Wednesday, April 20, 2011

Isu Presiden PAS: Ulasan Tok Guru

Mutakhir ini, pendokong PAS dikejutkan dengan pelbagai berita berkaitan terdapat usaha untuk menggantikan tampuk pimpinan parti Islam ini terutamanya Presiden PAS.

Memandangkan dunia kita ini diterjah dengan sumber informasi yang tidak terbatas (internet), maka wujudlah banyak pandangan yang dilihat ke arah itu selepas Tuan Guru Haji Abd Hadi beberapa kali dipersalahkan atas ujian yang menimpa parti Islam ini dari segi keputusan pilihanraya yang terbaru serta kelemahan seorang pemimpin untuk memperkasakan lagi parti ini bagi menghadapi ujian yang lebih besar di masa hadapan.

Timbul juga beberapa nama-nama segar (mungkin disebabkan usia yang lebih segar) yang dilihat mampu menyuntik semangat di dalam parti apabila mereka ini diberi tanggungjawab mengepalai parti seperti apa yang telah diputuskan oleh PAS Bahagian Bukit Bintang.

Namun begitu, adalah lebih baik kita sama-sama bermuhasabah diri terlebih dahulu bagi memastikan diri kita ini lebih kental dalam menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan sama ada semasa pilihanraya mahupun lain-lain isu yang timbul.

Di samping itu, rujuklah pandangan YAB Tuan Guru Mursyidul Am yang saya lihat cukup tepat dan padat sebagai pemangkin kepada tindakan kita mengenai isu ini.

mahathirismail

*****************************************************

MENGULAS KENYATAAN PAKAR PERLEMBAGAAN, DR. ABDUL AZIZ BARI

Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya. Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Bertarikh : 20 April 2011 M / 17 Jamadil Awal 1432 H

Tuesday, April 19, 2011

Kembalinya Episod Perjuangan..


Setelah hampir 9 bulan blog ini terabai angkara gangguan anasir-anasir luar yang menjejaskan tumpuan penulis terhadap usaha mengemaskini blog ini, hari ini penulis merasakan adalah perlu bagi penulis untuk kembali aktif (mungkin tidak seaktif sebelumnya) dalam membincangkan serta berkongsi maklumat dengan pembaca.

Semoga pelbagai isu yang bakal ditimbulkan selepas ini akan dapat sama-sama memperolehi manfaat dan mempertingkatkan pengetahuan.

Wallahua'lam.

mahathirismail

Sunday, July 11, 2010

2010 FIFA World Cup™: Calon Anugerah adidas Golden Ball Diumumkan

Setelah hampir sebulan, kejohanan terbesar di dunia dan yang paling menjadi perhatian utama masyarakat dunia (2010 FIFA World Cup South Africa™) bakal menutup tirainya selepas pertembungan Akhir antara Sepanyol dan Belanda nanti.

Dalam tempoh tersebut, kita dapat menyaksikan munculnya beberapa pemain yang telah membuktikan kehebatan masing-masing sehingga mampu menjadi tonggak dan harapan untuk pasukan negara masing-masing.

Apa yang lebih menarik ialah terbitnya nama-nama baru yang mampu menenggelamkan beberapa nama hebat yang lain yang telah lama mencipta nama dalam dunia bolasepak bertaraf dunia ini.

Oleh yang demikian, FIFA telah menyenarai pendek nama-nama pemain yang telah mempengaruhi kekuatan pasukan masing-masing sepanjang kejohanan edisi kali ini.

Ramalanku:

Golden Ball: Xavi Henandez (Sepanyol)
Silver Ball: Wesley Sneijder (Belanda)
Bronze Ball: Bastian Schweinsteiger (Jerman)




adidas Golden Ball nominees annaounced
Friday - July 9, 2010

The FIFA General Secretary Jérôme Valcke and adidas Group CEO Herbert Hainer today officially announced the 10 nominees for the 2010 FIFA World Cup™ adidas Golden Ball. The adidas Golden Ball is the official FIFA trophy for the “Best Player of the Tournament”.

The ten nominated players were selected by the FIFA Technical Study Group and includes football experts such as Kalusha Bwalya, Christian Karembeu, Jomo Sono and Gérard Houllier.

Nominees for the 2010 FIFA World Cup™ adidas Golden Ball trophy are: Diego Forlan (URU, shirt #10), Asamoah Gyan (GHA, 3), Andres Iniesta (ESP, 6), Lionel Messi (ARG, 10), Mesut Oezil (GER, 8), Arjen Robben (NED, 11), Bastian Schweinsteiger (GER, 7), Wesley Sneijder (NED, 10), David Villa (ESP, 7), Xavi (ESP, 8)

Accredited media representatives will vote to determine the winners of the adidas Golden, Silver and Bronze ball awards on FIFA.com. The winners will be announced after the final on 11 July.
adidas Golden Ball past winners:

1982 FIFA World Cup™ Spain: Paolo Rossi (Italy)

1986 FIFA World Cup™ Mexico: Diego Maradona (Argentina)

1990 FIFA World Cup™ Italy: Salvatore Schillaci (Italy)

1994 FIFA World Cup™ USA: Romario (Brazil)

1998 FIFA World Cup™ France: Ronaldo (Brazil)

2002 FIFA World Cup™ Korea / Japan: Oliver Kahn (Germany)

2006 FIFA World Cup™ Germany: Zinedine Zidane (France)

FIFA Technical Study Group (TSG)The FIFA Technical Study Group is headed up by Jean-Paul Brigger . Further prominent members of the TSG are Christian Karembeu, Humberto Grondona, Gérard Houllier, Holger Osieck, Leodegar Tenga, Gabriel Calderon, Alvin Corneal, Kwok Ka-Ming, Kalusha Bwalya, Ephraim Matsilele ‘Jomo’ Sono and Jim Selby.

The characteristics of the ten best players for the adidas Golden Ball as identified by the FIFA Technical Study Group (in alphabetical order):

Diego Forlan (Uruguay)
Architect of the team’s attack, very influential, great impact for his team, provider of quality final passes, goal scorer, set pieces/shots from long range

Asamoah Gyan (Ghana)
Huge work rate, efficient, good dribbler, creates problems to each defence, good goal scorer

Andres Iniesta (Spain)
Very fine ball-playing attacking midfielder, a star for the team, impressive dribbling ability

Lionel Messi (Argentina)
Outstanding in his pace and creativity for his team, dribbling, shooting, passing – spectacular and efficient

Mesut Oezil (Germany)
A real talent for the present and the future, quick feet and great vision, good final and decisive passes

Arjen Robben (Netherlands)
Very good pace and dribbling skills, wonderful ability to cut inside from the right, effective to his team

Bastian Schweinsteiger (Germany)
Impressive by his first pass (forward and accurate), very good passer, has moments of individual brilliance, ball-winner

Wesley Sneijder (Netherlands)
A maestro in midfield, exceptional work rate, the engine of Netherland’s attacks, excellent passer and scorer

David Villa (Spain)
Top scorer; quick, two footed, very good on one-on-one situations, provides good final passes, excellent finisher

Xavi (Spain)
The metronome and the engine of the Spanish team, very influential in the passing style of the game, one of the finest midfielders in the tournament