Tuesday, March 24, 2009

PAS kecam penggantungan permit Harakah


HarakahDaily.Net


Gantung permit: tindakan politik untuk sekat kebebasan demokrasi

Irwan Muhammad Zain Tue Mar 24, 09 5:14:59 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - PAS mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan tindakan ini sebagai satu perbuatan ganas untuk menyekat kebebasan demokrasi.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan kebebasan demokrasi khususnya melibatkan Pakatan Rakyat disekat oleh Barisan Nasional (BN) dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan rakyat.

BN tegas beliau, menggunakan berbagai taktik kotor dalam usaha menyekat Pakatan Rakyat daripada menyampaikan maklumat kepada penyokong-penyokongnya.

"Tindakan KDN ini jelas bermotifkan politik kerana tidak ada bukti menunjukkan Harakah melakukan fitnah.

"Jika benar ada fitnah atau salah lapor sudah tentu tindakan undang-undang sudah diambil namun hingga kini pihak KDN gagal membuktikannya," tegas beliau.

Kamaruddin menegaskan kerajaan BN khususnya KDN menyalahgunakan kuasa dan menyekat perkembangan maklumat kepada rakyat.

PAS tegas beliau akan memastikan segala maklumat akan disampaikan kepada ahlinya dalam usaha menerangkan apa yang berlaku.

Beliau juga menjelaskan PAS akan menggunakan segala saluran dan kaedah yang berkesan bagi memastikan pengantungan permit ini ditarik balik.

No comments: