Thursday, June 11, 2009

Tok Guru bidas 'boneka' Umno

malaysiakini

'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan

Jun 11, 09 4:02pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."

Tok Guru sokong Husam dan Mohd Sabu dilantik

harakahdaily.net

Nik Aziz setuju jika terima Husam, Mohd Sabu

Mohd Nor Yahya Thu Jun 11, 09 7:17:57 am MYT

KOTA BHARU, 11 Jun (Hrkh) - Cadangan untuk menerima Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam Dewan Harian PAS Pusat oleh Naib Presiden PAS baru, Dato' Mahfuz Omar dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Tuan Guru, beliau telah mengenali kedua-dua tokoh tersebut agak lama kerana mereka berdua merupakan bekas Naib Presiden PAS sebelum pemilihan baru-baru ini.

"Saya amat bersetuju sekiranya Dato' Husam diterima sebagai salah seorang dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana saya tahu latar belakangnya,beliau merupakan seorang Exco negeri Kelantan yang berkaliber dan sudah tentu pengalaman luas dalam pentadbiran dan politiknya amat berharga,begitu juga dengan Mat Sabu,beliau merupakan tokoh pemidato terbaik bagi saya dan penuh dengan hujah yang bernas,"ujarnya ketika ditemui di majlis penutup Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Malaysia Zon Utara dan Timur Semenanjung kali ke-10 di Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Nik Aziz juga berharap mereka ini diterima dalam Dewan Harian PAS Pusat kerana keduanya merupakan aset yang bernilai tinggi dalam perjuangan PAS dan amat mesra dengan kaum-kaum lain seperti India dan Cina.

"Kita kini dalam menuju ke arah Pilihan raya ke-13,amat wajarlah kedua-dua tokoh ini diterima dalam Dewan tersebut kerana mereka ini mempunyai idea dan pandangan yang luas dan amat rugi kalau tak ambil mereka ni,"katanya lagi.

Namun demikian ini adalah merupakan cadangan dan pandangan dari Naib Presiden PAS yang baru dan terserahlah kepada Presiden untuk mempertimbangkannya. Mesyuarat pertama dijangka diadakan pada hari ini.

Sebelum ini, Husam Musa dan Mohammad Sabu merupakan Naib Presiden PAS Pusat dan telah tewas dalam merebut jawatan Timbalan Presiden daripada Nasaruddin Mat Isa yang berjaya mempertahankan jawatan dengan undi sebanyak 480 undi. - mks._

Kehebatan Kelab Penyokong PAS

harakahdaily.net

KPP punya lebih banyak cawangan daripada PAS di Kuala Selangor
Roy Rasul Sun Jun 07, 09 3:41:38 pm MYT

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Ustaz Abu Kassim Abdullah berkata, adalah mengejutkan apabila beliau dimaklumkan bahawa cawangan Kelab penyokong PAS di parlimen Kuala Selangor lebih banyak berbanding cawangan PAS yang ada di sana.

Semasa mempengerusikan Muktamar hari ini beliau berkata, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad kepada beliau bahawa PAS mempunyai 34 cawangan manakala Kelab Penyokong PAS mempunyai 36 cawangan.
.
"Ini sesuatu yang cukup ajaib, kalau dia patah balik rebah kita," katanya selepas wakil dari Kelab Penyokong PAS Vincent Lee, selesai menyampaikan ucapannya dalam persidangan Muktamar hari ini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Vincent mencadangkan agar slogan 'PAS untuk Semua' dijadikan slogan untuk parti PAS.

Ini katanya, biar PAS menjadi pilihan semua orang.

Tegasnya pimpinan PAS perlu menolak perpaduan dengan Umno dan menjadikan 'PAS the only choice'.

Istilah 'perpaduan' katanya hanya memberikan pandangan 'negatif' kepada bukan Islam terhadap PAS. - mns_