Friday, May 30, 2008

Euro 2008: 'Ayam' Yang Berkokok Diluar Gelanggang

English Premier League... Liga paling hebat di dunia!!

Begitulah anggapan sebahagian besar peminat bolasepak di negara-negara membangun termasuklah masyarakat di negaraku ini. Mereka ini dihidangkan dengan pelbagai bentuk siaran langsung membabitkan pasukan-pasukan dari Inggeris itu dengan diiringi pelbagai rancangan yang berkaitan seperti berita, analisis hingga kepada rancangan kuiz (khususnya di Astro 812).

Bahkan, berita sukan luar negara di TV utama tempatan juga banyak menumpukan kepada keputusan-keputusan yang membabitkan pasukan dari negara tersebut sejak dulu lagi.

Semalam, pasukan England baru je mengalahkan Amerika Syarikat 2-1 dalam perlawanan persahabatan. Itupun, berita yang keluar seakan-akan perlawanan akhir kejohanan besar. Penuh dengan analisis dan sebagainya.

Namun begitu, kualitinya tidaklah se-gah namanya apabila di peringkat kelayakan pun mereka di'lanyak' oleh pasukan-pasukan bukan pilihan seperti Croatia dan Russia (Pasti ramai rakyat Malaysia yang tak kenal langsung nama-nama pemain negara tersebut).

Mereka juga bolehlah digelar 'jaguh kampung'. Hebat di negara sendiri tapi 'hampas yang amat' di negara orang. Memang tak patut layak pun di Euro 2008 Final kerana kejohanan tersebut adalah untuk pasukan yang benar-benar berkualiti dan hebat.

Mungkin pada kelayakan Piala Dunia 2010 pun, mereka menerima nasib yang sama. Bukan kerana nasib tidak baik tetapi memang mereka ni tak layak pun!! Sedarlah wahai peminat-peminat bolasepak yang baru nak mula minat sukan bolasepak antarabangsa. Jangan hanya pandang kelab Inggeris dan negaranya sahaja!!

Thursday, May 29, 2008

Debaran Euro 2008 Bermula

Semalam kesemua 16 pasukan yang layak telah mengumuman skuad penuh mereka untuk kejohanan berprestij ini.

Aku meramalkan Sepanyol bakal menjulang kejuaraan ini walaupun pasukan yang diminati (Croatia) turut menurunkan senarai pemain yang agak digeruni.

Untuk senarai penuh sila layari http://www.euro2008.uefa.com/news/kind=1/newsid=702209.html

Wednesday, May 28, 2008

Tun Mahathir Bersuara Lagi

Sebaik sahaja kembali ke tanahair, sekali lagi mantan Perdana Menteri secara berterusan menyuarakan pandangan beliau mengenai kemelut politik tanahair mutakhir ini. Sekali lagi Dato' Seri Abdullah diserang dengan dilabelkan sebagai pemimpin pemusnah bangsa dan negara.

Untuk mendapatkan kenyataan lanjut, sila layari

Tuesday, May 27, 2008

Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia!!


Terkini! KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.

Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.
'
Untuk laporan lanjut sila layari http://www.harakahdaily.net/
'
'
mahathirismail - Setiap kali aku membuka akhbar ini, mula-mula sekali aku akan membaca ruangan pembaca terutamanya dalam bahagian SMS. Rasa macam anak-beranak pekerja Utusan yang hantar SMS dan artikel tu..
'
Aku layan je macam baca komik. Tak beli pun. Curi baca kat kedai runcit. Berdosa ke agaknya kalau baca ruangan tu tapi tak bayar?

Tiada Lagi Islam Hadhari di Selangor


Alhamdulillah..
Itulah yang terdetik di hati ini apabila menonton siaran berita di TV tempatan malam tadi yang menyiarkan berita mengenai seorang exco kerajaan negeri Selangor mengumukan pengharaman apa-apa program yang berkaitan Islam Hadhari di negeri tersebut.
Insya'allah dengan pengumuman tersebut maka rakyat Selangor khususnya tidak lagi keliru dengan istilah Islam Hadhari yang seakan-akan perkara baru dalam agama yang diwujudkan untuk meyempurnakan agama Islam yang diamalkan semenjak zaman Rasulullah lagi.

