Wednesday, June 18, 2008

Pilihanraya Kecil di Sanglang?


Roslan SMS


Apa yang diharapkan sebagai pengisytiharan kemenangan kepada calon PAS Ustaz Hashim Jasin bagi kerusi DUN Sanglang Perlis siang tadi di Mahkamah Tinggi bertukar menjadi haru apabila hakim memngisytiharkan tidak ada pihak yang menang dan sebaliknya mengarahkan agar satu pilihan raya kecil diadakan.


Menurut fakta kes pihak SPR telah membuat kesilapan dalam penjumlahan undi pada 8 Mac lalu dan sebaliknya telah mengisytiharkan calon BN sebagai pemenang. Kes ini hampir sama dengan kes parlimen Pasir Putih yang melibatkan calon PAS dahulu.


Ini bermakna PAS tidak menambah kerusi sebaliknya terpaksa berhadapan BN dalam pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU ke 12.

Euro 2008: Simpati Buat Perancis

Kumpulan C: Perancis..0 Itali..2

Sedih melihatkan nasib yang menimpa pasukan Perancis pagi tadi.

Semangat setiap pemain berkobar-kobar sebelum direntap oleh dua keadaan yang tidak dijangka serta menyebabkan lumpuhnya harapan mereka dalam menghadapi musuh yang telah merampas kejuaraan Piala Dunia 2006 baru-baru ini.

Pertamanya, apabila Frank Rivery terpaksa diusung keluar akibat kecederaan.



Frank Rivery diusung keluar


Keduanya pula apabila Abidal menambahkan lagi sengsara apabila melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan dengan menyebabkan sepakan penalti serta menerima kad merah.




Kesilapan Abidal menghancurkan segalanya


Saki-baki perjuangan terpaksa digalas sepenuhnya oleh 10 pemain lain yang diketuai oleh Thierry Henry namun gagal menembusi kubu pejal Azzuri.

Tak sabar nak tengok Sepanyol-Itali lepas ni!!

Euro 2008: 100% Untuk Belanda

Sepakan percuma oleh Cristian Chivu


Kumpulan C: Belanda..2 Romania..0


Anak buah Marco Van Basten menamatkan perlawanan kumpulan ini dengan bergaya apabila menundukkan Romania melalui jaringan Klaas Jan Huntelaar dan Robbie Van Persie.


Ini sekaligus meranapkan impian lawan untuk layak ke peringkat suku akhir.


Tahu la jumpa Sepanyol nanti!!