Thursday, July 3, 2008

Terkenang Masa Kes Khalwat Mat Sabu Dahulu

harakahdaily


"Tok Guru pesan sabarlah dalam hadapi dugaan" - Anwar

Wan Nordin Wan Yaacob & Azamin Amin Foto Nasir Sudin Wed Jul 02, 08 5:30:52 pm MYT
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang tadi.

Dalam pertemuan dua mata itu antaranya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), kata Anwar ketika mengulas pertemuan tersebut.

Ujar Anwar Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa kesalnya dengan taktik kotor dan berterusan yang dihadapi kini.
.
"Tuan Guru berkata kepada saya, supaya sabar dan katanya adatlah seumpama 'pohon tinggi maka gelobang laut atau angin yang datang ia akan terkena juga' sabarlah dalam hadapinya," katanya.
.
Anwar mengucapkan terima kasih kepada kesudian Tuan Guru Nik Aziz mengunjunginya tatkala Ketua Umum KeADILan itu berhadapan dengan dugaan tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertemu kira-kira 45 minit dengan Anwar dan meninggalkan pejabat Anwar pada jam 4.50 petang.

Menteri Besar Kelantan itu yang datang dengan jubah putihnya ditemani dengan pemandu dan beberapa orang pegawainya, sementara Anwar turut ditemani Naib Presiden, Sivarasa Rasiah./wann _

___________________________________________________________________

mahathirismail
.
Tok Guru sekali lagi cuba menenangkan pemimpin (yang menentang kerajaan persekutuan) yang ditimpa musibah fitnah sebagaimana yang telah menimpa Mohd Sabu sekitar tahun 1994 yang lalu.
.
Beliau yakin pemimpin ini cuba dihina sedemikian rupa dan hanya mampu mendoakan serta memberi nasihat agar bertenang.
.
Pada tahun 1994 yang lalu, Mohd Sabu telah menghadapi kontroversi kes khalwat di Kota Bharu di mana pada ketika itu beliau adalah di antara pemimpin PAS yang paling lantang menghentam kerjaan. Namun setelah isu ini timbul, beliau segera berjumpa Tok Guru untuk mendapatkan nasihat dan beliau dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang program ceramah sehinggalah perkara ini selesai.
.
Alhamdulillah. Dengan doa dan sokongan para pendokong perjuangan serta Tok Guru, Mohd Sabu tenang menghadapi semua ini.
.
Akhirnya, kes ini telah digugurkan dan perancangan jahat mereka gagal.

No comments: