Tuesday, May 27, 2008

Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia!!


Terkini! KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.

Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.
'
Untuk laporan lanjut sila layari http://www.harakahdaily.net/
'
'
mahathirismail - Setiap kali aku membuka akhbar ini, mula-mula sekali aku akan membaca ruangan pembaca terutamanya dalam bahagian SMS. Rasa macam anak-beranak pekerja Utusan yang hantar SMS dan artikel tu..
'
Aku layan je macam baca komik. Tak beli pun. Curi baca kat kedai runcit. Berdosa ke agaknya kalau baca ruangan tu tapi tak bayar?

1 comment:

zap said...

wei.....
itukah dosa mula2 yang boleh berlaku pada manusia...
mula2 bukak paper dah tu baca dah tu tak bayar.....
pastu kene sound ngna tuan kedai

"DEII TAMBI!!....MAU BELI KA TAKNAK?"

haha...

p/s : ko tahu saper antar sms tuh...
sumer menteri2 belako yang antar..
paling banyak antar KJ...
cuba ko baca blog die..komen sumer bagus2