Tuesday, June 17, 2008

Euro 2008: Previu Perlawanan Terakhir Kumpulan C


Terdapat pelbagai kebarangkalian mengenai pasukan mana yang akan layak ke peringkat suku akhir nanti selepas keputusan diperolehi daripada dua perlawanan pagi nanti.


Yang pastinya, Belanda telah mengesahkan tiket ke peringkat seterusnya sebagai juara kumpulan walau apa pun keputusan daripada perlawanan terakhir mereka.


Manakala, ketiga-tiga pasukan lain turut berpeluang mencuri satu lagi slot bagi mengiringi pasukan Belanda selaku naib juara kumpulan.


a. Romania akan layak jika tanpa menunggu keputusan perlawanan yang satu lagi, jika mereka menewaskan Belanda.


b. Itali hanya memerlukan keputusan seri untuk layak jika Romania tidak menang (seri atau kalah).


c. Perancis perlu menang dengan mengharapkan Romania seri atau kalah.


Gua rasa Itali pergi!!

No comments: