Thursday, June 5, 2008

Euro 2008: Bakat Muda Yang Bakal Menggegar

Gandingan dua pemain muda Perancis, Karim Benzema (jersi no. 20) dari Kelab Olympique Lyonnais dan Samir Nasri (jersi no. 22) dari Kelab Olympique Marseille dijangka antara pemain muda yang bakal menggegarkan kejohanan Eropah kali ini.

Kedua-kedua pemuda ini (diharapkan beragama Islam merujuk kepada nama mereka) adalah pemain pelapis yang disebut-sebut sebagai pengganti lagenda negara tersebut iaitu Zinadine Zidane.

Rumah Siapakah Ini?


Harap jangan tersilap meneka. Ini bukannya rumah ketua kampung aku dan bukan juga milik ketua cawangan PAS Guchil Tengah..

Rumah ini adalah milik Menteri Besar aku. Tempat tinggal, tidur, makan dan berkeluarga di sini. Waktu kerja barulah beliau singgah di kediaman rasmi beliau.


Kenaikan Harga Minyak Terburuk dan Melampau



Sila lihat maklumbalas oleh Pakatan Rakyat mengenai isu ini;
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014958&Itemid=28

Sah.. Aku Kena Beli Basikal Atau Naik Lembu!!

Memang aku naik minyak malam tadi!

Dua hari lepas, kerajaan telah berjanji bahawa paling awal tempoh kenaikan harga petrol/diesel dalam negara adalah pada bulan Ogos nanti. Tiba-tiba petang semalam dengan beraninya (mengambil risiko politik parti pemerintah), PM membuat pengumuman tersebut.

Walaupun dengan nada kesal beliau umumkan perkara ini, tapi aku rasa beliau tidaklah betul mengambil tahu permasalahan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (aku dan orang kampung aku la tu!).

Selepas pengumuman tersebut, aku dapati stesen-stesen minyak di ibukota bagaikan stadium-stadium utama atau lokasi ceramah Tok Guru Nik Aziz dengan kereta yang tidak putus-putus berbaris memasuki kawasan tersebut.

Kesian rakyat (termasuk la aku!).