guru lah yang beria-ia mahu berbincang dengan Umno, apa yang mencetuskan keperluan untuk berbincang, asas-asas, dalil dan nasnya tidak pula dibawa. Seolah sebagaimana yang dipopularkan oleh mereka yang prejudis terhadap Tuan Guru Presiden PAS, beliaulah yang “terhegeh-hegeh” mahu berbaik dengan Umno.

Dan yang paling sinis adalah apabila Joceline menyambung:

Some of those present saw it as a divine omen.

Bermakna ada yang hadir (dalam mesyuarat PAS Pusat itu) menganggap keuzuran Tuan Guru Presiden itu sebagai amaran atau petanda dari langit (“omen” mengikut kamus Inggeris – sign, warning, premonition)

Bermakna disamping penganalisa, dengan bantuan sumber yang menyumbatnya maklumat itu, Joceline telah menjadi pentafsir isyarat dari langit, dan boleh membaca bahawa Tuan Guru Presiden kita tiba-tiba keuzuran kerana menerima amaran dari langit!

Saya tidak bimbang langsung tentang bacaan politik dan analisa yang dibuat oleh Joceline berdasarkan sumber yang beliau perolehi dari kawan rapatnya, soal kononnya Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin dan Pesuruhjaya Terengganu Dato Mustapha Ali akan ditembak hidup-hidup dalam muktamar PAS di Ipoh nanti kerana mungkin demikianlah yang dikehendaki oleh kawan rapat Joceline.

Atau apabila Joceline menyatakan yang para ulamak kanan PAS seperti Dato Dr Haron Din, Ustaz Daud Iraqi, Ustaz Harun Taib (yang Joceline gelar “ultra conservative’) bersungguh mempertahankan rundingan dengan Umno, kerana begitulah yang mahu kawan beliau gambarkan kepada umum.

Tetapi yang saya tidak senang adalah apabila Joceline cuba membuat andaian (mungkin dengan bantuan kawan rapatnya) bahawa Tuan Guru Presiden PAS sudah tua dan uzur, beliau menulis:

Besides, the ageing PAS leader has not been in the best of health

Mengapa faktor umur dan kesihatan Presiden dimainkan sebagai isu? Mungkinkah beliau mahu (dengan membantu agenda kawannya) menyampaikan mesej bahawa Presiden PAS sudah terlalu tua dan selalu sakit-sakit, dan pula nak berbaik-baik dengan Umno, musuh nombor wahid PAS, maka layaklah beliau ditukar, begitu?

Ramai lagi dalam PAS yang lebih uzur dan berumur dari Presiden parti. Malah untuk berlaku adil, Presiden PAS sebaya dengan bakal PM Pakatan Rakyat yang tak pula pernah disebut sebagai “ageing”.

Segala persepsi saya berkenaan Joceline ini mungkin tidak benar, mungkin saya terlalu emosional mahu pertahankan Tuan Guru Presiden maklumlah saya Setiausaha Akhbarnya, terpulanglah. Tetapi sebagai seorang ahli parti yang berjuang dan aktif dalam parti secara konsisten (ketika ada pimpinan yang belum pun masuk PAS atau aktif dalam jamaah lain) saya ditarbiyah oleh jemaah untuk taat dan patuh pada beliau selagi mana beliau tidak memimpin membelakangkan syariah.

Alfadhil adinda Ustaz Nasruddin Tantawi dalam blognya dengan jelas menerangkan:

Menjadi kaedah asas dalam gerakan Islam atau mana jua organisasi bahawa pengikut mestilah mentaati arahan pemimpinnya. As Sam’ u wa taah ( dengar dan taat ) terhadap arahan dan kehendak pemimpin dalam perkara yang tidak mengundang kepada maksiat atau mungkar adalah suatu tuntutan bagi amal Islami .

Ketaatan kepada pemimpin dalam gerakan Islam bukan bererti kongkongan yang hanya melahirkan ahli yang patuh membabi buta atau membuta tuli . Tetapi untuk mewujudkan sebuah gerakan yang lancar dan berkesan dalam tindakan . ( sebab itu pemimpin mesti dilantik atau dipilih dikalangan yang terbaik sebab pemimpin mesti dipatuhi dan ditaati .)

Sungguh malang bagi sebuah organisasi yang mempunyai pemimpin dan pemimpinnya dipilih oleh ahlinya sendiri tetapi kemudiannya pemimpin itu tidak dipatuhi , tidak dipercayai malah dicaci maki oleh pengikutnya sendiri .

Benarlah apa yang pernah disebut oleh Saiyidina Omar al Khattab :

Tiada Islam tanpa jemaah, tiada jemaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan

Apakah sudah bermula agenda untuk menyerang pimpinan dan melupuskan konsep Kepimpinan Ulamak yang sama-sama kita bantu dan bina itu? Mungkin tidak, mungkin segala maklumat Joceline ini beliau perolehi terus dari langit, berwaspadalah.

Thursday, July 31, 2008

Muzakarah: Mengenai kenyataan Tok Guru

Mursyidul Am terus mengetuk pintu hati mereka yang insaf
.
Roslan SMS
30hb Julai 2008


Mursyidul Am PAS semakin hari semakin memanaskan suasana. Pada awalnya beliau mencadangkan agar Umno dan PAS, kedua-duanya dibubarkan. Kemudian sama-sama dibina satu parti baru berteraskan Islam demi perpaduan agama dan bangsa.

Mungkinkah ini sahaja cara yang terbaik. PAS dan Umno sudah bertelagah lebih separuh abad. Jalan terbaik adalah penyatuan dan tidak ada penyatuan yang lebih adil melainkan kedua-dua parti dibubar dan ditubuhkan parti baru, itu pandangan Tok Guru Nik Abd Aziz. Samada kita setuju atau tidak, itu pandangan beliau, sewajarnya ia diberi barang secebis penghormatan.

Memanglah cadangan itu sukar dilaksanakan. Mana ada orang Umno yang bersedia untuk membubarkan parti keramat mereka itu sebagaimana mana ada orang PAS yang mahu berbuat demikian.

Tetapi mustahilkah ianya berlaku? Jika agenda penyatuan ummah itu dikira yang paling penting dan utama, apakah ianya nanti akan menggerakkan seribu satu kemungkinan?

Dalam pada orang ramai terkulat-kulat memikirkan cadangan Tok Guru yang mereka sayangi itu, tiba-tiba hari ini tercetus satu lagi idea dari pemimpin veteran PAS itu. Katanya jika terjadi pergabungan itu nanti, yakni Pas dan Umno, maka Hudud dan Qisas yakni undang-undang jenayah Islam bolehlah ditegakkan.

Sekali lagi cadangan ini pasti menecetuskan gelombang perbahasan yang hangat.Kata Tok Guru sebagaimana yang dilaporkan oleh MStar Online:

Cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.

Saya pasti ramai makin terpinga-pinga dan terkulat-kulat lagi berikutan kenyataan Tok Guru ini.

Kenapa Tok Guru bangkitkan isu Hudud dan Qisas sekarang? Tidakkah ini nanti akan mencetuskan kemarahan kawan-kawan kita khasnya dari DAP (termasuk MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain).

Tidakkah nanti semua pihak akan mula curiga kerana dahlah mereka menentangnya, dan PAS pun kelihatan seakan menikuskan agenda itu, tiba-tiba Tok Guru Mursyidul Am menghidupkannya kembali.

Tidakkah nanti akan terganggu sokongan bukan Islam terhadap kita?Mungkinkah nanti akan ada pula cadangan agar dimasukkan Tok Guru dalam senarai mereka-mereka yang wajar dikorbankan, tak silap dah semakin panjang senarai itu. Semakin pupuslah nampaknya kepimpinan ulamak……..habis semua mahu dinyahkan.

Bagi saya kenyataan terbaru Tok Guru ini sewajarnya difikirkan semasak-masak oleh semua pihak yang cemburukan Islam. PAS ini berjuang untuk apa?

Kerjasama dengan BN: Kenyataan Media Presiden PAS


Roslan SMS

Berikut adalah kenyataan media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak PAS:

PAS TOLAK TAWARAN UMNO

TETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN

DEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH

PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)
31 Julai 2008

Tok Guru Hj. Hadi: PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan

harakahdaily

Nyza Ayob dan Intan Abdullah Thu Jul 31, 08 4:34:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit.

"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan.

"Kita mengajak ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama sokong dan dokong perubahan yang hendak dilaksanakan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti."

PAS juga katanya menghargai sokongan bukan Islam dan mereka akan diberikan peranan lebih pada masa akan datang dalam arena politik bersama PAS.

Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyatakan bahawa pihaknya turut menyatakan sokongan dalam isu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Isu tersebut hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam, berdasarkan perlembagaan 121 yakni kes yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Kalau sekiranya ia tidak boleh (dirujuk kepada mahkamah syariah) Umno kena buat perubahan.

"Ya, saya membela siapa yang kena zalim termasuk Dato' Seri Anwar," ujarnya.

Sidang media tersebut diadakan sebaik selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang dibuat secara bulanan, dengan turut dihadiri Majlis Syura Ulama' yang dipengerusikan Ustaz Abdul Hadi.

Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam sidang media tersebut.

Hadir sama, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah salleh.

Tok Guru: Hudud, qisas jika PAS-Umno bersatu

malaysiakini

30 Julai 2008 [Rabu]

Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan Umno menjadi satu realiti, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Namun, bagi Menteri Besar Kelantan itu, cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam, akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.


Sejajar dengan semangat muqabalah untuk membincangkan masa depan umat Islam di negara ini, beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kerjasama Umno-PAS dalam membentuk parti baru perlu berlandaskan kepada Islam, termasuk melaksanakan hukum Hudud sebagaimana ditetapkan oleh agama.


"Yang membimbangkan saya bila kerjasama itu berlaku, ada pihak yang cuba mensabotajkan parti (gabungan PAS-Umno) dengan menganjurkan calon bebas yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Islam mengikut syariatnya bagi melawan calon kita," katanya dalam laporan Bernama.


Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan kempen derma bagi kerja-kerja mengubahsuai masjid Baraah di pusat bandar Kota Bharu hari ini. Nik Aziz berkata berlandaskan semangat demokrasi di negara ini, semua pihak termasuk Umno, kaum Cina dan India boleh mengadakan perbincangan serta mengeluarkan hujah mereka untuk lebih memahami Islam dan syariatnya.


"Saya hendak benar kalau orang Cina dan India kata dia tidak mahu kepada Islam. Di mana tidak kena dengan Islam, boleh tolong beritahu, kita boleh berbincang" katanya.


Namun, katanya, bagi beliau perkara yang paling penting adalah memastikan muqabalah antara PAS dan Umno dapat dijayakan terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan umat Islam.


Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang menawarkan kepada PAS untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam, Nik Aziz berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur esok.

Mesyuarat bersama Pas Pusat dan Majlis Syura Hari Ini

Jawatankuasa Pas Pusat dan Majlis Syura dijadualkan bermesyuarat hari ini bagi membincangkan isu-isu yang banyak diperkatakan akhir-akhir ini terutamanya isu muqabalah, tawaran Umno di Perak di samping membincangkan agenda bagi persediaan untuk Muktamar Agung ke-53 di Ipoh Ogos ini.

Perkara ini telah disahkan semalam oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamarudin Jaafar sebagaimana yang dinyatakan dalam harakahdaily (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16091&Itemid=1).

Diharapkan segala keputusan yang diperolehi dari mesyuarat ini akan meleraikan segala kekusutan yang dihadapi oleh ahli-ahli Pas termasuk Kelab Penyokong Pas mengenai pelbagai pendedahan dan provokasi yang dilakukan oleh Umno.

Tawaran Tajol Rosli tidak bermaruah


harakahdaily

Wed Jul 30, 08 4:57:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland, (GEMARAK) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali menawarkan pembentukan kerajaan baru diantara Umno dan PAS adalah satu bentuk pembelian prisip yang tidak bermaruah.

Setiausaha Gemarak, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mengangggap sebagai sebuah badan non-partisan, Gemarak mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan pertemuan kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat negeri Perak khususnya.
Bagaimanapun katanya, Gemarak melihat mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat perlulah diselenggarakan secara berhemah dan teliti.


Jelasnya, keputusan Pilihan raya Umum ke-12 baru-baru ini jelas menzahirkan suara rakyat Perak apabila Dato' Seri Nizar mendapat sebanyak 442,660 undi DUN (52.45%) berbanding Barisan Nasional yang memperolehi 399,565 undi DUN (47.34%). Manakala undi di peringkat Parlimen, Pakatan rakyat memperolehi 449,193 undi (53.32%) berbanding Barisan Nasional 391,461 undi (46.47%).


Keputusan tersebut katanya sangat jelas menunjukkan rakyat Perak berkehendakkan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS, KeADILan dan DAP sebagai kerajaan untuk memimpin mereka selepas pilihan raya tersebut.


"Walaupun demokrasi membenarkan sebarang bentuk perbincangan dan perundingan. Namun demokrasi ala-Malaysia perlulah diselangi dengan asas akhlak dan prinsip perjuangan.


