Wednesday, October 1, 2008

Aidilfitri: 1 Syawal di kampung halaman


Kampung Guchil, Kuala Krai
1hb Oktober 2008/1 Syawal 1429

Masjid Lama Guchil Tengah (Markaz ABIM)
07:45 - 09:20 pagi

Memandangkan kerja-kerja menaiktaraf Masjid Besar Guchil masih belum siap (majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak beberapa hari sebelum pilihanraya umum 2008 yang lalu), penduduk mukim Guchil terpaksa bersesak-sesak memenuhi masjid lama yang terlalu sempit bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.


Jemaah memenuhi kawasan luar masjid


Pihak masjid juga terpaksa menutup jalan berhampiran bagi menyediakan ruang solat di luar kawasan masjid.
.

Para jemaah berpusu-pusu masuk ke kawasan masjid


Takbir raya berakhir tepat jam 8:20 pagi dan Imam Besar Masjid Guchil turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa pengumuman sebelum solat sunat dilaksanakan.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana cuaca pagi ini cukup baik dan jemaah dapat menmpukan sepenuh perhatian kepada ibadat tanpa memikirkan kalau-kalau hujan turun dan menyebabkan pakaian baru hari raya mereka basah.



Jemaah selesai menjalani ibadah solat


Solat Aidilfitri berakhir kira-kira jam 9:20 pagi dan para jemaah mengambil peluang untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama mereka.


Jemaah bersalam-salaman


Bergambar dengan saudara lelaki


Lot 191, Guchil 3
09:25 - 09:45 pagi

Kami sekeluarga sempat berkumpul dan bermaafan di samping bergambar kenangan bersama di teratak kami ini.


Kami sekeluarga


Lot 189, Guchil 3
09:50 - 10:30 pagi

Keluarga kami dijemput oleh jiran yang paling hampir untuk menikmati juadah pagi raya ini. Sahabat handai juga turut hadir di rumah Hj Abdullah dan Hjh Wan Som.


Suasana di ruma jiran



Sekitar kampung Guchil
11:00 - 12:30 tengahari

Aku dan sahabat sempat meluangkan masa melawat beberapa rumah sahabat yang tidak bernasib baik menjelag hari raya ini (mereka yang terbabit dengan kemalangan di jalanraya atau tempat kerja).

Akhir kata, selamat menyambut hari lebaran yang mulia ini.

Ikhlas dari;

Kami sekeluarga
Lot 191 Guchil 3
Kuala Krai

6 comments:

bita0206 said...

Gambar tone pun ado.....

bita0206 said...

Gambar che omar tak dok

Anonymous said...

ghamanyo g semaye sunat ghayo....bestnyo beraya ngan famili

mahathirismail said...

Bilo la nok meraso sembahyang jemaah kat Masjid Besar Guchil hok baru pulok...

Anonymous said...

very sarcastic....mencabar gapo semaye berbumbungkan langit klu hujan maso semaye peh bleh tgk tahap ketaqwaan jemaah Guchil nih hehehe

Cikli said...

salam saudara mahathir,

hebat dapat tgk orang guchil bersqueezing dalam masjid abim. cuma nak buat pembetulan...

"Memandangkan kerja-kerja menaiktaraf Masjid Besar Guchil masih belum siap (majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak beberapa hari sebelum pilihanraya umum 2008 yang lalu),...."

pendapat saya bukan naiktaraf, tapi a complete demolition & rebuild.

apapun kita doakan masjid baru akan siap as scheduled. InsyaAllah.

tkasih kawan.