Monday, June 30, 2008

Sheikh Abdullah Fahim: Ketua Dewan Ulama PAS pertama


harakahdaily

Isnin 30 Jun 2008 25 Jamadil Akhir 1429 Hijrah

Mohd Fadli Ghani, Jabatan Arkib PAS Thu Jun 26, 08 5:08:45 pm MYT

Kepulangan Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini.

Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah.
Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an.

Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.

Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.

Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.

Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara.
Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai �Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah�. Perkataan �al-Wathaniyah� atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya.

Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).

Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed.

Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar.
Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.

Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang.
Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.

Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.

Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya.
Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya.
Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.

Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga.

Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir.
Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.

Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama.
Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.

Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut.
Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.

Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955.
Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di �Arabic School, Kepala Batas� iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.

Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.- tajdid _

Euro 2008: Player and Team of the Tournament

http://www.uefa.com/



UEFA EURO 2008™ Player of the Tournament

Spain midfielder Xavi Hernández has been named as the Castrol Player of the Tournament for UEFA EURO 2008™ after his stirring displays aided his nation to the title.




The UEFA Technical Team has named its UEFA EURO 2008™ Team of the Tournament, with no fewer than nine Spanish players being named in the final 23.

Team breakdownThe nine-strong group of experienced football technicians who have followed every game at the tournament decided the final selection, and the success of Luis Aragonés's side was underlined by the fact that nine Spain players made the final cut, with the remainder of the squad comprising three players from beaten finalists Germany, four from Russia, two each from the Netherlands and Portugal and a single player representing Turkey, Croatia and Italy.


UEFA EURO 2008™ Team of the Tournament

Goalkeepers: Gianluigi Buffon (Italy), Iker Casillas (Spain), Edwin van der Sar (Netherlands).

Defenders: Bosingwa (Portugal), Philipp Lahm (Germany), Carlos Marchena (Spain), Pepe (Portugal), Carles Puyol (Spain), Yuri Zhirkov (Russia).

Midfielders: Hamit Altıntop (Turkey), Luka Modrić (Croatia), Marcos Senna (Spain), Xavi Hernández (Spain), Konstantin Zyryanov (Russia), Michael Ballack (Germany), Cesc Fàbregas (Spain), Andrés Iniesta (Spain), Lukas Podolski (Germany), Wesley Sneijder (Netherlands).

Forwards: Andrei Arshavin (Russia), Roman Pavlyuchenko (Russia), Fernando Torres (Spain), David Villa (Spain).

viva espana.. i hope that these kind of performances will be maintained until the next world cup..

Euro 2008: Skrin Besar di Sri Pentas


Aku dan rakan serumah telah merancang untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Euro 2008 awal pagi tadi di Sri Pentas, Bandar Utama memandangkan inilah kali pertama sejak aku mengikuti perkembangan pasukan ini layak ke perlawanan akhir.

Memang ramai peminat berpusu-pusu ke dataran di hadapan Sri Pentas dengan pelbagai aktiviti dan persembahan artis-artis tempatan (yang aku rasa memang takde kaitan langsung dengan siaran langsung ini). Suasana amatlah meriah dan agak terkawal.

Sempat juga aku mengambil kesempatan bergambar dengan selebriti TV3 (Ally Iskandar dan Akbar Sahari) di samping meninjau perjalanan siaran langsung Sorak Borak Euro di TV3 yang sebelum ini hanya dapat disaksikan melalui kaca TV sahaja.

Apa-apa pun, terima kasih di atas kesudian selebriti tersebut yang sudi meluangkan masa bergambar dengan kami.


Bersama Ally Iskandar



Bersama Akbar Sahari selepas rancangan Sorak Borak Euro

Macam tak caya ramai sangat sokong Sepanyol... Yang aku tahu orang Malaysia ni tak leh lari dari pasukan antarabangsa England..

Euro 2008: Sepanyol Juara!


Akhir: Jerman..0 Sepanyol..1

[Stadion Ernst Happel - Vienna]

Penantian selama 44 tahun berakhir awal pagi tadi apabila jaringan Fernando Torres pada minit ke-33 melengkapkan perjuangan pasukan kesayanganku ini sepanjang Euro 2008 di Switzerland dan Austria.


Fernando Torres menyungkil bola melepasi jangkauan Jens Lehmann


Jerman tampak tempang sama sekali walaupun sesekali menggugat kubu lawan pada 10 minit pertama. Namun, penguasaan keseluruhan perlawanan ini jelas milik Sepanyol yang dibarisi oleh barisan yang amat seimbang (dari benteng pertahanan, tengah hingga kepada penyerang tunggal).

Tiada lagi semangat keramat yang menjadi tradisi skuad Jerman dalam kejohanan berprestij seperti ini.


Bastian Schweinsteiger terpaksa dipujuk oleh Joachim Leow


Viva Espana! El campione de europe!

Kes Liwat: Kenyataan Blog Anwar (Ketiga)



Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.
Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM

Kes Liwat: Kenyataan Media Anwar (Kedua)



JUN 29, 2008, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Kedutaan Turki

Saya mengeluarkan kenyataan ini dari Kedutaan Republik Turki di Kuala Lumpur. Saya dihantar ke kedutaan tersebut awal pagi ini kerana menyedari nyawa saya di dalam bahaya. Saya berterima kasih kepada mereka yang menawarkan bantuan di saat yang memerlukan dan saya terhutang budi kepada Duta Turki di sini atas kesediaan beliau untuk menerima saya.

Semenjak dari pilihanraya 8hb Mac, ada beberapa sumber yang boleh dipercayai dari dalam kerajaan dan juga perisikan tentera yang menasihati saya bahawa terdapat agen-agen kepimpinan Barisan Nasional telah pun memulakan plot untuk mencederakan saya, keluarga saya serta penyokong saya. Saya diberitahu kemungkinan adanya usaha untuk membunuh saya sebagai salah satu cara untuk menidakkan kehendak rakyat dan untuk mengakhiri proses perubahan yang sudah pun bermula di Malaysia.

Meskipun berhadapan dengan ancaman yang bertujuan untuk menutup mulut saya, keterangan baru mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan jenayah di dalam memalsukan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998 akan tetap didedahkan kepada umum.

Tuduhan yang dibuat pada hari Sabtu tersebut tidak lebih dari satu ulangan peristiwa yang berlaku pada tahun 1998 apabila saya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, lalu dikurung dan dipukul, kemudiannya didakwa serta disabitkan bersalah di atas perbuatan yang tidak saya lakukan oleh sebuah mahkamah kangaroo.

Penipuan ini jelas dirancang oleh kepimpinan korup Barisan Nasional yang menggunakan seluruh aparat kekuasaan kerajaan termasuklah dengan mengawal badan kehakiman, pihak polis dan juga cengkaman ke atas media perdana. Perancangan jahat ini diulangi oleh kerajaan Barisan Nasional, bertujuan untuk melemahkan arus perubahan dan pembaharuan yang meletus semenjak pilihanraya Mac 2008.

Saya ingin menyatakan kepada keluarga saya, rakan-rakan dan juga penyokong di Malaysia bahawa saya berada di dalam keadaan selamat dan tetap teguh seperti sebelumnya untuk terus berjuang demi Malaysia yang bebas dan adil.

ANWAR IBRAHIM

Kes Liwat: Kenyataan Blog Anwar (Pertama)



— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

Kenapa Hamba Allah Ini Cuba Dihina Lagi?


Cukuplah dengan segala dosa yang terpalit kepada pimpinan kerajaan dahulu. Janganlah pula ditambah lagi dengan pendekatan jijik yang sama. Adakah kerajaan sekarang hendak tunggu bala dari tuhan yang diturunkan di muka bumi dahulu barulah hendak menghentikannya?


Aku sungguh sedih dan amat kecewa dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Tuduhan yang sedahsyat ini amatlah tidak perlu dipraktikkan dalam dunia politik negara kita ini. cukuplah dengan apa yang ada, yang telah ditimbulkan, yang telah dimusnahkan sebelum ini.


Semoga Allah S.W.T. menurunkan 'balasan-Nya' di dunia lagi ke atas kesemua mereka yang terlibat.


Amin Yaa Rabbal 'Aalamin.

Friday, June 27, 2008

Euro 2008: Sepanyolku Ke Akhir

Kelas tersendiri..

Begitulah yang dapat aku simpulkan mengenai apa yang telah berlaku di Stadium Earnst Happel, Vienna awal pagi tadi.

Pendekatan yang tepat sebagaimana dirancang oleh pengemudi skuad Sepanyol, Luis Aragones membuahkan hasil apabila hampir kesemua gerakan pasukan lawan berjaya dikekang.

Penantian selama 44 tahun berakhir setelah Sepanyol melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan sejak menjuarainya pada tahun 1964.

Berikut adalah aksi-aksi penting yang dirakam dalam perlawanan tadi.



(1-0) Xavi Hernandez meraikan gol selepas menampan sepakan Iniesta


(2-0) Daniel Guiza menguis masuk hantaran Cesc Fabrigas




(3-0) David Silva merembat bola melepasi jangkauan Igor Akinfeev

Awas Jerman..

Euro 2008: Hiddink-Arshavin Gagal Julang Rusia

Separuh Akhir 2: Rusia..0 Sepanyol..3



Guus Hiddink merenungkan punca persembahan anak-anak buahnya



Andrei Arshavin gagal mempamerkan kehebatan yang dimilikinya


Di sinilah pejalanan mereka akhirnya terhenti..

Keadaan hujan lebat, padang yang basah serta kilat bersambutan seakan-akan memberi isyarat menandakan bahawa perjuangan singa-singa Rusia berakhir di sini.

Persembahan yang malap, kaku serta tampak tidak berkeyakinan pemain-pemain Rusia jelas memberi peluang kepada lawan mereka mengambil kesempatan sepenuhnya.

Frust gak tengok match tadi.. Harapkan saingan sengit tapi Rusia kaku sama sekali.. Walaumacamanapun tahniah Rusia..

Thursday, June 26, 2008

Kerjasama dengan Umno boleh timbulkan masalah - Nik Aziz


Harakahdaily
Salmah Mat Husain Wed Jun 25, 08 7:41:04 pm MYT
KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) � Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan parti itu akan menghadapi masalah apabila meneruskan cadangan berunding dengan Umno.

"Mengadakan pakatan PAS dan Umno sebagaimana sebelum ini akan berlaku seperti di Kelantan pada tahun 1970-an di mana wujudnya Berjasa dan Bebas pada waktu itu.

"Kalau kita ambil kesempatan berunding pula dengan Umno, jahanam habislah.. bahkan Muktamar PAS yang bakal diadakan di Perak Ogos depan akan menjadi medan mengamuk penyokong.

"Oleh yang demikian saya ulangi dan tidak akan ada pertemuan atau rundingan dengan parti itu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersama beberapa pemimpin lain bergegas ke Kuala Lumpur petang tadi bagi menghadiri mesyuarat tersebut.

Menurutnya mesyuarat itu akan membuat keputusan berhubung dakwaan kononnya akan berlaku kerjasama PAS dengan Umno.

"Masalah besar iaitu perpecahan dalam PAS sebagaimana sebelum ini akan berlaku akibat kerjasama seperti yang dijalinkan suatu ketika dahulu," ujarnya.

Sedangkan kata beliau tokoh-tokoh Umno Kelantan telah menyertai PAS sebelum pilihan raya umum yang menggambarkan PAS kini semakin mendapat sokongan semua pihak.

Tambah beliau rakyat Kelantan di luar negara juga turut menyatakan sokongan terhadap PAS kerana mereka yakin terhadap perjuangan parti itu.

Bagaimanapun katanya, pertemuan individu di antara pemimpin PAS dan Umno tidak akan dihalang dan ia terbuka bila-bila masa.

"Penyertaan ahli Umno bersama PAS sebenarnya bukan melompat parti sebaliknya kembali pada ajaran Islam sebenar," katanya. - mj _

Euro 2008: Previu Separuh Akhir 2

Sepanyol lwn Rusia

[Earnst Happel - Vienna]

Tekanan jelas buat skuad Sepanyol bagi mengulangi kegemilangan 44 tahun yang lalu. Setelah sekian lama tidak sampai ke tahap seperti ini, maka di sinilah peluang mereka mengembalikan hak yang sepatutnya mereka kecapi.



Fernando Torres dan David Villa sedang menjalankan latihan


Tentangan Rusia pada perlawanan nanti amatlah sukar untuk ditafsir atau dijangka memandangkan pakar strategi mereka (Guus Hiddink) pastinya mempunyai pelbagai resepi bagi menjinakkan skuad yang membelasah mereka di peringkat kumpulan baru-baru ini. Kehadiran Andrei Arshavin juga bakal merubah rentak tempo perlawanan ini.



Guus Hiddink memberi taklimat buat pasukan Rusia

Euro 2008: 'Fairytale' Turki Berakhir


Separuh Akhir 1: Jerman..3 Turki..2

Akhirnya pasukan yang paling menonjol dengan semangat kebangkitan dalam kejohanan edisi ini (Turki) terpaksa akur dengan takdir mereka.