"Kerajaan Pakatan Rakyat perlulah menilai mandat rakyat yang berani membuat perubahan ekslusif baru-baru ini. Pilihan rakyat Perak untuk menjadi rakyat di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat juga mendapat perkenan Ke bawah Duli Sultan Perak, selaku pemerintah Negeri Perak,"katanya.


Sehubungan itu katanya, Gemarak berharap para pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat Perak perlulah sentiasa berwaspada akan mandat yang diberi oleh rakyat untuk bersama kerajaan Pakatan Rakyat.


Pada 28 Julai lalu, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Perak menawarkan kepada PAS cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.


Beliau menyatakan, Umno juga bersedia menerima wakil PAS sebagai Menteri Besar Perak yang mana beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri.


Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk PAS dan Umno memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.
Kenyataan Tajol rosli itu menerima bantahan banyak pihak.

Tuesday, July 29, 2008

Muqabalah: Helah Atau Demi Perpaduan Ummah?


The Scribe A Kadir Jasin

Tuesday, July 29, 2008

HARAKAHDAILY, pada hari Ahad, 27 Julai melaporkan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mempelawa ahli serta penyokong Umno menyertai PAS bagi memastikan Islam dan nasib orang Melayu lebih terbela.

Akhbar Internet Pas itu memetik Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebagai berkata bahawa muqabalah di antara pemimpin PAS dan Umno boleh diadakan bagi mencari kaedah satu parti sahaja bagi orang Islam dan Melayu di negara ini.

"Ini kerana PAS telah lama berjuang di atas landasan Islam. Saya pun tak faham mengapa orang Umno tidak mahu menyertai PAS, apa yang tidak kena bagi Umno terhadap PAS."Sedangkan kita terima hakikat bahawa Islam mesti diutamakan," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

(Muqabalah diistilahkan sebagai perbincangan/soal jawab/wawancara/pertemuan.)Dalam permainan catur, kenyataan Tok Guru Nik Aziz itu disebut “checkmate” iaitu menyekat atau mematikan pergerakan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi.

Seandainya tujuan Abdullah menghebahkan pertemuannya dengan Pas itu untuk mendapat perbatuan politik (political milage) maka matlamat beliau mungkin tidak tercapai. Sebaliknya ia telah mencetuskan keresahan di dalam Umno dan di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Pada hemat saya, antara matlamat utama Abdullah mendedahkan pertemuannya sebanyak tiga kali dengan Pas adalah:

1. Percubaan menenangkan perasaan ahli dan penyokong Umno yang berasa hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai bangsa induk semakin dipertikaikan dan Abdullah tidak melakukan apa-apa;

2. Cara tidak langsung memberi amaran kepada orang bukan Bumiputera mengenai bahaya mengancam atau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera;

3. Bukti bahawa dia masih berkuasa dan mampu berunding dengan sebuah parti lawan yang kuat; dan

4. Untuk memecahbelahkan gagasan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan syak wasangka di kalangan mereka.

Malangnya, ketidakmampuan Abdullah berartikulasi dan sikap media massa arus perdana yang tidak kritikal, seperti biasa, menyebabkan kenyataan itu menjadi bahan pertikaian dan gurauan.

Sebalik menjawab pertanyaan media secara rasional dan meyakinkan, Abdullah membalas: “Tidak perlu bagi saya memberi butir kerana akhirnya kamu semua akan membuat bermacam-macam spekulasi.”(Akhbar The Sun, 20 Julai -- "There’s no need for me to give you the details because you will end up speculating all kinds of things.")

Mungkin bukan tujuan Abdullah menggabungkan Umno dan Pas, tetapi tawaran Nik Aziz untuk membubarkan Pas dan bergabung dengan Umno bagi menubuhkan sebuah parti Islam yang besar adalah perang psikologi yang mantap.

Dengan merujuk kepada Islam sebagai landasan bagi menyatupadukan umat Islam, Nik Aziz mengepung Abdullah ke suatu penjuru yang sukar baginya untuk melepaskan diri.

Adakah Abdullah dan penyokong-penyokong fanatiknya sanggup membubarkan Umno dan menghumbankan ideologi nasionalisme untuk bergabung dengan Pas dalam sebuah parti Islam yang besar?

Pendukung, ahli dan penyokong Pas tidak akan rugi apa-apa dengan membubarkan parti itu dan bergabung dengan Umno untuk menubuhkan sebuah parti Islam universal kerana ideologi dan perjuangan Islam mendapat anjakan besar.

Seperti biasa, bergegaslah pengikut Abdullah yang setia memberi pelbagai interpretasi dalam usaha mempertahankan ketua mereka dan menjaga periuk nasi.

Mufti pseudo Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang suatu waktu dulu pengikut fanatik Anwar Ibrahim, misalnya mendakwa pendekatan muqabalah itu tidak semestinya membabitkan penyatuan Umno dan Pas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata bahawa konsep muqabalah tidak semestinya menjadi landasan bagi kedua-dua parti untuk membincangkan penggabungan tetapi lebih berupa kaedah membincangkan masalah yang dihadapi negara.

"Apa yang penting muqabalah itu nanti bukan bermakna Pas masuk UMNO atau UMNO masuk Pas. Tidak semestinya kita tidur sebantal mimpi sama, jika bersatu pun masih berlaku perbezaan pendapat, lebih baik lupakan saja,” katanya.

Bagi Pas, ia tidak rugi apa-apa dengan bertemu Abdullah. Pertamanya ia bertemu Perdana Menteri dalam kedudukan yang kuat seletah mengalahkan BN di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang – negeri Abdullah – Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

(Gabungan Pas/PKR memperoleh 34.8 peratus undi popular berbanding 35.5 oleh Umno. Dengan bantuan DAP, gabungan Pakatan Rakyat memperoleh 51 peratus undi popular di Semenanjung.)

Melalui pertemuan itu, Pas boleh merisik banyak rahsia daripada Perdana Menteri. Abdullah tidak terkenal sebagai seorang yang pintar menggunakan maklumat atau berhati-hati menyimpan rahsia.

Pas juga boleh menggunakan pertemuan seperti itu untuk mendalami dan mengukur pemikiran serta keadaan minda (state of mind) Perdana Menteri.

Secara peribadi saya tidak menjangka pertemuan itu akan membawa sebarang hasil konkrit. Ia sekadar ulang tayang cerita lama dengan "promo" baru.

Sebagai Perdana Menteri, Abdullah bebas bertemu dan bermuqabalah dengan sesiapa sahaja. Itu adalah hak dan budi bicara seorang Perdana Menteri. Tetapi sebagai Presiden Umno, beliau terikat dengan hasrat dan pendirian parti.

Saya rasa tidak ramai pembesar dan ahli Umno yang faham, yakin dan gembira dengan langkah Abdullah itu kerana daripada aspek psikologi dan perang saraf, kemenangan nampaknya memihak kepada Pas.

