Alhamdulillah.. Setelah pulang ke kampung di negeri Serambi Mekah dua hari yang lalu, aku masih berkesempatan mengisi jiwa ini dengan amalan kerohanian sempena bulan yang barakah ini di Kota Bharu malam tadi.
Kunjungan bersama keluarga dari Kuala Krai ke Kota Bharu (kira-kira 72 kilometer/satu setengah jam perjalanan) cukup bermakna kali ini. Kami bertolak selepas solat Zohor.
Destinasi pertama kami apabila tiba di Kota Bharu ialah Bangunan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan (lokasi yang menjadi medan Tok Guru menyampaikan Kuliah Pagi Jumaat beliau sejak sebelum menjadi Menteri Besar lagi).
Suasana di butik pakaian berhampiran Pejabat PAS
Di sini kami mula meninjau pakaian untuk persediaan hari raya di butik bergerak disekitar bangunan tersebut. Gudang Jaafar Rawas juga turut menjadi tarikan kami di mana pada setiap tahun, di sinilah tempat kami mendapatkan pakaian.
Pengunjung sedang mencuba pakaian
Selain itu, kami juga berkesempatan membeli-belah pakaian 'kontemporari' di bazar sekitar Pasar Besar Siti Khadijah. Bazar ini dipenuhi pelbagai butik pakaian, 'accessories' yang bermula di hadapan Supermarket The Store hingga ke Bazar Buluh Kubu.
Kami juga dapat menikmati juadah berbuka puasa di Medan Selera MPKB (sebelum ini dikenali Padang Bas) berhampiran Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan. Pelbagai jenis makanan dijual di sini yang kesemuanya memang kelihatan menyelerakan.
Selepas solat Maghrib di Masjid Muhammadi, kami segera berangkat ke perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-4. Di sinilah kami dapat menghayati suasana sebenar penghayatan Ramadhan Al-Mubarak di negeri ini.
Pintu masuk kedalam Khemah Terawih
Kami diberitahu Khemah Terawih di sini sentiasa dipenuhi oleh ummat Islam sehinggakan ada yang datang dari Singapura serta beberapa pelancong Muslim dari Perancis. Tok Guru serta beberapa pemimpin besar negeri juga turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan tazkirah di sini.
Suasana Khemah Terawih yang dipenuhi para jemaah
Khemah Terawih ini telah dibina oleh MPKB-BRI yang dilengkapi kipas serta penghawa dingin yang bernilai RM100,000 tajaan DiGi Comminication. MPKB-BRI turut meng'import' dua imam dari Timur Tengah untuk mengimami Solat Terawih.
Tikar turut diletakkan di belakang Khemah Terawih
Suasana di dalam Khemah ini cukup tenang dan dingin di samping disediakan juga juadah untuk para jemaah berbuka puasa serta bersahur di sini.
Sebahagian jemaah yang berehat sambil minum di luar Khemah
Selepas solat terawih, Majlis Tadarrus Al-Quran turut disempurnakan oleh kedua-dua imam ini. Pendek kata, aktiviti ibadah di sini sentiasa penuh sehinggalah waktu Subuh.
1 comment:
meriah2......
Post a Comment