Jelas sekali jaringan minit-minit terakhir Phillip Lahm meruntuhkan semangat melawan skuad Turki ini.


Tahniah buat Turki kerana berjaya menghasilkan satu tentangan yang cukup kuat dalam perlawanan ini walaupun tanpa beberapa tonggak mereka akibat kecederaan dan penggantungan.

Sakit hati jugak tengok siaran langsung perlawanan ini pagi tadi.. Beberapa kali berlaku masalah teknikal yang menyebabkan Astro terputus hubungan dengan liputan perlawanan ini..

Hampir keseluruhan separuh masa kedua, aku dan semua customer kat kedai mamak agak berang dengan situasi ini..

(0-1) Sentuhan Ugur Boral cukup untuk menewaskan Lehmann



(1-1) Schweinsteiger berjaya menampan masuk hantaran silang Podolski



(2-1) Miroslav Klose meraikan gol kedua Jerman



(2-2) Semih Senturk menyempurnakan hantaran lintang Sabri Sarioglu




(3-2) Phillip Lahm tenang menewaskan Rustu Recber



Apa nak buat.. Kalau Aku kaya, sah aku dah ada kat Basel, Switzerland dah..

Wednesday, June 25, 2008

Harakah Dua Kali Seminggu



Alhamdulillah..


Setelah begitu lama aku menantikan penerbitan yang lebih kerap buat akhbar ini, akhirnya pada 23hb Jun yang lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kebenaran bagi pengeluaran dua kali seminggu.


Sekurang-kurangnya ia mengubat sedikit kerinduan terhadap tulisan-tulisan para pejuang Islam di bumi Malaysia ini walaupun diri ini amat berharap agar akhbar ini dijadikan akhbar harian.


Memang amat berkesan tindakan kerajaan pusat menghadkan pengeluaran Harakah kepada 2 minggu sekali sebelum ini. Umat Islam yang terlalu dahagakan info dakwah terus terpinggir dan amat kecewa dengan keputusan tersebut.


Diharapkan agar arahan KDN itu akan berkekalan selepas ini bahkan diberikan lebih ruang kepada Harakah untuk terus memacu info dakwah di negara ini.

Tuesday, June 24, 2008

Setelah enam tahun, kehilangan Ustaz Fadzil masih terasa


Harakahdaily


Muna Izzah Fadzil Mon Jun 23, 08 6:58:50 pm MYT


Tanggal 23 Jun datang lagi. Sudah 6 tahun tarikh sedih ini bermula dengan pemergian dan kehilangan seorang baba dan suami kepada anak-anak serta isteri yang tercinta ke rahmatullah.


Dan kepada penyokong-penyokong serta pendokong-pendokong parti islam dalam negara jua luar negara juga merasai kehilangan tokoh ilmuan dan dan pemimpin sebuah jamaah yang mendokong perjuangan Islam ini.


Al-Marhum Fadzil bin Mohd Noor, sekiranya masih hidup, telah berusia 71 tahun pada 13 Mac yang lepas.


Namun dalam usianya 65 tahun, beliau meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang menyerangnya, susulan daripada pembedahan koronari di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 10.30 pagi.


Sejak kecil mengenali kematangan hidup, dan kematangan itulah yang dibawa hingga kini walaupun jasadnya sudah tiada.


Oh ya, ada sesuatu fakta yang perlu saya perbetulkan di sini iaitu selalu mereka yang menulis mengenai baba,bahawa beliau sejak kecil adalah anak yatim. Sebenarnya tidak.


Ayahnya meninggal dalam than 1972 dan ibunya meninggal dalam tahun 1997. Dan juga ketika hayatnya beliau tinggal di Alor Setar dan bukannya di Muassasah. Hanya tempat persemadian beliau sahaja di Muassasah seperti yang beliau wasiatkan.


Bermimpikan 'Baba'


Terima kasih. Semua yang mengenalinya sudah maklum bahawa ketika hayatnya beliau sangat komited dengan apa yang diperjuangkan dan dilakukan dalam setiap perkara yang dilakukannya.


Perwatakannya yang kadang-kadang diam tetapi sangat prihatin dan kadang-kadang banyak bercakap, menjadi ingatan setiap yang mengenalinya. Bagi seorang anak, mewakili adik-adik, serta menantu juga cucu, dan terutamanya mama saya, tidak pernah lekang ingatan kami terhadap beliau.