Penggunaan istilah dan bahasa berkod seperti muqabalah dan muzakarah sahaja sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa Pas mempelopori penetapan agenda dan pembentukan pendapat umum.

Ini adalah khazanah bahasa – lazimnya bahasa Arab – yang sering digunakan oleh Pas sebagai senjata melemah dan melembutkan hati orang Melayu yang taasub dengan istilah-istilah yang eksotik yang mereka sendiri tidak fahami.

Pas pastinya tidak mahu mengulangi sejarah disingkir daripada BN seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sebarang pekatan dengan Umno dan BN pastinya dengan syarat yang ketat dan daripada kedudukan yang kuat.

Lagipun, kalau Abdullah dengan bantuan kabinetnya gagal menamatkan “pemberontakan Mercedes” oleh kerajaan “renegade” Ahmad Said di Terangganu, apakah harapan dia melakukan “checkmate” terhadap Pas melalui muqabalah dengan tokoh-tokoh parti itu?

Anekdot: Bekas Ketua Pemuda PKR dan “returnee” terbaru Umno, Ezam Mohd Nor, dilaporkan bersedia mencabar bekas mentornya, Anwar, dalam pilihan raya kecil jika dicalonkan. Bagaimanapun, dia mengaku bahawa harapannya menang adalah tipis memandangkan faktor politik dan ekonomi semasa.

Tajol Rosli gila talak, ajak PAS bentuk kerajaan di Perak?

harakahdaily

Ustaz Idris Ahmad

Tue Jul 29, 08 11:37:06 am MYT

Tawaran kepada PAS, Bentuk kerajaan baru bersama Umno di Perak - inilah tajuk berita Utusan Malaysia 29/7/08. Sah Dato' Seri Tajol Rosli dan Umno Perak gila talak untuk berkuasa balik di Perak.

Apa tidaknya Umno 27 kerusi dan MCA 1 kerusi, yang menjadi Menteri Besarnya ialah Dato' Seri Nizar Jamaludin (PAS) yang dapat enam kerusi. Sebab itu bekas Menteri Besar Perak ini duduk perasan masih berkuasa di Perak. Hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong cuba untuk memancing PAS untuk membentuk kerajaan.

PAS menang kerana sokongan rakyat yang benci dengan Umno-BN yang gagal menjalankan amanah ketika berkuasa. Mereka membiarkan rakyat hidup melarat dan mereka hanya memenuhkan tembolok dan perut masing-masing. Membiarkan rakyat melarat.

Kita tahu sudah ada beberapa percubaan untuk mengajak PAS membentuk kerajaan dan beberapa tawaran yang menarik selelpas PRU ke-12, sehingga menggunakan tokoh-tokoh agama untuk mempengaruhi PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Menggunakan bermacam-macam kaedah Usul Feqh 'Irtikab akhaffu dhararain' (mengambil antara dua darurat yang lebih ringan).

Apabila kalah Umno sudah pandai mencari kaedah Usul Feqh. Nampaknya pemimpin Umno-BN apabila kalah baru nampak cerdik. Keangkuhan tercabut apabila tidak ada kuasa. Sama seperti Dato' Zainudin Maidin bekas Menteri Penerangan yang paling cerdik di dunia.

Selepas PRU ke-12 dia kata supaya Umno lupakanlah untuk tawan Kelantan. Sekarang tidak dengar suaranya langsung. Saya duduk tenguk juga dekat Sungai Petani, manalah tahu kalau dia sedang berniaga nasi kandar lepas kalah pilihan raya. Lepas kalah baru dia tahu Rabu, Khamis, Jumaat.

Di Perak, talak yang berlaku hari ini ialah talak tiga, bukan talak raj'i (boleh rujuk). Talak tiga kalau hendak rujuk kena suruh bekas isterinya kahwin lain dengan lelaki lain dan bersetubuh kemudian bercerai, apabila habis idah baru boleh berkahwin. Itu pun kalau suami keduanya mahu cerai, kalau tidak gigit sikulah jawabnya.

Tajol Rosli kena ingat kemenangan Pakatan Rakyat hasil daripada perjuangan dan keringat pejuang kebenaran dan keadilan. Kemenangan yang diperolehi terpaksa mengorbankan tenaga, wang ringgit, dipukul oleh FRU, hidu gas pemedih mata, disepak dan ditendang oleh FRU.

Pejuang juga terpaksa berhadapan dengan samseng Umno-BN dalam setiap kali pilihan raya. Pejuang terpaksa bayar dengan harga yang mahal, kerana ada yang dibuang kerja, disekat gaji, disekat kontrak sehingga ada yang muflis, semuanya angkara kerakusan Umno-BN semasa berkuasa.

Kemenangan kami bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi penuh dengan onar dan duri. Tidak ada hajat langsung PAS untuk bergabung dengan Umno kerana kami tidak mahu dipagut dua kali dalam lubang biawak.

Biarlah kami jatuh bangun dengan Pakatan Rakyat dan rebah juga dengan semangat setia kawan. Berpegang dengan peringatan Nabi s.a.w., orang Muslim ia berpegang kepada janjinya. Oleh itu rakyat dan penyokong PAS jangan bimbang tentang PAS.

Parti kita ada organisasi yang mantap daripada Majlis Syura Ulama sehinggalah Syura yang paling besar ialah Muktamar PAS. PAS bukan hak milik peribadi sesiapa walaupun apa jawatan yang ia pegang, tetapi ia adalah milik umat dan ahli PAS.

Mungkin kami selesa kalau menerima tawaran bergabung dengan Umno. Itu hanya sementara sahaja siapa tidak kenal wajah Umno dan pemimpinnya. Kalau sesama sendiri pun mereka tipu dengan politik wang sehingga BPR dipanggil masuk campur. Kami mungkin ditawar dengan nikmat dunia tetapi kami dilaknat dan disumpah oleh rakyat yang menyokong kami.

Kita ada prinsip hidup dan berjuang. Kalau kami mampu menjadi pembangkang selama 57 tahun sejak 1951, apakah kami hendak mengkhianat amanah umat kepada kami. Apakah kami sebagai pemimpin tertinggi di peringkat Pusat yang sudah berada umur separuh abad hendak kesenangan dunia yang sementara. Apa guna zaman kami senang, tetapi anak cucu kami akan kencing di atas pusara kami kerana mengkhianati perjuangan?

Pengalaman kami dalam BN dan ditendang 1977 banyak memberi pengajaran kepada kami. Apabila kami ditendang daripada BN organisasi kami lumpuh, berapa lama kami hendak pulih seperti ini. Ijtimak Ulama PAS yang dibuat di Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu selepas daripada PAS jatuh di Kelantan pada tahun 1978 untuk membawa balik PAS ke pangkal jalan iaitu sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik.

Bermula daripada sinilah munculnya 'Universiti Terbuka' iaitu kuliah-kuliah yang disampaikan oleh pimpinan PAS dengan menanamkan ruh tauhid yang berjaya menjana kekuatan parti sampai hari ini. Markas-markas tarbiyah tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Bermula 1982 PAS di bawah kepimpinan ulama PAS berjaya kembali di landasan yang betul sehingga PAS disertai oleh golongan cerdik pandai. Sebelumnya PAS banyak didukung oleh tok guru pondok dan orang kampung biasa sahaja.

Memang PAS tidak kaya, ahlinya miskin, ahlinya ramai tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, tidak ada tauke arak atau judi yang memelihara kami, tetapi yang ada kepada PAS dan ahlinya ialah Islam. Yang boleh menukarkan kami ialah syurga dan pahala. Biarlah mati daripada hidup bercerminkan bangkai.

Muqabalah: Benarkah PAS beri amaran pada DAP?

tranungkite

Tuesday, July 29 @ 00:57:31 MYT


Berita radio jam 9 malam ini (28hb Julai 2008) mendendangkan isu PAS dan UMNO dengan suatu petikan bahawa (kononnya) PAS memberi amaran kepada DAP agar tidak mencampuri urusannya dengan UMNO.

Malangnya dalam berita tersebut tidak disebutkan siapakah individu dalam PAS yang mengeluarkan amaran tersebut. Presidennye kah atau Timbalan Presiden atau Mursyidul Amnya atau seorang AJK Cawangan PAS?

Sebagai orang Islam kita memang hati-hati dan waspada untuk mempercayai berita yang dibawa oleh si kafir (bukan munafik) UMNO ni.

Nampaknya sehingga ke hari ini, jelas UMNO telah berjaya memerangkap dan menggunakan PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR). Memang diseluruh dunia, Parti Islamlah yang paling senang dianiayai dan tidak keterlaluan jika saya menggunakan istilah 'diperdayakan' oleh parti sekular.

Yang mutakhir ialah di Palestin di mana HAMAS diperdayakan oleh FATAH. Begitu juga di Mesir di mana Ikhwanul Muslimin di perdayakan oleh Gamal Abdul Naseer.

Sifat pemimpin gerakan Islam yang naif, berbaik sangka, tawadhuk, tasammuh dan mesra pelanggan memang mudah dieksploitasi oleh musuh.

Bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli PAS juga bersifat demikian. Dalam jamaah Islam termasuk PAS, memang ada segelintir dari kalangan ahli yang cuba mempamerkan sifat 'low profile' dan beralah dengan musuh kononnya sebagai taktik atau pendekatan untuk mendekati dan melembutkan hati musuh atau 'mad'u'. Golongan ini memang 'gullible'.

Kami kerap menyatakan bahawa dalam PAS kalau ada individu yang pandai bercakap sedikit, atau selebriti, maka pantaslah ia menjadi pemimpin. Kalau Siti Norhaliza atau Mawi masuk PAS, kami yakin, dalam masa setahun, mereka akan jadi pemimpin dalam PAS.

Ini terbukti dengan senario di Kelantan dan di negeri-negeri lain bilamana ada pemimpin UMNO yang masuk PAS, lalu mereka dilantik sebagai senator dan ADUN atau MP. Mereka yang veteran dalam PAS dipencilkan seolah-olah veteran ini tidak layak untuk jadi senator atau ADUN atau MP.

Terdapat juga golongan yang tegas dan tidak mahu berkompromi dengan musuh dan mengambil sikap musuh tidak boleh dipercayai. Tetapi golongan yang kedua ini selalunya dipencil dan diperapkan dalam balang kerana lazimnya mereka dianggap sebagai tidak berilmu dan ekstrim.

Inilah senario sekarang iaitu golongan pertama yang naif tadi memang mudah terperangkap dengan tipu daya musuh walaupun mereka terdiri dari bijak pandai agama. UMNO yang memang terkenal dengan kepakaran dasar pecah dan perintah dan memperbodohkan orang melayu sejak 60 tahun dahulu, dengan memanipulasi media, telah berjaya dengan umpannya.

Kita tidak menyangka ketegasan TG Haji Hadi yang sejak dari tamatnya PRU 12 dengan jelas menyatakan bahawa beliau setakat ini tidak ada masa untuk berbincang dengan UMNO rupa-rupanya ada membuat pertemuan sulit dengan UMNO (mush islan no 1 di Malaysia).

Kita dapat memikirkan apa rasionalnya berjumpa dengan musuh dan pengkhianat agama bangsa dan negara bagi membincangkan persoalan perpaduan bangsa dan kesejahteran agama.

Dalam keadaan gabungan PR di mana DAP yang sentiasa prejudis pada PAS, maka tidak hairanlah DAP marah dengan tindakan pemimpin PAS bertemu dengan UMNO. Mereka ada justifikasinya.

Malah sebilangan besar ahli PAS dari golongan kedua tadi juga marah. Bagaimana seorang imam boleh berbincang persoalan Islam dan perpaduan bangsa dengan seekor syaitan yang mewakili tuannya seekor iblis. Mungkin ulama-ulama dalam PAS boleh menjawab persoalan ini?!!!!..."

PM digesa adakan mesyuarat tergempar BN

malaysiakini

Jul 29, 08 12:36pm

Pemuda Gerakan meminta Presiden Umno, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan isu penggabungan antara Umno dan PAS.

Pengerusinya, Datuk Mah Siew Keong berkata, pergerakan itu memandang berat cadangan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya PAS dan Umno bergabung.

"Penggabungan itu tidak seharusnya berlaku kerana ia tidak memberi kebaikan kepada rakyat dan akan menjejaskan keharmonian masyarakat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata beliau, Pemuda Gerakan telah mencadangkan dalam persidangannya Oktober lalu, supaya semua 14 parti komponen BN digabungkan.

Bagaimanapun, katanya, ia telah ditolak oleh banyak parti komponen BN atas alasan belum sampai masanya untuk berbuat demikian.

"Oleh itu, saya menggesa Datuk Seri Abdullah supaya menimbang semula cadangan penggabungan 14 parti komponen BN, dan bukannya bergabung dengan PAS," katanya lagi.

"Penggabungan antara 14 parti komponen BN menjadi satu parti BN patut diterima sebagai satu langkah menyatupadukan masyarakat Malaysia.

"Sebuah parti yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama akan merupakan satu langkah besar ke arah mewujudkan Bangsa Malaysia," kata Mah lagi.