Kesinambungan Kerajaan Islam Kelantan


Tuan Guru telah berangkat ke Tanah Suci dengan meninggalkan sementara bumi barakah Serambi Mekah bagi menumpukan sepenuhnya pengabdian kepada Ilahi.
Dalam masa yang sama ia menggambarkan bagaimana situasi masa depan pemerintahan negeri yang tercinta ini andainya Tuan Guru tidak lagi berada di tampuknya.
Sebagai salah seorang pendokong perjuangan serta pimpinan ulama ini, aku amatlah berharap negeriku ini akan sentiasa ditadbir selamanya oleh pemimpin yang bertaqwa dan ikhlas kerana Allah. Pemimpin yang istiqamah menyeru dirinya serta rakyatnya agar sentiasa ingatkan Allah, menjauhi serta menentang kemungkaran habis-habisan.
Amin.

Datuk Husam Memangku Jawatan MB Kelantan

harakahdaily

PENGKALAN CHEPA, 26 Mei (Hrkh) Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa kini menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar selepas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercuti kerana menunaikan ibadat umrah.

Pada awalnya jawatan itu dipangku Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, namun pada pagi Sabtu lalu beliau dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian akibat serangan jantung.

Ekoran itu, jawatan Menteri Besar dipangku pula oleh Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat.

Difahamkan anggota Exco terbabit telah mengadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda.

Perkara itu disahkan seorang lagi anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah ketika ditemui semasa menghantar Menteri Besar bagi menunaikan umrah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebentar tadi.

Lebih 1,000 pemimpin kerajaan negeri, PAS dan rakyat turut berada di lapangan terbang petang tadi. Turut kelihatan anggota Exco, Wan Ubaidah Omar, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Tuan Guru Nik Abdul tiba di lapangan tersebut pada jam 7.10 petang dan sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Turut bersama menunaikan ibadat umrah, isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan dua anak perempuan mereka.

Rombongan Menteri Besar dijangka berlepas ke Jeddah pada kira-kira jam 12 malam ini. Mereka dijadualkan pulang pada 9 Jun depan.

Tok Guru Nik Aziz Akan Berangkat Ke Makkah Jam 3:30 Pagi Ini

msomelayu

Labbikallah hummalabaik. Labbaikallah syariikalabaik. Innalhamda'... wanni'ma, lakhawamuluk, la syarikalak.

(HAMBA-Mu datang menyahut panggilanMu, ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.)

Malam ini jam 8:00 malam Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama 21 orang jemaahanya akan berlepas dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu untuk ke Tanah Suci Makkah Mukaramah, Madinah Munawarah.

Beliau dijangka akan berlepas dari lapangan terbang KLIA Kuala Lumpur kira-kira jam 3:30 pagi nanti menerusi penerangan Kwait Airline.
Nik Aziz akan berada di Makkah selama 15 hari dan dijangka akan pulang ke tanah air pada 9 atau 10 Jun.

Selama beliau dan rombongan menunaikan umrah jawatan MB Kelantan dipangku oleh Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob.

Sementara itu isteri Ahmad Yaacob yang pada mulanya dijadual bersama rombongan Tok Guru terpasa membatalkan niat apabila Ahmad Yaacob kini dirawat di hospital kerana masalah jantung.

TMB itu dimasukkan kelmarin kerana serangan jantung. Keadaannya kini sudah beransur pulih setelah menjalani rawatan angioplasti. Beliau masih ditahan di hospital disebabkan paru-parunya bermasalah.

Kepada Tok Guru serta rombongan diucapkan selamat berangkat semoga diberikan kesihatan berlipat ganda dan kepada Ahmad Yaacob demikian juga adanya semoga dapat menjalankan tugas-tugas sebagai pemangku MB dengan sempurna dan mendapat dokongan dan sokongan seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

Monday, May 26, 2008

Pulau Batu Putih (Pedra Branca)

Gambar di atas diperolehi daripada salah satu web milik rakyat Singapura yang jelas cuba memprovokasi serta tidak mempedulikan sensitiviti rakyat Malaysia.

Amatlah mengecewakan apabila pulau yang menjadi milik kita turun temurun telah berpindah milik kepada pihak lain disebabkan oleh satu 'surat' yang boleh dipertikaikan kredibilitinya.

Namun begitu masih terubat di hati rakyat Malaysia kerana kita masih dapat mengekalkan 'batu' sebagai milik kita dan terlepas sebuah pulau yang diputuskan menjadi milik orang. Betulkah sudah terubat hati ini? Fikirkanlah.

Pusingan Akhir Bolasepak Euro 2008



Kurang daripada 2 minggu lagi (iaitu pada 7hb Julai 2008) akan bermulalah satu lagi kejohanan yang berprestij di Eropah iaitu Kejohanan Bolasepak Negara-Negara Eropah (Euro'08) yang berlangsung selama sebulan di Austria dan Switzerland.

Tanpa kelibat salah satu pasukan yang sentiasa menjadi perhatian dunia iaitu England telah meneggelamkan sedikit kemeriahan kejohanan kali ini. Ini berikutan sejak akhir-akhir ini, kelab gergasi Liga Inggeris banyak menguasai pentas kejohanan Eropah terutamanya Liga Juara-Juara Eropah yang diisi oleh kedua-dua kelab dari negara berkenaan di perlawanan akhir.

Walaubagaimanapun, kehangatan kejohanan ini akan tetap dirasai berikutan kebanjiran pemain-pemain ternama dunia serta bakat-bakat baru yang bakal menggegarkan dunia bolasepak mutakhir ini.

Saturday, May 24, 2008

Kereta Berkuda Citrawarna

Terdapat dua buah kereta berkuda untuk membawa DYMM Sultan Kedah ke Majlis Citrawarna dari Kompleks Kementerian Kewangan ke Palace of Justice.

(Kelihatan gambar jejaka 'macho' sedang menguji kenderaan tersebut).



Persediaan Majlis Citrawarna di MOF


Pemandangan di hadapan Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya pada jam 7.00 malam. Walaupun kelihatan agak suram tetapi masih lagi kelihatan ceria hasil daripada kerja-kerja penyelenggaraan.
Timbalan Yang Di Pertuan Agong (DYMM Sultan Kedah) dijadualkan akan tiba pada jam 9.00 malam. Kelihatan sekumpulan pemain muzik orkestra bersiap sedia di hadapan Dewan Serbaguna untuk persembahan ringkas untuk baginda Tuanku.

Friday, May 23, 2008

Citrawarna Malaysia 2008

Pesta Citrawarna Malaysia akan diadakan di Putrajaya esok dan dijangka puluhan ribu pengunjung akan mengunjunginya.

Aku mungkin adalah salah seorang daripada mereka yang sibuk membuat persediaan bagi majlis ini terutamanya dalam memastikan sistem cahaya di Bangunan Kompleks Kementerian Kewangan (termasuklah bangunan Kompleks KDRM dan Jabatan Akauntan Negara) berfungsi dengan baik.

Untuk makluman, pada sambutan tahun lalu, pemandangan kompleks ini pada waktu malam sangat 'menggerunkan'. Seakan-akan 'rumah hantu' disebabkan kebanyakan sistem pencahayaan yang bermasalah dan gagal berfungsi.

Diharapkan pada tahun ini keadaannya berbeza sedikit dan tidaklah sampai menjadi seperi 'funfare'.

Mercu Tanda ke Kampungku

Setiap kali jika anda pergi ke Kelantan melalui Lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang, anda pasti melihat replika buah manggis berhampiran simpang tiga Kuala Krai dan Kota Bharu.

Di sini anda sebenarnya sedang berada di kawasan Kampung Guchil kira-kira 5oo meter dari kampungku.

Apabila UMNO Pupus

Tak sabar rasanya nak tengok UMNO pupus. Aku cuba bayangkan keadaan tanahairku ini tanpa UMNO.