Mimpi mama sering dikunjugi baba dan kami akan bermimpi baba sekiranya kami punya masalah atau terlalu rindukan beliau. Itu sahaja pengubat rindu kami.


Pemimpin datang dan pergi, namun seorang baba pasti dan tidak akan ada penggantinya. Berbalik kepada pandangan pendokong Islam, pemikiran dan kepimpinannya sangat dirasai.
Banyak perkara yang dilakukan, dengan kuasa Allah telah membuahkan hasil berkat usaha beliau dan sahabat-sahabat pimpinan yang lain dan semua pihak.


Seringkali saya ditegur kenalan-kenalan baba yang menyatakan mereka terasa kehilangan beliau. Saya hanya mampu tersenyum dan menghargai semua itu. Tetapi kadang-kadang terasa kehilangan sahaja tidak mencukupi.


Mengkagumi pemikiran beliau sahaja juga tidak mencukupi. Saya bukan yang layak menyatakan perkara ini, tetapi saya melihat, pemikiran beliau harus dilebar dan diperkembangkan lagi oleh kepimpinan yang ada.


Kepimpinan yang ada kini bagi saya sudah cukup dibanggakan, dan hebat dalam memimpin organisasi. Wajah-wajah muda beriringan dengan mereka yang sudah berpengalaman akan menjadikan Parti Islam Semalaysia makin dapat diterima kawan dan lawan.


"Pengorbanan perasaan yang paling sukar dilakukan,"itulah ungkapan Al-Marhum yang sering diluahkan.


Sebelum ini saya tidak begitu menghayati luahan hati tersebut, namun apabila saya berada dalam Nisa, Puan Mastura sering menyatakan ungkapan ini dalam perjumpaan kami.


Setelah mengharungi susah payah di dalam Nisa, saya makin mengerti ungkapan baba ini. Beliau sebenarnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya dengan melontarkan ungkapan tersebut.


Memang benar pengorbanan harta benda, wang ringgit, tenaga serta masa bukan sesuatu yang sukar untuk diberi, namun perasaan amatlah sukar untuk dikorbankan.


Kini saya makin mengerti, kenapa baba diam apabila orang mempertikaikan keputusannya dan kenapa beliau juga tersenyum apabila orang tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan.


Jarang sekali beliau membebel di rumah bercerita mengenai masalah dalaman parti, kerana baba perlukan hiburan di rumah iaitu kasih sayang dan bebelan mama dan anak-anak. Itu yang membahagiakannya.


Beliau tidak perlukan perbahasan politik di rumah, kerana sakit yang dirasai dalam hati, dipendam dan dikorbankan ego serorang pemimpin. Kami mungkin tidak mengetahui bagaimana beliau berhadapan dengan suasana politik yang sebenar ketika itu dan mungkin anda semua yang lain lebih mengetahuinya.


Lempar dengan batu,dibalas bunga


Namun kami memerhati siapa sahaja yang ber'deal dengannya.Kami memerhati sikap orang terhadapnya, dan bagaimana reaksi beliau terhadap segala sikap itu. Dan di situ kami belajar banyak perkara.


Saya tidak pasti apa yang orang lain belajar daripada pemikiran beliau tetapi saya belajar ungkapan yang saya sebutkan tadi. Pengorbanan perasaan dalam jamaah sangat sukar dilakukan.


Ada kalanya kita memberi bunga, kita dilemparkan dengan batu. Dan ketika itulah , adakah kita akan bertindak dengan membaling batu juga? Kerana itulah terdengar pulak ungkapan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekiranya orang lempar batu pada kita, kita balas dengan bunga. Dan ketika itulah pengorbanan perasaan dilakukan. Adakah anda mengerti rantaian ungkapan-ungkapan ini?


Kematangan dalam kepimpinan politik,keterbukaan, kasih sayang, pandai menghargai adalah antara watak-watak beliau yang saya secara peribadi mengakagumi beliau.


Kepetahan berpidato adalah pelengkap dirinya yang dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjalani tugasannya sebagai Ketua Pembangkang dan ahli dewan undangan negeri dan ahli parlimen. Kini saya merindui kepetahan itu di kalangan sahabat-sahabat beliau di dalam Parlimen.


Sudah pasti al-marhum berasa gembira dengan kemenangan PAS dan rakan kongsi PAS yang lain, dan sekiranya itu, beliau juga dan sudah pastinya pemimpin terdahulu tidak mahu kita semua mempersiakan peluang yang sudah diberi Allah.


Pemikiran beliau dan mereka yang telah pergi, mestilah digarap bersama dengan pemikiran yang ada kini supaya tampak parti yang didokong ini maju dari segi kematangan politik serta akhlaq yang baik. Ketika senang, ujiannya pasti lain dan lebih menguji diri.


Saya sebagai anak pasti merasa bangga dengan beliau tapi saya lebih merasa bangga sekiranya pemikiran beliau bukan sahaja diwacanakan TETAPI diaplikasikan bersama untuk maju ke depan. Terima kasih kepada anda semua yang menjadi penyambung warisan kepimpinan dan teruskanlah usaha-usaha yang baik.


Kami semua mungkin tidak mampu menjadi seperti anda yang berada secara langung dalam arena politik kerana jawatan dan kepimpinan bukannya warisan turun temurun tapi percayalah darah yang mengalir di dalam tubuh al-marhum ada dalam diri kami, dan secebis kata baba, kebaikan dan dakwah boleh dilakukan dalam setiap perkara.


Tidak terhad kepada politik sahaja, tapi akedemik, kekeluargaan dan apa jua yang bidang yang diceburi.Buat yang terbaik dan yang termampu. Sudah pastinya kami bersama anda semua, insya-Allah, dan pesanan itu yang dipegang sehingga kini.


Terima kasih kepada En Rashidi yang meminta dituliskan sesuatu pada hari ini untuk disiarkan di Harakah.Dan kepada Dato' Kamarudin Jaafar dan Pimpinan PAS yang lain, serta sabahat baik baba, Pak Cik Ismail Mina, sekalung penghargaan dan terima kasih kerana sudi untuk menganjurkan Majlis Tahlil beliau walau tarikh terpaksa dienjak sedikit.


Dan ucapan terima kasih khusus mewakili mama saya yang kini berada di Mesir dan kami sekeluarga untuk Pak Cik Latif, bekas peneman Al-Marhum yang ditugaskan membawa kereta baba ketika hayatnya, yang hingga kini tidak pernah lupakan kami semua dan tidak pernah berhenti bertanya khabar kepada kami. Itu sudah cukup membahagiakan kami.


Dan kami mengucapkan terima kasih di atas doa dan ingatan semua anda di luar sana , para pencinta Islam, para penyokong, para sabahat dan sesiapa sahaja terhadap beliau. Tidak terbalas jasa anda semua terhadap semua ingatan itu. Permohonan maaf jua dihulurkan sekiranya ada kesalahan yang dilakukan ketika hayatnya.


Dan kepada baba, biar bertahun lagi hidup kami di dunia ini, dirimu tak pernah kami lupakan dan setiap detik, baba ada di dalam jiwa kami dan pasti kami berdoa kita dapat berkumpul bersama seperti dahulu untuk berjumpa Allah di akhirat sana.Al-FATIHAH.


* Muna Izzah Fadzil adalah anak perempuan almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. _

Euro 2008: Previu Separuh Akhir 1

Jerman lwn Turki

Jika melihat kepada senarai penggantungan serta kecederaan pemain untuk perlawanan ini di awal pagi esok, jelas memihak kepada pasukan Jerman.

Ketiada hampir kesemua tonggak utama Turki seperti Volkan Demirel, Servit Cetin, Nihat Kahveci, Emre Biozoglu, Tuncay Sanli dan Arda Turan jelas bakal mengundang aksi tempang dari negara yang banyak mempamerkan kebangkitan luar biasa ini.

Andai Jerman berjaya dijinakkan, maka saya yakin pasukan ini bakal menjuarai kejuaraan yang berprestij ini buat kali pertama dalam sejarah negara mereka.

Monday, June 23, 2008

Sempena 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat


Roslan SMS

(berikut artikel yang terbit dalam keluaran khas Harakah)


PAS menyertai PRU ke 12 pada 8 Mac, 2008 lalu dalam keadaan memiliki kerjasama politik bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui Barisan Alternatif. Disamping itu ia juga memiliki persefahaman politik dengan DAP khasnya dalam mengelakkan pertandingan 3 penjuru.


PRU ke 12 telah menunjukkan semangat tolak-ansur dan diplomasi politik PAS ditahap yang sangat matang dan membanggakan. Dengan takdir Allah swt, PAS dan rakan-rakan dikurniakan kemenangan bukan hanya berjaya mempertahankan Kelantan yang merupakan kubu PAS sejak tahun 1990 malah berjaya juga menguasai negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.


Hasil dari kemenangan luar biasa inilah maka disepakati pula dan ditubuhkan Pakatan Rakyat iaitu gabungan kerjasama politik antara parti-parti PAS, DAP dan PKR untuk mentadbir dan menguruskan keempat-empat negeri baru ini bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional.


Bagi PAS sendiri bertapak sebagai kerajaan khasnya di Kedah, Perak dan Selangor walaupun atas nama gabungan ini, merupakan suatu saat yang sangat bersejarah dan bermakna kerana PAS telah bertempur dan berkorban sejak awal tahun 50an lagi di negeri-negeri berkenaan.


Sudah tentulah pengorbanan, air mata dan doa mereka yang terdahulu menyumbang ke arah kejayaan ini, dan ianya jangan sekali-kali dilupakan oleh seluruh ahli parti.


PAS kini bukan lagi pembangkang di negeri-negeri baru ini, tetapi PAS sudah menjadi sebahagian dari kerajaan. Di Kedah dan Perak contohnya, PAS memegang jawatan Ketua Eksekutif negeri iaitu Menteri Besar manakala di Selangor tiga orang pemimpin kanan PAS memegang jawatan EXCO dalam kerajaan negeri.


Oleh itu pendekatan PAS di negeri-negeri ini perlulah melalui transformasi, bukan lagi sebagai pembangkang seperti dahulu tetapi kini sebagai kerajaan dan pemerintah. Usaha dan tindakan PAS selama menjadi pembangkang sebelum ini kini perlu diterjemahkan kepada perlaksanaan dan gerakerja.


Kerana itu diperingkat ini, dengan kemenangan yang diberikan Allah swt, PAS perlu mengembelingkan tenaga dalamannya untuk memperteguhkan kedudukan disamping memantapkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat ini. Usaha-usaha menambahkan keahlian dan cawangan-cawangan perlu menjadi keutamaan dan dipertingkatkan lipat kali ganda lagi agar parti menjadi semakin mantap dan menyeluruh pengaruhnya dan terus boleh menyumbangkan ke arah penguasaan yang lebih besar selepas ini.


Selain itu PAS perlu menyumbang secara efektif di dalam negeri-negeri yang diwakilinya agar mesej perjuangan PAS tidak luput atau dikompromi dengan kemenangan sementara yang dikurniakan Allah swt ini. PAS bukan "sleeping partner" tetapi PAS adalah rakan kongsi yang aktif dan berperanan. Wakil-wakil PAS di dalam kerajaan dari Menteri-menteri Besar ke ahli-ahli EXCO, ADUN-ADUN, ahli-ahli majlis PBT, ketua-ketua kampung dan JKKK jangan lupa akan tanggungjawab dakwah mereka dan syarat serta batasan ikatan tahaluf siyasi yang ditarbiyahkan oleh jamaah.


Prinsip perjuangan yang dipertahankan dengan darah dan air mata oleh para pejuang PAS sejak awal penubuhannya, terus-menerus sehingga kini, wajarlah terus menjadi matlamat perjuangan kita dan sentiasa dipertahankan. Di sinilah semua pihak dituntut agar bijaksana dan berhemah dalam memimpin dan memegang amanah agar kerajaan ini dapat terus kekal dan dalam waktu yang sama matlamat perjuangan parti sentiasa terpelihara. Dari situlah nanti kita akan dapat menambat hati dan minat rakyat khasnya masyarakat Melayu Islam dan yang bukan Islam agar memandang tinggi dan menghormati kita sehingga terdorong untuk menyokong kita dimasa-masa yang akan datang.


PAS ditubuhkan sebagai sebuah parti Islam dengan dasar dan matlamat yang jelas dan ia akan terus kekal demikian jika pemimpin dan ahli-ahlinya istiqomah dalam perjuangannya. Kini PAS dikurniakan Allah peningkatan dengan kejayaan di negeri-negeri yang dimaksudkan, disamping harapan positif di negeri-negeri lain termasuklah Terengganu, Pahang, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.


Lantas melalui Pakatan Rakyat, PAS perlu bebas terus memacu mesejnya, dengan menyumbang secara positif ke arah pentadbiran yang telus, bersih dan bertaqwa di negeri-negeri baru ini, semoga nanti yang telah ada terus dikuasai manakala yang baru pula jatuh satu-persatu ke dalam gengamannya.


mahathirismail - Rugi betul tak pegi Stadium Shah Alam malam Sabtu lepas..