Beliau berkata, keputusan pilihanraya umum lalu, menjadi bukti bahawa sudah sampai masanya ditubuhkan sebuah parti BN pelbagai kaum.

Muqabalah: Amaran MB Kedah kepada DAP

malaysiakini

Jul 28, 08 9:55pm

Menteri besar Kedah memberi amaran kepada DAP berhubung sikap rakannya itu dalam Pakatan Rakyat yang menghendaki keanggotaan parti Islam dinilai semula susulan berunding dengan Umno.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata PAS tidak akan mengikut telunjuk pihak lain dalam perjuangannya dan DAP "tiada hak menghalang atau menentukan tindak-tanduk PAS", lapor Bernama.

"PAS, DAP dan PKR hanya bekerjasama sebagai satu Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN dalam pilihanraya lepas, bukan gabungan macam BN," katanya.

"Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, mengulas kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh semalam.

Azizan berkata Karpal tidak berhak mempertikai tindakan PAS atau meminta parti itu merujuk DAP atau Pakatan jika ingin berbincang dengan Umno.
"Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu Pakatan Rakyat berunding dengan Umno. PAS sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut)," Azizan sebagai berkata.

Tambahnya, PAS menyambut baik usaha perdana menteri dan juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bermuzakarah kerana PAS telah lama berharap usaha murni itu menjadi kenyataan.

"Cerita PAS mengajak Umno bermuzakarah bukan baru, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan oleh parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan perbezaan PAS dan DAP itu sebagai "masalah politik yang biasa" dalam setiap parti politik.

Beliau, yang juga ketua perhubungan PKR, berkata pergeseran dan perbezaan pendapat bukan sahaja berlaku dalam Pakatan tetapi juga wujud antara komponen-komponen BN.

"Masalah politik ini adalah masalah biasa, dalam Umno pun ada masalah politik, dalam Pakatan Rakyat pun ada perbezaan pendapat tetapi akhirnya tujuan mereka jalankan usaha politik ialah untuk kebajikan rakyat. "Kalau tidak, buat apa mereka masuk politik," katanya, seperti dilaporkan.

Ditanya sama ada beliau berpendapat tindakan PAS mengadakan pertemuan dengan Umno itu bukan satu kesalahan, Abdul Khalid menjawab: "Tak ada, ini politik... saya rasa ia (PAS) akan cuba nilai keadaannya tetapi bagaimanapun kepimpinan PAS, PKR dan DAP menyatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah mantap."

Komen Blogger Mengenai Permohonan Maaf Mahfuz



Tuesday, July 29, 2008

MULANYA saya tidak bercadang untuk memberi reaksi kepada surat permohonan maaf (apologi) Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar. Tetapi selepas membacanya kali kedua teringin pula untuk memberi sedikit komen untuk pengamatan bersama. Mudahan-mudahan ia memberi maaf bersama!

Bagi saya surat permohonan maaf itu tidak perlu dan bukan sesutau yang wajar dilakukan. Ia tidak mendesak untuk Mahfuz berbuat demikian. Kerana itu kepada saya surat seperti itu dilakukan oleh orang yang tidak ada kerja saja.

Sekali imbas surat itu menggambarkan keikhlasan Mahfuz seorang pemimpin Islam yang memperjuangkan Islam menerusi Pas. Beliau tulus dan bermaksud baik. Di samping itu juga ia ingin menjelaskan rasa ketanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin hirerki Islam.
Baguslah sekurang-kurang timbul rasa itu dalam dhamir Mahfuz.

Cuma apa yang menjadi sedikit kemusykilan apakah perlu beliau membuat permohonan maaf terbuka seperti itu. Apakah teruk sangat kecederaan maruah yang dialaminya ekoran beliau diperangkap dalam suasana itu - membuat penafian. Apakah sampai beliau terganggu, tidak boleh berfikir dan dipertikaikan wibawanya oleh seluruh ahli Pas?

Iya kalau salah perlu memohon maaf, tidak kira sesiapa juga. Mereka yang tidak mengaku kesalahan adalah sangat buruk moralnya dan tidak layak menjadi pemimpin!

Namun sebagai pemimpin seseorang itu perlu bijak, berpandangan jauh dan meletakkan harakahnya dalam keadaan terbaik dan mengatasi keperluan dirinya. Seseorang perlu mengorbankan diri untuk mempertahankan jemaah dan jangan meminta jemaah berkorban untuk diri kita.

Cara Mahfuz itu seakan ingin menyalahkan (merendah) pihak lain atas kerja yang beliau lakukan. Ini kerana menurutnya membuat penafian itu – tiada kerjasama Pas dengan Umno kerana beliau diarah berbuat demikian dan tidak pula mendapat maklumat tepat.
Dalam masa sama beliau persoal kepada orang individu yang tidak jujur dalam memberi maklumat sehingga beliau boleh membuat penafian itu.

Penjelasan ini secara tidak langsung Mahfuz mendedahkan kerendahan mutu kerja dan keupayaan beliau berfikir sebagai Ketua Penerangan. Sepatutnya sebelum membuat kenyataan penting, beliau semak dan selidiki dahulu kesahihan atau kewajarannya. Perlu disebut dalam perjuangan (strategi) adakalanya perlu dibuat walaupun ia tidak sahih!

Apakah kerana sudah membuat kenyataan sudah menjadi habit, menyebabkan Mahfuz terperangkjap dalam keadaan ini?

Desakan beliau agar individu yang tidak memberi maklumat tepat berhubung perkara itu agar tampil memberi penjelasan juga dikira tidak patut. Di sini sudah tidak ada semangat berpasukan dan ada unsur-unsur ingin melepaskan leher. Selaku Ketua Penerangan yang telah terlanjur, beliau harus memikulnya sendiri tanpa mengheret orang lain sama. Janganlah menampakkan sangat ketidakcerdikan kita!

Beliau nampak bertanggungjawab, ikhlas tetapi dalam masa sampai ingin melepaskan tanggungjawab dan cuba bermian politik secara halus tetapi sebenarnya nampak kasar. Apakah ini bukan hipokrit?

Demikian juga seruannya kepada pemimpin Pas supaya jujur. Seruan itu nampak bagus, tetapi apakah dengan kedudukan kita dalam hirerki parti wajar membuat seruan begitu. Cara Mahfuz lakukan itu seolah ingin mendedahkan bahawa ada pemimpin Pas yang tidak jujur dalam konteks ini. Apakah tindakan ini bijaksana?

