Kini, hampir sebulan aku tidak pulang ke kampung halaman. Walaupun sebulan itu bukanlah tempoh yang panjang bagi warga lembah Klang yang tidak pulang ke kampung di Pantai Timur.
Tapi, bagi aku, ia adalah satu temph yang lama. Setiap kali pulang, aku akan memastikan cutiku ini merangkumi Hari Jumaat (cuti umum bagi rakyat Kelantan) kerana pada hari tersebut barulah kurasa aku benar-benar berada dalam negeri Serambi Mekah ini.
Pelbagai aktiviti keagamaan samada dikampungku (Kuala Krai) bahkan di ibu negeri menjadi pengisi kepada kehidupan masyarakat di sini. Kuliah YAB Tok Guru Menteri Besar pada malam Jumaat di rumah beliau (Kg. Pulau Melaka) disambung dengan Kuliah Pagi Jumaat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Kota Bharu benar-benar menjadikan masyarakat sekitar terdedah dengan ilmu kerohanian.
Perkara ini amatlah sukar untuk aku perolehi di Lembah Klang lantaran kesibukan mencari rezeki serta dengan suasana sekeliling yang terdorong kepada sikap materialistik.
Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan jiwa ini dapatlah di'tarbiyyah' di negeri yang berkat ini.
No comments:
Post a Comment