Ramai orang memikirkan bahawa hanya UMNO sahaja yang mampu mentadbir negara. Tanpa UMNO mereka fikir negara akan huru-hara, hancur, muflis dan sebagainya.

Aku yakin pegangan 'tahyul' mereka ini akan sedikit demi sedikit hilang dan mereka ini akan berfikiran dengan lebih terbuka.

Thursday, May 22, 2008

Gambar Yang Paling Tak Ingin Dilihat

Berdarah hidung gua tengok... Terima je lah..

Bola Sepak Memang Kejam

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2008 di Moscow pagi tadi benar-benar membuatkan hati ini cukup terasa.


"Tuhan maha kuasa!". Itulah letusan hati ini di kala bersendirian di rumah menonton perlawanan tersebut secara langsung dari siaran TV Astro. Walaupun skrip perjalanan perlawanan ini seakan-akan berakhir dengan apa yang difikirkan secara logik namun segalanya berubah dalam sekelip mata.

Wednesday, May 21, 2008

Liverpoolfc.TV Vote: LFC Player Of The Season


LFC record signing has already enjoyed a record-breaking debut season at Anfield - and now Fernando Torres has capped a dream year by being officially named Liverpool's Player of the Season.

The Spanish star - with 33 goals to his name already in a red shirt - was the overwhelming winner in our online poll, picking up more than three quarters of all the votes cast.

Steven Gerrard - runner-up to Jamie Carragher in this category last season - again has to be content with a second placed finish, just ahead of fellow midfielder Javier Mascherano.

The top five in the Official Player of the Season vote is as follows:

Fernando Torres: 78%
Steven Gerrard: 8.2%
Javier Mascherano: 6.9%
Jamie Carragher: 1.2%
Dirk Kuyt: 1%

English Heavyweights Out to Make History

Please visit www.uefa.com for detail analysis, comments from both teams.

Anak-Anak Orang Berada

Siapakah gerangan ini? Kerabat diraja? Jutawan?

Walaupun mempunyai kereta mewah (jarang terdapat di Malaysia) tetapi dengan rendah diri menikmati air bungkus dan nasi lemak untuk santapan malam.

Alangkah bertuahnya kalau sesiapa jadikan beliau ini menantu.

Jejaka Yang Tidak Dijangka

Jika anda bertembung, bertemu, bertentang mata, bertegur sapa atau minum semeja dengan 'jejaka' ini, maka disarankan agar lebih berhati-hati.

Walaupun penampilannya agak kemas, rambut belah tepi, hidung kembang kempis serta bulu matanya yang sentiasa terurus, tetapi beringat-ingatlah.

Dari lagak tutur bahasanya yang lemah lembut serta penggunaan bahasa sastera yang tinggi serta sebutan 'baku'nya yang mantap, diharapkan agar jangan mudah tergoda.

Bersambung....

Kenangan KISAS 1994-95


Hampir 13 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan dan hampir tempoh itu juga aku tidak berhubung lagi dengan bekas-bekas rakan sekelas terutamanya mereka yang pernah berada dalam Tingkatan 5 Sains 2 tahun 1995 (gambar di atas).

Tuesday, May 20, 2008

UEFA Champs League 2008 Final


Pertembungan sesama kelab Inggeris (Manchester United dan Chelsea) mungkin menghidangkan aksi yang agak membosankan. Di harapkan kedua-dua kelab ini tidak terbawa-bawa dengan aksi yang biasa ditonjolkan dalam liga tempatan mereka.
Semoga The Blues dapat 'melumpuhkan' keegoan peminat tempatan The Red Devil awal pagi esok.
*Sentiasa merindui aksi Fernando Torres.

Dr. Mahathir Keluar UMNO

Sejarah pengunduran bekas presiden parti dari UMNO telah berulang kembali. Perkara ini amat menarik minat para pemerhati politik yang menantikan kesan daripada tindakan tokoh tersebut terhadap landskap politik negara.

Dimulakan Dengan Bismillah

Assalamualaikum warahmatullah.

Ruangan ini hanyalah untuk tujuan percubaan semata-mata dan sebarang perkara yang membangkitkan ketidakpuasan hati amatlah dikesalkan.