Akhirnya catatan ini saya perbuatkan kerana terpanggil dengan seruan Mahfuz yang berbunyi; “Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini. “

Kepada Mahfuz untuk masa akan datang beliau perlu menilai sesuatu yang hendak diucapkan sebelum melakukannya. Banyak sedikit semakan dan fikir kesan terhadap apa yang dilakukan. Jangan kerana habit dan syok dengan membuat kenyataan sesutau yang tidak sahih dan memberi impak kepada parti pun terlakukan juga. Beliau sebagai pemimpin jangan mengikut telunjuk orang sebaliknya gunakan telunjung kita untuk mengarah orang!

Permohonan maaf Ketua Penerangan PAS berhubung isu muzakarah

harakahdaily

Mon Jul 28, 08 7:18:21 pm MYT

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila 'muzakarah' tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas 'pembohongan' ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa 'jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita'. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.
Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena.

Monday, July 28, 2008

Komen Karpal: Apa Kata Roslan SMS


Jangan guris hati Karpal


Roslan SMS

27hb Julai 2008


Saya pasti ramai yang menonton Buletin Utama TV3 malam tadi. Laporan bertulis berkenaan berita tersebut boleh didapati di Malaysiakini, iaitu kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempersoalkan kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat.


Kata Karpal PAS mengamalkan sifat perkauman apabila berunding dengan Umno atas nama perpaduan Melayu (sebenarnya perpaduan Islam dan Melayu). Lantas tindakan PAS itu tidak lagi sejajar dengan dasar parti beliau Dap dan Pakatan Rakyat katanya. Menurut Malaysiakini lagi:


Karpal turut menyentuh cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam agar Umno dan PAS dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu.


"Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan dan implikasi yang serius," katanya dalam satu kenyataan.


Mungkin ada yang bersetuju dengan Karpal. Presiden dan Mursyidul Am PAS sepatutunya tidak berpendirian begitu. Bukankah Penasihat Dap Sdr Lim Kit Siang (ketika bangkit isu Pemuda PAS mencadangkan perlaksanaan siyasah syariah dalam negeri-negeri dipimpin PR baru-baru ini) pernah berkata bahawa Pakatan Rakyat ditubuhkan atas keyakinan bahawa Malaysia ini adalah sebuah NEGARA SEKULAR.


Jangan bangkitkan hal perpaduan Melayu, malah perpaduan Islam sekalipun.


Kita tidak boleh marah pada Karpal kerana dia kawan kita. Lalu apabila kawan marah-marah pada Presiden dan Mursyidul Am kita sendiri kita seharusnya bersama kawan dan menentang pemimpin-pemimpin kita yang tidak tahu berpolitik itu. Kita seharusnya menyusun inisiatif agar kepimpinan parti kita nanti tiada lagi yang seperti Presiden dan Mursyidul Am, kerana orang seperti mereka walaupun ulamak dan duduk dalam Majlis Syura kita tetapi hakikatnya tidak menghormati kawan yang telah banyak berjasa dan berkorban pada kita.


Ayuh kita arahkan pimpinan tertinggi kita itu memohon maaf pada Karpal.


Atau bagaimana pendirian saudara?

Tok Guru: Bubar Umno dan Pas, tubuh parti baru


malaysiakini


Jul 26, 08 9:49pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.


"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini.


Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.


"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.


Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.


"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.

Friday, July 25, 2008

Muqabalah: Minda Nik Abduh


Hidanganku secangkir kopi panas

24 Julai 2008

Salam Kamunting,

“Hidangkanku secangkir kopi panas.” Begitu isteri saya memahami bahasa hati saya apakala saya memintanya secawan kopi. Ia mesti panas sepanasya.

Bila ia dihidangkan sempurna di atas meja tempat saya membaca, atau menulis, atau mungkin nanti saat saya menonton pasukan premier league saya, Newcastle United menentang Manchester United Ogos ini, jemari saya akan menyentuh perlahan cawan itu dan merasai keperitan panasnya. Jika panas, ia segera menyelinap ke dalam diri menerpa selera di lubuk dalam lalu membukanya. Sebelum lidah bertarung mengurai kepanasan air kopi itu, diri saya telah pun menikmatinya dengan rasa segar membangkit selera.

Jika tidak, saya akan memanggil isteri saya kembali. Bila dia berpusing balik, saya mencebik dan menyengetkan kepala saya. Dia mengetap bibir dan mendengus kemarahan, kadang - kadang melepaskan senjata perempuannya, membebel - bebel entah apa. Ah, saya menikmati telatah seorang isteri yang solehah. Marah itu bukan benci. Marah itu tanda sayang. Marah reda beriring keredhaan. Redha datang bila faham. Isteri saya cukup memahami saya.

Kopi tak panas itu jadi habuannya. Kebetulan ratu permaisuri saya ni suka minum kopi suam. Marah pun reda dan saya menikmati tegukan akhir kopi panas sepanasnya itu pada suhunya yang sudah suam atau langsung dah sejuk.

Aku harap Newcastle aku tak kalah pada Manchester pada perlawanan pembukaan nanti. Aku minat Owen budak baik itu. Sumbat Owen, jangan tak sumbat.

Tetapi sesetengah manusia tak memahami saya.

Bila saya kemukakan nas dan sirah serta praktikal gerakan Islam menghadamkan politik damai dalam perjuangan menuju keredhaanNya, teman yang menghujah saya itu membalas, yalah, nas itu satu hal. Tapi UMNO ni bla bla bla. Taring kemarahan saya segera menyeringai. Kalau tidak kerana saya cepat memacak tanda bodoh jahil di atas kepalanya, pasti saya ketuk kepalanya dengan cawan kopi panas di depan saya lalu berkata, ” Bodoh lebih baik daripada degil. Kamu ni degil.” Kawan saya ini hanya jahil.

Bolehkah anda menghujah nas dengan perkiraan dan jenis strategi bebal otak anda? Saya bacakan nas dan menghurainya, anda pun berkata, “Yang Allah kata tu ye lah. Tapi bla bla bala..” Apa kita diajar beradab begitu di depan Allah? Lihat al Hujurat:1-2.

Hujah nas mesti didepani nas juga. Samada anda datangkan nas lain atau anda mentafsir nas yang sama dalam kerangka ilmu tafsir dan takwil yang dibenarkan. Anda tak boleh menolaknya dengan hujah bengal bingal otak anda. Salah, lemah dan tak beradab namanya di sisi agama.

Jangan jadi sesat seperti segolongan manusia yang melayan ayat al Quran yang memuji kebesaran para sahabat ar Rasul sallaLlhu alaihi wasallam dengan tafsiran dan takwilan sesat demi semata - mata nak menegakkan bahawa kebenaran dan kebesaran hanya milik Ali karramaLlahu wajhahu dan ahlil Bait sahaja, bukan untuk seluruh para sahabat.

Allah menyuruh kita berdamai bila musuh miring untuk berdamai. Abaikan dulu soal tipu daya. Allah bersama kita menolong kita. Jika Pak Lah nak tipu, tipulah. Allah takkan bersama Pak Lah pun. Apa takut? Bila Pak Lah tipu, Allah tipu Pak Lah. Tipah tertipu, Pak Lah lagi tertipu.

Berdamai! Kamu takut? Allah bersama. Dia tunjukkan jalan untuk mengelak daripada ditipu atau, jika Dia benarkan tipu daya berlaku, Dia sendiri ambil risiko tipu daripada kita. Bila dia ambil, sekali lipat Allah pukul balik musuh yang menipu.

Allah tidak membebankan kita dengan risiko rugi ditipu. Allah bebankan kita dengan keberanian untuk berdamai.

Ingat, berani untuk berdamai!

Sesetengah anda takut untuk berdamai. Allah telah menjawabnya. Anda mesti berani untuk berdamai. Allah mahu dan sukakan perdamaian.

Muzakarah itu damai. Muqabalah itu damai. Ia berbeza pada bezanya dan ia sama pada samanya.

Anda melihat balah dua ulama pada sisi pandang balah PAS-UMNO. Ah, langit dan bumi antara keduanya. Mereka menjunjung al Quran sedang yang satu lagi, satunya menjunjung, satu lagi memijak! Samakah?

Sekarang, ayahanda telah kata, tiada beza antara kami. Pertemuan dibenarkan.. Ya, mereka orang politik. Takkan nak bincang matematik. Mereka bincang politik. Politik itu kehidupan. Politik itu dunia dan akhirat.

Sesetengah anda merancang untuk berhimpun di pejabat agung menyatakan sokongan pada tok guru. Apa, kamu ingat menyayangi tok guru adalah dengan membenci tok guru yang lain. Kamu ingat menyayangi Ali adalah dengan membenci Umar. Bodoh..

Perang berjalan, manakala damai, berikan jalan untuknya.

Isteriku, hidangkanku secangkir kopi panas. Aku mahu terus berperang. Damai itu hanya rehat mengesat hanyir darah yang mengalir..

Thursday, July 24, 2008

Muzakarah: Minda MP Kuala Krai

harakahdaily

Umno mencari 'talian hayat' bersama PAS

Basiron Abdul Wahab Wed Jul 23, 08 5:29:43 pm MYT

TEMERLOH, 23 Julai (Hrkh) - Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata krisis dalaman Umno yang meruncing menyebabkan parti itu berusaha mencari 'talian hayat' untuk memulihkannya.

Katanya, antara usaha yang sedang giat dilakukan ialah melalui strategi memecahbelahkan perpaduan Pakatan Rakyat melalui tiga pendekatan berbeza kepada tiga parti utama Pakatan Rakyat iaitu KeADILan, DAP dan PAS.

Umno katanya, menggunakan isu liwat untuk menghancurkan KeADILan, isu agama dan Islam bagi melumpuhkan sokongan masyarakat Cina terhadap DAP dan isu kerjasama Umno-PAS bagi menghura-harakan dalaman PAS.

"Mereka berharap melalui isu-isu berkenaan dengan sokongan media arus perdana yang dikuasainya akan dapat menimbulkan kecurigaan sesama anggota Pakatan Rakyat dan seterusnya melemahkan pakatan itu.

"Selain itu, apa yang sedang dilakukan Umno adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat dan kadar inflasi yang meningkat.

"Apa yang sedang dibuat Umno adalah untuk mengalih perhatian terhadap isu kenaikan kos sara hidup serta perbalahan besar didalam Umno pasca pilihan raya umum ke-12 lalu," jelasnya ketika berucap pada Program Pemuda Bersamamu anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh dikampung Darat Sanggang, dekat sini.

Menurut Hatta, pemimpin dan ahli PAS tidak sekali-kali lupa apa yang Umno lakukan terhadap PAS pada masa lampau.

Isu perpaduan Melayu yang ditonjolkan dengan begitu menarik hanya apabila Umno tersepit pernah dibuat pada tahun 1999, tetapi semasa Umno kuat pada 2004, ia langsung tidak kedengaran tetapi muncul semula sekarang ketika Umno sedang menuju kehancuran.

Bagaimanapun kata beliau, PAS bersikap terbuka dan boleh bebincang dengan sesiapa sahaja (termasuk Umno).

Dr Hatta berkata, PAS kini berada didalam posisi yang kuat, beliau yakin kekuatan PAS tidak akan menjadikanya biduk yang boleh dicatur.

Jelasnya dalam pilihan raya, PAS bertanding di kerusi yang sama direbut oleh Umno, ertinya setiap kerusi yang PAS menangi bererti kekalahan kepada Umno. Setiap kehilangan kerusi Umno adalah penambahan kerusi bagi PAS dan kerusi-kerusi tersebut hakikatnya masih kekal di tangan Melayu.

Justeru katanya, tidak timbul isu kekuatan Melayu terangcam kerana setiap kerusi Umno yang hilang sebenarnya berada di tangan Melayu, iaitu di tangan PAS atau KeADILan.

"Tidak timbul soal isu kedudukan Melayu terangcam kerana setiap kerusi Umno yang hilang itu berana ditangan PAS yang juga Melayu, yang terancam ialah Umno bukanya orang Melayu,"tegasnya.

Beliau menasihatkan ahli supaya jangan panik dengan strategi Umno yang cuba meniupkan sentimen perkauman kerana umno kini berada didalam kesusahan.

"Kita yakin Umno kini berada didalam kesusahan manakala PAS berada di dalam posisi sebaliknya (kuat),"tegasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Bera, Ustaz Sulaiman Mohamad berkata, isu kerjsama Umno-PAS ini adalah strategi Umno.

Katanya, pemimpin Umno dibawah telah pun ditaklimatkan mengenai strategi yang akan diambil oleh para pemimpin parti itu selepas pilihan raya umum lalu.

Menurutnya, maklumat di peringkat akar umbi Umno turut memperkatakan isu penyatuan Umno-PAS. Ahli-ahli Umno ini bercakap kononnya PAS akan diberi tempat di dalam kabinet dan sebagainya.

Perkara sama diakui oleh Bendahari PAS kawasan Bera, Dr (EM) Salim Musa.

Menurutnya para pemimpin Umno di peringkat bahagian turut memperkatakan isu sama seperti yang diperkatakan pemimpin Umno kononya wujud kerjasama PAS Umno.

Malah, kononnya PAS akan memperolehi kerusi tertentu di dalam kabinet dan sebagainya.

Ini bererti Umno telah merangcang isu kerjasama ini sejak parti itu kehilangan banyak kerusi (Melayu) miliknya kepada PAS dan KeADILan dalam pilihan raya umum lalu.