Edisi Kelantan - Berita Daerah
Pemimpin dekati rakyat erat hubungan
KUALA KRAI - Setiap program yang dianjurkan oleh wakil rakyat adalah bertujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dan orang ramai diminta tidak segan untuk tampil bertemu wakil rakyat mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria berkata, setiap program yang dianjurkan beliau adalah untuk turun padang bertemu penduduk sekitar dan beliau berharap orang ramai juga dapat menghubungi beliau di pejabatnya sekiranya terdapat sebarang permasalahan untuk diajukan kepadanya.
”Program ramah mesra seperti ini sering kita adakan dari semasa ke semasa untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. Biasanya program kita adakan di pekarangan pejabat saya di Taman Orkid, tetapi kali ini kita adakan di pekarangan Tokong Cina di bandar Kuala Krai ini untuk menunjukkan kita tidak pilih kasih kepada mana-mana kaum.
”Semua kaum mendapat hak yang sama di sisi kami kerana anda semua yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Chap Goh Meh semalam.
Tuan Zamri Ariff berkata, masih terdapat sesetengah penduduk yang belum mengetahui kedudukan pejabatnya di Taman Krai dan masih belum pernah berjabat tangan dengannya dalam sesuatu majlis.
”Orang ramai perlu peka untuk mendekati pemimpin kerana anda yang telah memilih kami sebagai wakil. Sekiranya terdapat majlis ramah mesra seperti ini, hadirlah beramai-ramai kerana kita akan dapat berkenalan dan berinteraksi sekiranya terdapat permasalahan yang ingin diajukan kepada kami,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai tidak mengira kaum tidak perlu segan untuk hadir bertemu wakil rakyat mereka bagi berkongsi segala permasalahan dan ia akan cuba diselesaikan mengikut saluran terbaik yang difikirkan mampu.
Sinar Harian difahamkan, kawasan Guchil mempunyai bilangan penduduk pelbagai kaum yang paling ramai selain Melayu. Kaum Melayu dan Cina lazimnya menetap di kawasan bandar dan sebahagian kecil kaum India berada di kawasan Ladang Taku.
Selain itu katanya, perpaduan adalah amat penting dalam menjalani sebuah kehidupan bermasyarakat berbilang kaum seperti yang ada di Malaysia ini dan ia perlu dikekalkan sampai bila- bila.
Dalam majlis tersebut yang diadakan semalam turut dimeriahkan dengan kumpulan tarian singa iaitu acara wajib bagi sambutan perayaan kaum Cina.
6 comments:
"By the end of 2008, there were several changes in pakdo's ordinance that included article 12(a) which states that any birthday wishes shall be valid within 48 hours before the actual date. Pls do not be outdated folks!"
Article 1(a) Any amendment of pakdo's ordinance shall be endorsed by member of pakdo house representative.
article 12(a) is not valid folks....
this matter will be raised to Tuan Zamri DUN Guchil representative......
Berita Terkini 12.00 Tengahari:
Penduduk guchil mengadakan demonstrasi secara aman d pekarangan pasar malam guchil bagi membantah artikel 12(a) ordinan pak do....
Seramai 1000 orang penduduk mengambil bahagian yang di ketuai oleh Epen nama sebenar zambri dari kampung kubang lebur....
Laungan hidup pak do mampus mahathir berkumandang di perhimpunan tersebut....
Berita Terkini 2.30 Petang:
Demonstrasi secara aman bertukar menjadi liar ekoran provokasi yang dilakukan oleh pihak polis. Seramai 100 orang FRU telah di tempatkan di pekarangan Pasar Malam Guchil....
Dari risikan pihak kami mendapati sekurang-kurangnya 5 orang telah di tahan. Antaranya Zambri dan Pedik dari Kg Kubang lebur. Fatimah Abdullah dan Zulkifli Ismail dari Kg Guchil 3 dan seorang lagi Faiz Palo dari Kg Guchil 1.....
Himpunan besar besaran malam ni kat Taman Melewar bersama Tuan Guru Nik Aziz menjelaskan ketidak tentuan yang berlaku
Anonymous ni NAJIB ko ZAMBRY nih?.. Kerajaan perak leh la nok kaca.. Kerajaan PakDo nati siap la..
Post a Comment