Selepas gagal mengikuti perkembangan secara langsung di Kuala Terengganu sebelum ini, aku bertekad untuk sama-sama merasai kehangatan suasana pilihanraya kecil di Bukit Gantang.
Memang agak terkilan lantaran tiada kesempatan untuk bersama-sama pendokong perjuangan Islam di Kuala Terengganu yang bertungkus-lumus menjalankan gerak kerja penerangan dari rumah ke rumah, dan kemudian pula dapat merasai nikmat kemenangan dengan majoriti lebih besar.
Kali ini, aku telah merancang sebaik mungkin untuk melihat sendiri suasana tersebut di samping keluarga.
Petang Sabtu (28hb Mac 2009), aku mula bertolak dari Kuala Lumpur pada sebelah petang dan sampai ke destinasinya kira-kira jam 10 malam.
Persinggahan kami di beberapa hentian lebuhraya (Hentian Tapah) membayangkan betapa suasana menghadapi pilihanraya telah hangat dengan lambang-lambang parti terdapat pada pakaian atau kenderaan mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung.
Setibanya di Bukit Gantang, kelihatan perang poster telah pun bermula. Walaupun hujan lebat tidak henti-henti, banyak pos-pos parti dipenuhi orang ramai.
Kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk mencari gerai-gerai menjual pakaian termasuk topi dan seumpamanya untuk dipakai sepanjang hari penamaan calon keesokannya.
Apa yang menarik di sini ialah terdapat lokasi yang dinamakan sempena pimpinan PAS negara seperti Dataran Tok Guru Nik Abd Aziz dan sebagainya.
Orang ramai memenuhi gerai jualan cenderahati
1 comment:
g penamaan calon ko makey angin nih...napok lebih shopping jah hehe
Post a Comment