Roslan SMS
Saya sungguh terkilan apabila seorang pemberita kanan dalam akhbar The Star boleh menulis dengan panjang lebar bahawa PAS kononnya diambang perpecahan.
Satu kumpulan dibelakang Presiden dan satu lagi dibelakang Mursyidul Am menurut Joceline. Isunya kerana kononnya satu pihak mahu keluar dari Pakatan dan bercantum dengan Umno manakala satu lagi tidak mahu.
Siapakah yang menyodok Joceline dengan maklumat-maklumat ini?Saya mengesyaki demikian kerana Joceline tiba-tiba ada maklumat tentang pertemuan Presiden PAS dengan Ikhwan kononnya di London. Tahukah Joceline. Ikhwan atau Muslim Brotherhood itu apa atau siapa?
Kata beliau ianya badan yang PAS anggap sebagai "senior Muslim brother" dan Presiden PAS ke sana untuk mendapatkan fatwa mereka. Kalau pun benar maklumat ini tidakkah peyampai maklumat tadi sedar yang ia membocorkan sesuatu yang pasti suatu rahsia dalaman, atau memang maklumat ini perlu dibocorkan atau bagaimana?
Kata Joceline satu kumpulan dalam PAS diketuai oleh kebanyakan mereka yang dari Terengganu sebenarnya rimas dan tidak selesa dengan sikap DSAI yang liberal terutama dalam hal-hal berkaitan Islam. Dan mereka juga tidak lagi dapat bekerjasama dengan DAP kerana tentangannya terhadap perundangan dan pentadbiran Islam. Malah katanya kumpulan ini hampir bertemu dengan pimpinan tertinggi Umno sehingga ianya dikesan dan ditentang oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Abd Aziz.
Jadi menurut Joceline, ada dua kumpulan dalam PAS, satu yang pro Umno dan satu lagi mahu kekal dalam Pakatan.PAS adalah sebuah gerakan Islam, berjuang, bergerak dan mendidik ahlinya hatta sanggup mati untuk Islam. Perbezaan pandangan dalam jemaah adalah sesuatu yang lumrah namun apa pun keputusan tertinggi dalam partilah nanti yang muktamad dan akan dipatuhi oleh para pendukungnya. PAS sekarang kukuh membela dan mempertahankan Islam sebagai asas dan dasar perjuangannya, soal yang dilontarkan oleh Joceline tidak akan menarik PAS sehingga berpecah dua atau tiga, tetapi sebaliknya akan lebih mengukuh dan merapatkan kekuatannya.
Saya yakin dan percaya seluruh saf kepimpinan parti sayang dan bakal mempertahankan perjuangan suci ini, Allah tujuan kami, Rasulullah ikutan kami, al Quran dustur kami, jihad jalan kami.................
No comments:
Post a Comment