Monday, July 7, 2008

Memisahkan bapa daripada anak isteri adalah zalim

harakahdaily

Ustaz Zainudin Hashim Jul 04, 08 12:24:38 pm MYT

Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya: "Sesiapa yang memisahkan seseorang, maka dia bukan daripada golonganku."

Hadis sohih riwayat at-Tabarani daripada Ma'qal Bin Yasar, sabda baginda lagi: "Sesiapa yang memisahkan ibu daripada anaknya, maka Allah akan pisahkan (orang yang bertindak demikian) antara dia dengan seluruh anggota yang dikasihinya pada hari kiamat." - Hadis sohih riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan al-Hakim daripada Abu Ayyub.

Kedua-dua hadis ini menunjukkan satu ketegasan terhadap perbuatan memisahkan antara seseorang dan orang yang dikasihinya (ahli keluarga seperti isteri, suami, anak-anak) yang dianggap satu tindakan kejam dan pelakunya dianggap sebagai penjenayah, sebab itu baginda tidak memperakui sebagai umatnya pada hari kiamat.

Inilah yang berlaku kepada sistem pentadbiran negara yang berorientasikan Sekularisme yang bertindak zalim ke atas mangsa-mangsa tahanan ISA yang ditahan tanpa bukti kukuh yang disabitkan oleh mahkamah.

Tindakan tidak berperi kemanusiaan itu mengakibatkan pelaksana undang-undang itu ditolak baginda Rasulullah s.a.w. sebagai umatnya pada hari kiamat, akhirnya tidak mendapat sebarang pembelaan untuk mendapatkan syafaat baginda.

Terbaru berita mengenai seorang tahanan ISA yang masuk tahun ketujuh, Shahrial Sirin yang tidak sempat melihat anaknya Almarhumah Aina Mardiah Shahrial buat kali terakhir sebelum menghembuskankan nafasnya di Hospital Kajang kerana tindakan birokrasi yang menghalang ketibaan Shahrial tepat pada waktunya.

Sudahlah beliau ditahan selama tujuh tahun yang sudah lama terpisah dengan keluarga termasuk isteri dan anak-anak, malah tidak berkesempatan untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir (ketika sedang nazak) sebagai penghormatan kasih sayangnya terakhir sebagai kenangan pahit dalam hidupnya.

Apapun kepada pihak berkuasa, tindakan yang dilakukan itu dengan menahan mangsa tanpa bukti, malah tidak disabitkan kesalahan mereka di mahkamah, mereka akan menjadi golongan yang muflis pada hari akhirat.

Inilah golongan yang mana segala kebaikan pahala mereka di dunia walau sebesar Gunung Uhud sekalipun, tetapi jika tidak mendapat kemaafan daripada mangsa, atau kaum kelurganya yang terdekat, maka pahala yang dilakukan itu akan dipindahkan kepada mangsa, dan akhirnya akan dicampakkan dalam api neraka. Maka sama-samalah kita renung ancaman baginda tersebut.

Fatwa Yusuf Qaradawi Mengenai Kes Anwar


Seperti mana diketahui bahawa Prof Dr Yusuf Qaradawi adalah salah seorang ulama semasa yang berkemampuan mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan bebas tanpa rasa takut kepada seseorang pemerintah ataupun negara.
.
Beliau adalah anggota dalam beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islam di Makkatul Mukarramah dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga Markaz Pusat Kajian Islam di Oxford dan begitu juga Majlis Amanah di Universiti Islam Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamih di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie di beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatawa dan Penyelidikan di Eropah.
.
Ada permintaan Fatawa mengenai pendapat syarak tentang tuduhan-tuduhan yang ditujukan oleh Tun Mahathir terhadap Sdr Anwar Ibrahim. Dr. Yusuf Qaradawi telah menjawab persoalan ini.
.
Sila layari http://mujahidhizbullah.blogspot.com/2008/07/fatwa-from-qardhawi-about-anwar-case.html atau http://www.qaradawi.net/others/Mr-anwar-fatwa-m.htm untuk penjelasan lanjut.

Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak

harakahdaily

Mohd Rashidi Hassan Sun Jul 06, 08 7:15:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.

"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak," tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau.
___________________________________________________________
mahathirismail - Sebab tu la ramai pejuang bermati-matian nak tegakkan hudud kat atas bumi ni.. Nak elak kes yang timbul cam ni ler.. Hukuman yang tuhan gariskan dah cukup lengkap dah.. Dalam perlembagaan mana ada sebut pasal sumpah bersumpah dengan nama tuhan dan kitab suci.. Masa terdesak macam ni la manusia baru nak kembali pada tuhan..

Komen Tun Mahathir Mengenai Kes Liwat Anwar



Saya tidak hendak komen berkenaan dengan kes liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang baru kerana saya ingin lihat samada taktik Anwar kali ini sama dengan dahulu - iaitu menuduh ada konspirasi (pakatan) untuk menghalang perjuangan politiknya. Tetapi oleh kerana ramai yang meminta komen saya dalam blog maka saya akan beri pandangan awal saya.
.
Saya terkejut dengan orang yang pertama menyuarakan pandangan yang tak masuk akal berkenaan dengan kes liwat yang baru ini. Kononnya Anwar sengaja menyuruh Saiful buat laporan dia diliwat oleh bossnya supaya Anwar boleh cari perlindungan daripada percubaan membunuhnya. Dengan itu kononnya orang ramai akan bersimpati dengannya.

Jelas yang budak yang di suruh oleh bapa mertuanya hantar passport kepada Anwar, yang amat gembira dengan pembebasan Anwar dan dipercayai terlibat dengan usaha membebaskan Anwar, masih kuat kepercayaannya kepada Anwar dan mencuba menolak tuduhan terhadapnya.

*****

Masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan.Saya ingin perturunkan disini keputusan dua daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar. "Tun Jebat" pada 1hb Julai telah catatkan keputusan ini juga.
.
Keputusan ini berbunyi;"Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".
.
Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah.
.
Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku.
.
Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan.
.
Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas penghakiman dua hakim tadi.
.
Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.
.
Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.
.
Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia.
.
Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah.

Mesyuarat Agung PAS Bahagian Kuala Krai Ke-30


Tanggal 2 Rejab 1429 bersamaan 5hb Julai 2008 yang lalu, PAS Kawasan Kuala Krai mengadakan Mesyuarat Agung mereka kali ke-30 (Sesi 2008-2009).

Mesyuarat ini bertempat di Markaz PAS Kawasan Kuala Krai iaitu berhampiran dengan Pondok Sungai Durian, Kuala Krai.

Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Hj Ahmad bin Awang telah dijemput untuk merasmikan mesyuarat ini yang bermula pada jam 8:00 pagi.

Berikut adalah senarai aturcara majlis;

Jam 8:00 pagi - Pendaftaran Perwakilan

Jam 9:30 pagi - Pembukaan Majlis dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran
.
- Ucapan aluan oleh Setiausaha PAS Kawasan Kuala Krai
(Hj Mohd Nasir bin Che Daud)

- Ucapan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kuala Krai
(Al-Fadhil Ustaz Hj Ibrahim bin Mahmood)

- Ucapan wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan.

- Ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-30
(Ustaz Hj Ahmad bin Awang, Naib Presiden PAS Pusat)

Jam 12:30 tengahari - Rehat

Jam 2:30 petang - Mesyuarat berlangsung

Agenda Mesyuarat

- Membentang dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung Tahunan ke-29

- Membentang dan menerima Laporan Tahunan bagi Sesi 2007-2008

- Membentang dan menerima Laporan Kewangan yang berakhir pada 31hb Disember 2007

- Memilih Perwakilan ke Muktamar Agung PAS Pusat ke-54

- Membahas usul-usul.

- Ucapan penangguhan.