sinar harian
[Edisi Kelantan, Berita Daerah Kuala Krai]
Rozaini usahakan pusat benih ikan
KUALA KRAI - Pemilik Taman Permata Rimba di Kampung Enggong, dekat sini, Mohd Rozaini Maimun berazam menjadikan kawasan pertanian dan penternakan seluas 1.6 hektar yang diusahakannya sejak empat tahun lalu sebagai pusat pembenihan ikan air tawar pada masa depan.
Mohd Rozaini berkata, pada masa ini sudah ada permintaan termasuk dari Pahang dan Selangor berminat menjadikan Taman Permata Rimba yang diusahakan dengan ternakan ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman limau madu sebagai tempat kursus khususnya dalam bidang pembenihan ikan seperti keli dan patin.
“Cuma masalah saya sekarang ialah dari segi tempat penginapan untuk peserta kursus,” kata Mohd Rozaini yang merupakan antara pengusaha benih ikan keli berjaya, bukan saja di daerah Kuala Krai tapi juga di negeri ini.
Mohd Rozaini yang kini mempunyai 17 kolam asu-han berkata, dia sekarang menumpukan kepada pembeni-han, penetasan dan asuhan ikan keli sehingga peringkat jualan benih serta induk sebelum bercadang memulakan perusahaan sama untuk ikan patin pada masa depan.
“Dua tahun lepas, saya pernah cuba dan memang berjaya membuat penetasan ikan patin tapi gagal di peringkat asu-han, sebab itu saya ambil keputusan untuk belajar dengan ikan keli dulu,” tambahnya yang memperoleh pengetahuan dalam bidang itu menerusi kursus Jabatan Perikanan dan pengalaman sendiri.
Mengulas lanjut, Mohd Rozaini memberitahu, peringkat pembenihan dan penetasan ikan keli mungkin berjaya dilakukan sesiapa saja yang belajar atau mengikuti kursus berkaitan, namun selalunya ramai yang akan gagal di peringkat asuhan.
“Kira-kira 40,000 benih dapat dihasilkan daripada satu kilogram ikan keli dan selalunya hanya separuh atau 80 peratus saja yang akan menetas, itu pun sudah dikira berjaya.
“Tapi selalunya benih-benih ini akan mati di peringkat asuhan iaitu antara umur seminggu sehingga sebulan,” katanya memberitahu kejayaan di peringkat asuhan dipengaruhi faktor pemakanan, kesuburan kolam dan kualiti air.
Apabila ditanya peran-cangan masa depan, Mohd Rozaini berkata, dia bercita-cita untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu juta benih keli sebulan berbanding antara 200,000 hingga 300,000 pada masa sekarang bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi.
Bagaimanapun kata Mohd Rozaini, hasrat dan cita-cita tersebut mungkin sukar dicapai kerana kemudahan kolam fiber yang dijadikan sebagai kolam pembenihan dan penetasan ikan keli yang ada di taman itu sekarang tidak mencukupi.
“Menerusi enam kolam fiber, saya hanya dapat buat empat pusingan penetasan sebulan iaitu untuk empat buah kolam asuhan sahaja,” kata Mohd Rozaini sambil berharap akan ada pihak terutama agensi kerajaan berkaitan yang tampil membantunya merealisasikan hasrat tersebut.
No comments:
Post a Comment