Wednesday, June 11, 2008

Akhirnya Rakyat Selangor Dapat Air Percuma

Malaysiakini

Kira-kira sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 1 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pagi ini.

Manifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma - atau potongan RM11.40 - akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh menteri besar.

MCPXTan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar.

Syabas kelmarin menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan Selangor yang terlibat dengan syarikat pengurusan air tersebut.

Ruslan berkata Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pagi Isnin. Ruslan berkata cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.

Abdul Khalid berkata bil air yang mengandungi potongan itu akan diterima mulai 15 Jun ini, manakala pengguna yang telah mendapat bil lama sebelum tarikh tersebut akan menerima potongan yang sama dalam bil bulan depan.

[Berita penuh akan menyusul di http://www.malaysiakini.com/]

mahathirismail - Kesian kerajaan negeri.. Susah betul nak tolong rakyat.. Banyak sangat halangan/gangguan.. Walauapapun, sekurang-kurangnya mereka berusaha kearah itu. Bukan hanya mengumumkan tidak mampu melaksanakan tanpa sebarang usaha.

Tahniah Selangor!

No comments: