Sinar Harian
[Muka Depan - Edisi Kelantan]
Tabung Serambi Mekah kutip RM28j
KOTA BHARU - Tabung Serambi Mekah yang diwujudkan sejak 18 tahun lalu untuk menjaga amanah rakyat berjaya membantu masyarakat pelbagai kaum yang ditimpa bencana selain membantu menampung kewangan Kelantan.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dengan adanya tabung berkenaan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat negeri ini berjaya diselesaikan seperti membina rumah untuk mangsa banjir, fakir miskin dan mereka yang memerlukan.
“Sejak kerajaan negeri membatalkan lesen perjudian kita tidak dapat bayaran melalui lesen judi dan sebab itu tabung ini diwujudkan hasil cetusan kerajaan untuk menjaga amanah rakyat.
“Melalui tabung ini ia memberi manfaat dua hala iaitu menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan memerlukan dan menjadi pilihan terbaik untuk golongan dermawan menderma,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-18 Akuan Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah), di sini semalam.
No comments:
Post a Comment