Euro 2008: Juara Piala Dunia Kempunan


Suku Akhir 4: Sepanyol..0 Itali..0 (Sepanyol menang penalti 4-2)

Satu-satunya juara kumpulan, Sepanyol, layak ke separuh akhir walaupun ramai menjangkakan bahawa Itali bakal melengkapkan kemaraan pasukan-pasukan naib juara kumpulan.

Namun, aku agak terkejut melihatkan kemampuan Iker Casillas dalam menghadapi sepakan penalti memandangkan rekod beliau agak kurang memberangsangkan dalam situasi seperti ini.

Walaubagaimanapun, seperti dijangkakan, Gianluigi Buffon tetap gagal dalam meneka arah sepakan penalti lawan.


Iker casillas menyelamatkan sepakan penalti Danielle De Rossi


Cesc Fabrigas melengkapkan kemenangan Sepanyol



Walaupun game sangat boring tak macam Rusia main tapi tetap puas hati.. Viva espana!

Euro 2008: Revolusi Rusia


Suku Akhir 3: Belanda..1 Rusia..3

Kelas tersendiri..

Itulah manifestasi persembahan pasukan Rusia dalam menenggelamkan bintang-bintang bolasepak Belanda.

Guus Hiddink turut mengajar pasukan negara asalnya bagaimana bermain bolasepak cara yang betul.

Andrei Arshavin sekali lagi memainkan peranan utama dalam merancang serangan bertali-arus serta seringkali membuatkan penjaga gol Belanda, Edwin Van Der Sar bekerja keras.




Jaringan pertama Pavlyuchenko




Ruud Van Nilsterooy menyamakan kedudukan


Ambik ko Belanda.. Dah takde dah wakil Manchester United dalam Euro 2008... Misi selesai..

Euro 2008: Turki Masuk Hantu!


Suku Akhir: Croatia..1 Turki..1 (Turki Menang Penalti 3-1)

Sekali lagi semangat kebangkitan yang menakjubkan telah menjulang Turki ke separuh akhir.

Walaupun aku rasa tandukan jaringan Ivan Klasnic merupakan sentuhan terakhir perlawanan, tetapi dengan sedikit masa di'beri' oleh pengadil perlawanan jelas digunakan sepenuhnya oleh skuad Turki.



(1-0) Tandukan Ivan Klasnic ketika penjaga gol Turki berada di luar posisi



(1-1) Rembatan Semih Senturk pada masa kecederaan meranapkan harapan Croatia



Rustu Recber menyelamatkan sepakan penalti Mladen Petric


Walaupun dua-dua team yg aku minat, tapi frust gak sebab ramai pemain Turki tak dapat main di semi nanti.. Kalau Croatia, confirm Jerman kena belasah..

Friday, June 20, 2008

Euro 2008: Previu Suku Akhir 2

Croatia lwn Turki

Tekanan jelas lebih ke atas Croatia jika dilihat pada tiga perlawanan terakhir mereka. Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Turki yang dianggap underdog.

Realitinya begitulah jika dibandingkan dengan perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi. Portugal tentunya gagal memanfaatkan reputasinya sebagai juara kumpulan A dan Jerman jelas bermain di luar tekanan.



Sesi latihan pasukan Croatia




Nihat bersama rakan sepasukan


Aku dalam dilema.. Tak tahu nak support yang mana satu sebab kedua-dua pasukan ini aku cukup minat. Tak sangka pulak jumpa kat suku akhir..

Euro 2008: Pengalaman Bawa Jerman Ke Separuh Akhir

Suku Akhir 1: Portugal..2 Jerman..3

Setelah 12 tahun mencuba, akhirnya skuad Jerman kembali menempatkan diri ke tempat empat pasukan terbaik Eropah. Pendekatan yang dibawa oleh Jurulatih Jerman khusus untuk menentang barisan pemain berbakat Portugal jelas membuahkan hasil.


Pasukan Portugal seakan-akan kaku sepanjang perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi dan ini memberi kesempatan untuk Jerman menggandakan asakan ke kubu lawan.



(1-0) Bastian Schweinsteiger meraikan gol pertama Jerman

(2-0) Miroslav Klose menanduk masuk sambil dicabar Cristiano Ronaldo


(2-1) Nuno Gomes merembat bola melepasi Per Mertesacker

(3-1) Micheal Ballack menanduk bola sepakan percuma Schweinsteiger


(3-2) Helder Postiga menanduk bola hantaran lintang Nani




Padan muka Portugal.. Heheh..